Persoalan di sini kenapa kita begitu susah untuk mengesport Sarang burung walet ke negara China?? sedangkan malaysia sudah ada kerjasama ekonomi dalam Import - export Produk berasaskan AVIAN/unggas dan keadaan sekarang rakyat malaysia sangat berisiko tinggi mendapat penyakit yang boleh menyebabkan kematian kerana kita masih lagi mengimport ayam dari negara yang sudah lama menpunyai Virus higly pathogenic avian influenza..... Kenapa perkara hidup mati boleh diteruskan lagi sedangkan sudah diakui sarang burung walet tidak akan dicemari oleh mikroorganisma penyebab kematian kerana Burung walet tiada Contact/hubungan dengan manusia ...InshaALLAH Kecuali yang diternak didalam sangkar........Wanzulswiftlet
PUTRAJAYA: Malaysia bebas daripada jangkitan selesema burung (H7N9) berikutan tiada tanda-tanda jangkitan wabak itu pada ternakan unggas di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Sehubungan itu, katanya negara masih berstatus bebas 'highly pathogenic avian influenza (HPAI)' sejak 2 Sept 2007.
Noh bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan pihak berkuasa China yang melakukan lawatan dan pemeriksaan terhadap premis pemprosesan sarang burung walit tempatan, di kementeriannya di sini, hari ini.
Katanya, susulan laporan kes kematian akibat jangkitan H7N9 di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang di China, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa China untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai wabak penyakit itu.
Noh berkata, Malaysia mengimport keratan daging ayam sejumlah 4,806 tan metrik dari utara China dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana negara tidak mengimport keratan daging ayam dari kawasan lain di negara itu.
"Kita import dari kawasan utara China dan ayam kita import ini adalah ayam beku, tak boleh bawa penyakit ini," katanya.
Jelasnya, tiada virus HPAI termasuk H7N9 dikesan berdasarkan 1,043 sampel yang telah diuji dan kesemuanya didapati negatif sejak Januari 2013 hingga kini.
Beliau juga berkata, ayam dan produk ayam yang dibawa masuk ke Malaysia melalui prosedur pemeriksaan di loji atau rumah sembelih yang diiktiraf kerajaan dengan penyelarasan jabatan berkenaan bagi semua permohonan mengimport produk.
"Semua daging ayam, itik dan telur di pasaran sama ada daripada sumber tempatan atau import adalah selamat untuk dimakan," katanya.
Bagaimanapun, Noh meminta penternak dan orang ramai segera melaporkan sebarang tanda-tanda jangkitan H7N9 ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar berdekatan.