Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, December 29, 2015

Harga masih lagi tinggi

Urusniaga terbaru menunjukkan penawaran harga masih lagi tinggi  yang ditawarkan kepada pengusaha.  Rata-rata pengusaha rumah burung walet boleh hidup senang lenang dengan hasil jualan sarang yang lumayan sekarang. Penderitaan dan kesengsaraan selama 5 tahun lalu terus terubat bagaikan Debu ditiup Angin... ALHAMDULLILLAH. 






Friday, December 25, 2015

LMB berharga RM 1K


Sekarang Lmb ini proof/ kalis  kebanyakan predator jenis merayap seperti Ular, Tikus, Mengkarung, Biawak, Musang, Tupai dan sebagainya. Keselamatan burung walet perlu di beri perhatian serius untuk mempastikan  pertambahan sarang setiap musim pembiakan. Pengabaian keselamatan burung walet di dalam Rbw akan membawa kemudaratan dan kesengsaraan kepada pengusaha.
Serangan haiwan merayap tidak boleh dianggap " enteng" malah perlu tindakan segera.




Sekarang "belting" guna mozek



Dulu tanpa belting












Thursday, December 3, 2015

Fakta Penentuan Harga Pasaran SBW Yang Tersembunyi

Di malaysia ranging harga pasaran sarang burung walet agak jauh iaitu Rm 1100 hingga Rm 3500, kenapa begitu?. Semasa urus niaga jualbeli SBW baru ini gelagak harga SBW juga di pengaruhi oleh faktor berikut:
1. Pengaruh penjual-  Adakah anda seorang yang berpengaruh atau manusia biasa
2. kuantiti SBW anda- Pembeli/buyer akan menentukan harga tertentu untuk anda sekiranya anda mempunyai kuantiti tertentu.
3. Kemahiran perundingan. anda ada skill dalam perundingan perniagaan.

Walaupun anda mempunyai sarang gred super tidak semestinya anda dapat menjual dengan harga tertinggi.

Amat diharap petani burung walet memahami perkara ini untuk urusan jualbeli SBW.

Friday, November 27, 2015

http://www.antaranews.com/berita/526929/produksi-sarang-walet-turun-akibat-gangguan-kabut-asap

Harga akan bertambah baik sekurang kurang sehingga tahun baru cina 2016. Untunglah bagi mereka yang tidak pernah putus asa selama ini.

Sunday, November 22, 2015

Package yang fleksibal untuk Rbw anda

Anda mempunyai rumah burung walet? Sudah tidak berminat untuk mengawal selia atau mengurus? kecewa dengan prestasi Rbw anda? Hilang arah tuju? tidak pasti apa yang harus dilakukan? tidak ada masa untuk mengurus? dan apa saja masalah berkaitan dengan Rbw.
Sekiranya anda berada dalam situasi di atas hubungi saya ( Wanzul ) untuk menunjukkan jalan penyelesaian bagi kekusutan yang dialami.
Saya menyediakan pelbagai package penyelesaian untuk Rbw anda:
i. Sistem pajak
 ii. Perkongsian
iii. Baikpulih
iv. Jualbeli



Rbw ini akan di pajak selama 10 tahun.

hubungi di talian berikut:
Whatssapp-   0111 3399353
Telegram- 013 4419070


Saturday, November 21, 2015

Belum berpengalaman ditempat kami

The sounds selection was by me and I went to great length to test one by one. So far the birds reactions seems to be alright however I was not very happy with the number of birds gathered at the monkey house. I wish there were more. Probably due to some reasons why there seems to be little birds...."Actually this guy don't know about animal behaviour". I am still very confident that the number of birds will slowly increased and hopefully within the next few months the total number of nests will doubled.



Sudah terang lagi bersuluh walaupun berpengalaman tetapi masih belum  cukup ilmu untuk memikat burung walet  di tempat saya ( Pantai Timur ). komennya agak janggal kepada saya dan anda  pengusaha walet Pantai Timur. Cuba renung dan teliti komen sifu berpengalaman itu terutama ayat yang diwarnakan itu.

According to his statements above
it's clearly can be seen that this " Walet Master" is not wellworth in swiftlet passionating at east coast.....

Monday, November 2, 2015

Ya Hebatnya Abu Nawas

Semasa industri burung walet mencapai

 kemuncak pada 2009 - 2010 banyak formula

 dan statements yang sangat menyakinkan orang

 awam untuk melabur dalam apa jua sub

 bidang yang berkaitan dengan industri burung walet.

 Di bawah adalah salah satu tarikan palsu untuk

 melariskan jualan suara burung walet pada

 ketika itu sehingga sekarang. Sekiranya 

formula ini benar saya sudah jadi tersangat kaya  sekarang.

