Meneroka, membina dan memajukan kemahiran Baru Dalam Bidang "swiftlet farming".
Pengusaha Rumah Gelap
Swiftlet Hunter
Wednesday, May 4, 2011
BH pasir puteh sudah bermula
askum. hampir 8 bulan terkandas kerana faktor teknikal yang berkaitan dengan PBT dan CONTRACTOR akhirnya pada 24 april lepas majlis pecah tanah telah selamat diadakan.
Edu. Animal Health And Production UPM 1990.More than 20 years involved in animal production. Having a birdhouse in pasir puteh completed and Fully occupied by swiftlet.
UJIAN LOKASI
askum. kebanyakkan consultan atau individu yang agak mahir dalam industri ini menunjukkan skill masing- masing melalui ujian lokasi dengan memaparkan video yang menunjukkkan bilangan burung yang banyak semasa ujian tersebut. Bagi yang baru dalam industri ini, keadaan sedemikian adalah menakjubkan. Sebenarnya ujian lokasi boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuk anda dan kehadiran burung semasa ujian bergantung kepada bilangan burung yang ada di kawasan tersebut pada waktu tersebut. Perkara yang paling menakjub dalam perladangan burung walet ialah kemahiran individu memikat burung walet masuk, tidur dan bersarang minima 10 sarang dalam masa maksima 4 BULANdan dalam masa 6 BULAN mula menuai emas putih. Kisah ujian lokasi adalah perkara terpencil dalam pemburuan sarang burung walet selama saya terlibat dalam industri ini. Oleh itu janganlah terpegun dengan dengan bilangan burung yang banyak semasa ujian dibuat kerana itu adalah fenomena yang biasa biasa saja. wassalam
Edu. Animal Health And Production UPM 1990.More than 20 years involved in animal production. Having a birdhouse in pasir puteh completed and Fully occupied by swiftlet.
Jabatan penjara sangat berminat dengan industri burung walit
DALAM NEGERI
ARKIB : 03/03/2011
Kursus burung walet di penjara
Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Mac – Jabatan Penjara Malaysia sedang meneroka bidang penternakan burung walet sebagai salah satu kemahiran untuk dipelajari banduan dalam tahanan sebagai bekalan setelah dibebaskan kelak.
Melihat kepada potensi yang ada pada penternakan burung itu, jabatan itu percaya perusahaan burung walet mampu memberi pulangan lumayan kepada banduan yang boleh menyertai kursus menternak haiwan itu yang akan diadakan di penjara tidak lama lagi.
Timbalan Pengarah Vokasional dan Industri jabatan tersebut, Jamilah Abu Hassan (gambar) berkata, perancangan untuk melaksanakan kursus kemahiran itu di beberapa penjara terpilih di seluruh negara sedang diperincikan dan ia mungkin akan dilaksanakan tahun ini.
“Setakat ini, kami telah membuat ujian suara untuk mengetahui kehadiran burung walet di 10 buah penjara yang terdapat di negara ini.
“Hasil keputusan itu, kami mendapati kesemuanya positif dan kursus kemahiran itu mungkin akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang dekat sini, hari ini.
Tambah beliau, antara penjara yang dijangka akan dijadikan pusat kemahiran penternakan itu adalah Penjara Marang, Terengganu; Pokok Sena, Kedah; Sungai Buloh, Selangor serta ibu pejabat jabatan itu di Kajang.
Jamilah juga yakin, penternakan ini mampu memberi pulangan yang baik kepada setiap banduan yang mempelajarinya kerana permintaan semasa yang tinggi ketika ini.
“Menerusi kaedah yang akan diajarkan kepada para banduan, mereka mampu menjadi pengusaha burung walet secara kecil-kecilan dan jika mampu mereka boleh melakukannya dalam skala yang besar.
“Peluang ini sekali gus memberi pulangan pendapatan yang tinggi kepada banduan kerana permintaan untuk sarang burung walet sememangnya tinggi di negara ini,” katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Penjara Malaysia akan berkerjasama dengan Jabatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melaksanakan kursus kemahiran tersebut.
Edu. Animal Health And Production UPM 1990.More than 20 years involved in animal production. Having a birdhouse in pasir puteh completed and Fully occupied by swiftlet.
Subscribe to:
Posts (Atom)