Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Sunday, March 29, 2015

Studies on EBN’s biological activities by USM

Studies on the Biological Activities of Edible Bird’s Nest (EBN) and its Extracts Prof Dr Yuen Kah Hay & Dr Lim Sheau Chin School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia 


Results from human studies 

(1) Skin collagen content (found to increase) 
(2) Fine lines of the skin surface (digital 
microscope) (also found to reduce the depth 
of fine lines) 


Saturday, March 28, 2015

Tengahari dalam musim Panas



Musim panas dalam monsun timur laut , suara bukanlah tarikan utama bagi burung walet di Pantai timur sekarang. Sebenar pada musim panas keadaan lebih berangin ( Windy ) merupakan salah satu punca burung walet tidak tertarik dengan suara walaupun suara yang dimainkan itu nilainya jutaan rupiah.


Friday, March 27, 2015

Design monsun barat daya

Pertukaran monsun timur laut kepada monsun barat daya tidak lama lagi ( April ) akan melihat perubahan tingkahlaku burung walet terhadap suara yang dimainkan oleh pemilik burung walet di PANTAI TIMUR. Tahun ini wanzulswiftlet membuat persedian awal untuk memikat burung walet muda pada bulan bulan "Prime" dalam monsun barat daya. Bagi rumah burung yang berada dalam kawasan  burung walet bermusim, anda mesti mengenal pasti bulan2 "prime" untuk memikat sebanyak mungkin burung walet muda masuk-tidur-bersarang di dalam rumah burung anda- jangan lepas peluang ini!!


Wednesday, March 25, 2015

Mini Sound System

Sebagai seorang insan yang sangat meminati industri burung walet dan sanggup membuat apa saja selagi ia tidak bersalahan dengan syarak dan undang2 negara.Untuk itu saya sudah menyediakan satu set sound system didalam bilik dalam rumah untuk memudahkan pengujian qualiti suara burung walet dengan cepat dan dalam kuantiti yang banyak.


Anak king pun turut sama meminanati seni suara burung walet




Monday, March 23, 2015

Kehadiran white Paste/ Air kencing satu pertanda baik.

Bagi rumah burung walet, air kencing atau najis merupakan satu rahmat  besar dan mengembirakan pemilik- lebih banyak lebih bagus, Kehadiran white paste / air kencing menandakan  penghasilan sarang burung walet pada waktu itu.
Bagi rumah burung walet ini ( Gambar di bawah ), ia bukan saja menandakan walet mula membuat sarang tetapi pertambahan mendadak sarang baru   untuk tahun 2015 ini walaupun permulaan operasi kurang memberangsang tetapi pada tahun ini (2015) perkembangan koloni dan sarang baru sangat - sangat menguja iaitu lebih 30 sarang baru pada tahun ini - sehingga 15 march2015.
Walaupun begitu proses menaiktaraf dan memperkenalkan teknik terkini mesti diteruskan untuk memastikan pertambahan terus berlaku sehingga tiada lagi tempat untuk membuat sarang pada kayu sirip/ nesting planks










Saturday, March 21, 2015

Uji keberkesanan Sabut Kelapa siri 2


Ini kali kedua menguji keberkesanan sabut kelapa tua sebagai sarang tiruan untuk burung walet bertelur sehingga fledgling. Walau bagaimanapun teknik ujian ini ada sedikit berbeza, kerana ia digunakan khas untuk walet yang sudah bersarang sahaja. lima daripada enam sabut kelapa yang dipasang pada lima minggu lepas sudah mempunyai telur.
Natural sabut kelapa




Walet mula mengeram dan terdapat satu lagi sarang terbentuk pada sisi kiri 

Sunday, March 15, 2015

Sasaran RBW764



PERANCANGAN STRATEGIK

  • Rumah Burung Walet 764
    2015 – 2016

    VISI

    Rumah burung walet764 akan menghasilkan produksi sarang burung walet sekurang – kurang DUA ( 2 ) KG setiap bulan  menjelang tahun 2017

    MISI
    Wanzulswiftlet dengan sedaya – upaya berusaha meningkat produksi sarang burung walet melalui:
    i.  Menjalankan kajian dan pembangunan sekurang kurang satu       isu strategik atau signifikasi dalam satu masa kajian,
    ii. Membuat penyelenggaraan rumah burung walet mengikut           spesifikasi standard tinggi,
    iii. Menghadiri seminar industri burung walet sekurang – kurang      dua kali dalam setahun.
    iv. Sentiasa sedar dan peka dengan perkembangan teknologi            rumah burung walet,
    v.  Mengadakan kolaborasi dengan pihak yang berkepentingan     dalam industri sarang burung walet seperti, pengusaha,    konsultan dan universiti tempatan.

  •                                                                          MOTTO
  •                 Terdesak untuk Terbilang

Sunday, March 8, 2015

Hasil Bulan March

Baru harvest

Friday, March 6, 2015

Kerja Musim cuti sekolah


  • Jadual Lawatan Musim cuti sekolah 16-03 ----- 22-03-2015

Musim cuti sekolah kali ini akan di habis dengan lawatan ke Rumah Burung Walet sekitar Kuala Besut dan Pasir Puteh sahaja. Sehingga kini terlalu banyak tugasan kajian yang tertunggak dan ia perlu dibereskan  dalam masa satu minggu. Diantara kerja/tugasan:


  1. Menambah baik konsep panggil turun
  2. Menyiapkan pemasangan  tweeter mengikut susun atur empat serangkai
  3. Suara Tarik LAL
  4. Tarikan Void Monkey House bagi ujian kedua
  5. Konsep dinding bercahaya                                                     Data - data mentah terdahulu masih belum dianalisa terpaksa di bereskan juga  sebelum data baru diambil. Tugas seorang peminat dan pengkaji burung walet menjadi semakin mencabar apabila terlalu banyak beban tugas terpaksa dipukul semata mata ingin terus releven dalam industri.