Amatilah statements Bomoh burung di bawah:

Explanation of Keys

Ratings: 1 star  -     Attracts 5 to 50 swiftlets (Ave.) per day  
             2 stars (**)   -     Attracts 25 to 90 swiftlets (Ave.) per day 
            3 stars (***)    -Attracts 70 to 150 swiftlets (Ave.) per day
            4 stars (****) -Attraacts 60 to 300 swiftlets (Ave.) per day
           5 stars (*****)-   Attracts 150 to 700 swiftlets (Ave.) per day

External Swiftlet Mating Sound  -  Used to attraact swiftlets flying along traditional swiftlet fying routes to enter into the swiftlet farm
.
Internal Swiftlet Mating Sound   -  Used to excite swiftlet pairs and encourage them to  mate within the swiftlet farm.

Saturday, October 31, 2015

Hari pertama terus dapat habuan pada tweeter magnet


Biasanya burung walet memberi respon dengan membuang air kencing( white paste ) dan najis (Hitam) pada corong tweeter apabila berlaku penukaran suara atau tweeter. tingkahlaku ini dikatakan "territorial behaviour" untuk melindungi kawasan/tempat tinggal burung walet itu.




tompokan " white paste " /air kencing walet pada tweeter magnet

Herba subur di bawah LMB

Wednesday, October 21, 2015

Beginilah keadaan Rbw sekiranya Owner terlalu Kaya


Pelaburan sebanyak Rm 700,000.00 bukan satu motivasi kepada pemilik Rbw ini untuk menjana  kekayaan  yang ada dalam industri perladangan burung walet. Hampir 3 tahun dibiarkan tanpa diselenggara sehinggalah pemilik berjumpa dengan saya bagaimana untuk mengaktifkan kembali Rbw ini secara kompetitif bukan secara nyawa - nyawa ikan. 
Kertas cadangan akan dikemukakan secepat mungkin setelah dipertimbang secara halus bagaimana menghasilkan Rbw yang kondusif untuk burung walet setempat berkembang biak .




Pak Burhan menunggu mangsa dalam void rumah monyet


Wednesday, October 7, 2015

Harga sarang semakin ok mungkin Lebih baik masa akan datang

Tenang, Aman Dan ceria tetapi harga semakin naik.Tiada lagi kekalutan dan tekanan bagi industri ini sekarang berbanding 2 tahun lepas, mungkin keadaan ini amat baik untuk kita Pengusaha burung Walet untuk terus menjana kekayaan tanpa bersusah payah membanting tulang empat kerap yang semakin lemah dan uzur dimamah usia. 
Fikir dan terus berfikir untuk menambah populasi burung walet atau menambah Rbw masing masing yang menjanjikan pulangan Lumaya untuk mereka yang kuat berfikir.
Lum sum Rm 1500.00 

Grade ini boleh mencapai Rm 2400.00/Kg


Friday, October 2, 2015

Anda percaya!! Kempen Abu Nawas

Semasa industri burung walet mencapai

 kemuncak pada 2009 - 2010 banyak formula

 dan statement yang sangat menyakinkan orang

 awam untuk melabur dalam apa jua sub

 bidang yang berkaitan dengan industri burung walet. Di

 bawah adalah salah satu tarikan palsu untuk

 melariskan jualan suara burung walet pada

 ketika itu sehingga sekarang. Sekiranya 

formula ini benar saya sudah jadi tersangat kaya raya sekarang.

Explanation of Keys

Ratings: 1 star  -     Attracts 5 to 50 swiftlets (Ave.) per day  
             2 stars (**)   -     Attracts 25 to 90 swiftlets (Ave.) per day 
            3 stars (***)    -Attracts 70 to 150 swiftlets (Ave.) per day
            4 stars (****) -Attraacts 60 to 300 swiftlets (Ave.) per day
           5 stars (*****)-   Attracts 150 to 700 swiftlets (Ave.) per day

External Swiftlet Mating Sound  -  Used to attraact swiftlets flying along traditional swiftlet fying routes to enter into the swiftlet farm
.
Internal Swiftlet Mating Sound   -  Used to excite swiftlet pairs and encourage them to  mate within the swiftlet farm.

Animal psychology.....digunakan untuk psycho manusia








2. Orang yang berjaya akan berusaha dan mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan.

Pelbagai kisah kejayaan yang kita dengar bermula dari kisah kegagalan dan kisah kesusahan. Kegagalan dan kesusahan umpama menjadi pencetus jalan kejayaan seseorang.
Mengapa terlalu banyak kisah begini yang kita dengar?
Sebabnya adalah mereka yang gagal dan dalam kesusahan selalunya akan tersentuh naluri mereka untuk keluar dari kegagalan dan kesusahan dengan apa cara sekali pun.

