Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Thursday, July 23, 2015

Suasana di waktu Pagi


Kali pertama dalam tempoh 10 tahun saya memasuki ke dalam rbw  untuk melihat suasana yang berlaku di dalam Rbw pada pukul 7:00am. Walaupun sudah banyak burung yang keluar dari rbw pada waktu itu tetapi masih banyak lagi yang "stretching" sebelum  keluar mencari makan. 
Sekiranya anda tidak mempunyai tujuan yang jelas untuk memasuki pada waktu pagi ( sebelum pukul 11:00am ) adalah lebih baik mengelak daripada berbuat sedemikian. Suasana kelam kabut dapat diperhatikan pada waktu itu dan ini mendatang stress terutama kepada burung walet yang baru menginap.
Dalam RBW waktu pagi
Suasana pagi

Tuesday, July 21, 2015

Padang rumput di atas bumbung

Walau terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai organisma sosial ( seorang bapa, pelajar, ahli komuniti, pekerja dan tuntutan bio yang lain ) sempat menjenguk sepintas lalu perkembangan Rbw terutama padang rumput di atas bumbung untuk dikongsi bersama.


Rumput yang tidak di ketahui spesisnya  tumbuh secara agresif dan menguasai hampir 100 % tunbuhan herba
Keberkesanan memikat burung walet melalui kaedah ini masih dalam kesamaran kerana perkembangan populasi burung walet bagi Rbw 764 tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan kewujudan padang rumput ini. Tiada pertunjuk yang jelas kewujudan padang rumput ini meningkat populasi burung walet. Kegairahan membina padang rumput diatas bumbung mungkin disebabkan keinginan mencipta suasana alami bagi sesebuah Rbw.
Walaupun begitu herba ini bertindak sebagai penebat yang baik untuk menghalang haba sampai ke bahagian "Slate" dan seterusnya boleh memberi haba kepada sarang burung walet. Situasi ini dapat dilihat pada musim kemarau yang lalu apabila suhu "slate" mencapai tahap suhu maximun 32oC berbanding sebelum ini Minimun 34oC. 
Berdasar kebaikan yang diperolehi daripada tumbuhan herba ini pengekalannya akan diteruskan.

Sunday, July 12, 2015

Dalam monkey house


Sibuk dengan study



Salam, sudah lama tidak menjengok blog kerana semester terlalu sibuk dengan kuliah yang padat dan courses  yang agak mencabar tetapi masih mengikuti  perkembangan industri secara dekat dan penuh minat. 
selamat menjalani ibadat puasa.




Course lukisan kejuruteraan


Lukisan kejuruteraan