Meneroka, membina dan memajukan kemahiran Baru Dalam Bidang "swiftlet farming".
Pengusaha Rumah Gelap
Swiftlet Hunter
Saturday, May 16, 2015
Tauke Kulim dan Burung merpati
Lawatan singkat ke Rbw Mr C di kulim mengimbas kembali permasalahan BURUNG MERPATI/ PIGEON yang membuat Mr C kebingungan dan kurang bermotivasi terhadap Rbw beliau bila mana berdepan dengan perebutan 2 spesies burung dalam satu Penginapan/roosting. Walaupun burung merpati tidak dapat mencederakan secara fizikal tetapi ia cukup berkesan melukakan hati tuan punya Rbw di Kulim ini.
Bauan najis merpati agak berbeza dengan bauan burung walet dimana kandungan acid dalam najis burung merpati jauh lebih tinggi yang menghasilkan bau yang agak "tegik". Perbezaan bauan najis ini merupakan penghalang kepada perkembangan burung walet bagi sesebuah Rbw terutama Rbw yang terletak dalam kawasan yang penuh dengan persaingan. Perebutan ruang dalam roving room/ ruang legar juga menambah kepiluan kepada Mr C kerana ruang roving room merupakan tempat yang strategik untuk memperdayakan burung walet masuk sebelum menginap.
Walau apapun permasalahan dalam meningkatkan penginapan burung yang menjadi idaman kepada mereka yang memburu kekayaan dalam industri ini, ia masih boleh ditangani dengan peraturan halus yang lebih lestari daripada pemikat burung walet Profesional.
Edu. Animal Health And Production UPM 1990.More than 20 years involved in animal production. Having a birdhouse in pasir puteh completed and Fully occupied by swiftlet.
Subscribe to:
Posts (Atom)