Dalam dunia haiwan, ini dikenali sebagai “survival instinct”- naluri untuk terus hidup.
Apabila dalam keadaan susah dan gagal, seringkali kita akan usaha lebih kuat dan lebih hebat. Kita sudah merasa kesusahan dan kegagalan dan kita tidak mahu lagi dalam keadaan sedemikian.
Semangat ini akan membuatkan seseorang itu mencari pelbagai penyelesaian dan tidak lagi mencari alasan untuk berjaya. Kerana juga, mungkin alasan yang membuatkan mereka gagal dan alasan juga yang membuatkan keadaan mereka susah. Apabila menyedari keadaan ini, maka, alasan sudah tidak lagi bermakna dan hanya akan mencari penyelesaian.
Baca sahaja kisah kejayaan mereka yang hebat diserata dunia, dari pemilik Body Shop, sehingga pemilik KFC. Dari Oprah Winfrey, sehingga Richard Branson. Dari Dato Husammidin (pengasas Karangkraf) sehingga la kiah saya sendiri (Irfan Khairi!) yang tidak lari dari 2 perkara penting ini. Iaitu, punyai matlamat dan visi yang jelas DAN berusaha mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan untuk mencapai matlamat!

Thursday, October 1, 2015

Rbw yang bermasalah di peringkat awal operasi


Rbw dibawah berkongsi perkara yang sama iaitu kadar perkembangan populasi dan pertambahan sarang yang sangat perlahan di peringkat awal operasi. Hampir kesemua terpaksa membuat penambahbaikan untuk terus kompetitif dan ada juga terus bertahan  dengan keadaan begitu kerana kekurangan dana dan ilmu.  Apa ciri ciri Rbw tersebut menjadikan mereka di benci atau dihina oleh rakan kongsi atau mereka yang berkepentingan. Jawapan mungkin anda sudah ketahui, iaitu Rbw tersebut memiliki Lmb jenis Bumbung terbuka atau Top enterence atau Open Roof. 
Kebanyakan Lmb jenis ini yang di bina pada atau selepas tahun 2010 mengalami masalah untuk mempopulasi burung walet dengan kadar yang sepatutnya di kawasan masing masing. 
Pembinaan Rbw berasaskan PERANCANGAN atau mendapat khidmat mereka yang betul-betul pakar adalah langkah awal yang bijak untuk untuk mengurangkan risiko seperti diatas.  




Rbw 1






Rbw 2

Rbw 3



Rbw 4





Rbw 5

Rbw 6







Monday, September 28, 2015

Contoh yang sangat tidak baik untuk dicontohi

Sebuah rbw yang masih beroperasi tetapi dijalari dan dilatapi oleh pelbagai herba keseluruhan tapak Rbw tersebur.Suasana ini adalah sangat sesuai untuk pengambaran filem horror atau filem dokumentasi hidupan liar yang lebih mengutungkan daripada meneruskan operasi memikat burung walet. 
Persekitaran tersebut sudah menarik perhatian pelbagai jenis pemangsa untuk menginap dan menelan burung walet termasuk telur dan sarang sekali. Keadaan Rbw yang tidak dilengkapi dengan "Belting" menambah lagi kedukaan pemilik kerana  mustahil untuk menghalang pemangsa daripada merayap naik keatas dan memasuki melalui Lmb. Sebut saja segala pemangsa burung walet yang terdapat di Malaysia pastinya ada di sekitar Rbw atau di dalam Rbw itu. 
Teknik membiarkan semak samun dan menjadikan tempat haiwan pemangsa berkeliaran di sekitar dan di dalam Rbw hanya sesuai untuk mengaburi mata penyamun Rbw daripada memecah masuk ke dalam Rbw tersebut. 









Tuesday, September 22, 2015

Probing benefits of bird’s nest




UNIVERSITI Malaya (UM) is working with Royal Bird’s Nest Sdn Bhd to study the medicinal values of bird’s nest.
Following the signing of a memorandum of agreement, UM will be conducting research focusing on the benefits of bird’s nest in three areas — Type 1 and Type 2 diabetes, inflammation and asthma.
Universiti Malaya medical faculty dean Prof Dr Adeeba Kamarulzaman said the university was pleased to enter the partnership with the company in order to study the medicinal values of the product.
“The world moves toward scientific evidence.
“There will always be sceptics, but with this collaboration, we could unlock the properties of bird’s nest with scientifically-proven results,” she said.
Dr Adeeba said, recent findings had also shown bird’s nest’s potential in treating osteoarthritis while further studies are being carried out in relation to cancer.












Saturday, September 19, 2015

Jus berahi


Jus berahi di hasilkan untuk memikat burung walet samada cepat menginap, cepat bersarang atau cepat berpasangan. idea ini masih dalam ujian penulis.






Friday, September 18, 2015

Anti Kanser



http://vod.astroawani.com/mp4/2015-05/Sarangburung_29592_15539_388.mp4




http://www.astroawani.com/video-malaysia/sarang-burung-walit-bantu-rawatan-kanser-58525

Pulau Pinang dilanda penyakit anjing gila- AWAS Penyakit yang tiada Ubat

GEORGE TOWN, 17 September:

Pulau Pinang diisytiharkan sebagai negeri dilanda penyakit anjing gila berikutan tersebarnya virus penyakit itu di negeri ini sejak 4 September lalu.
Pengerusi Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin membuat pengumuman itu hari ini selepas mendapati satu kes yang bermula di Perlis merebak ke Pulau Pinang dengan masing-masing satu kes di pulau dan tanah besar.
Menurut Afif, kes pertama dilaporkan di Pokok Sena, Seberang Perai Utara selepas seekor anjing menggigit orang dewas pada 8 September lalu, diikuti kes kedua di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau selepas kanak-kanak berusia 11 tahun digigit anjing.
Dua insiden itu mendesak Pulau Pinang menguatkuasakan Akta Haiwan 1953.
Mengikut Akta itu, pihak berkuasa diberi kuasa di bawah Sub Section 42 (4) Akta Haiwan 1953 (Akta 647) yang mensyaratkan semua anjing berusia tiga tahun dan ke atas pada tarikh dikuatkuasakan Vaksin Anti-Rabies, hendaklah dibawa dan disuntik vaksin.
Afif membangkitkan bahawa Pulau Pinang sudah diisytihar bebas daripada penyakit itu oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2012 selepas kes terakhir dilaporkan di negeri itu pada 1999.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mengumumkan dengan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut Seksyen 39 (1) Akta Haiwan 1953 untuk mengaktifkan semula Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila 2015.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahur, berkata semua anjing liar yang tidak berlesen atau tidak berantai, yang berkeliaran di luar kawasan perumahan atau persendirian akan ditangkap untuk dimusnahkan bagi mengawal penularan penyakit.
“Pemilik anjing harus memastikan anjing mereka berada di dalam kawasan mereka atau di dalam sangkar bagi mengelakkan hubungan dengan anjing lain yang berkemungkinan boleh dijangkiti,” katanya dalam sidang media di Komtar, dekat sini, hari ini.
Pada masa sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Zailan Adnan, berkata individu yang digigit oleh anjing yang dijangkiti virus anjing gila boleh dikesan tanda-tandanya seawal seminggu hingga setahun.
“Penyakit ini boleh berjangkit menerusi air liur atau liang serta luka terbuka dan bukan semata-mata disebabkan gigitan. Maka, kami menasihatkan orang ramai supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penyakit merebak,” kata Zailan.

Sunday, August 23, 2015

Jangan berlagak pandai





The most shocking thing was , there are dead

 Swiftlets everywhere. 


Statements di atas menunjukkan

 kejahilan penasihat/ konsultan

 yang memasuki rumah burung walet

 anda dan ia sangat menakut

 pengusaha yang kurang arif dengan

 pengiraan pengeluaran ternakan

 ( Animal Production Calculation

 ). Kematian ternakan merupakan

 satu kerugian, tetapi ada tolak

 ansurnya  kerana kematian

 ternakan tidak boleh dielakkan

 setiap kali musim pengeluaran

 ternakan
.,
Sepatutnya penasihat tadi

 menyatakan dalam angka peratusan

 bukan hanya meneka dengan

 perkataan. Peratusan mortaliti

 normal dan abnormal sepatutnya

 dipelajari dahulu sebelum

 terlibat dengan pengeluaran

 ternakan sebelum membuat sebarang

 Penilaian keatas kematian

ternakan
.
Luangkan sedikit masa untuk

 meningkat kemahiran dan

 pengetahuan dalam bidang

 perladangan burung walet melalui
 sumber  yang sahih. 

Sunday, August 16, 2015

Harga makin baik, bau sarang walet semakin kuat.

New Malaysian standard for bird’s nest products

July 19, 2015
Studies being done to set safe levels of nitrate, to meet demand in China
Malaysia,-bird's-nest
CYBERJAYA: Edible bird’s nest products must meet a Malaysian standard now being developed and expected to be in force late next year.
The director-general of standards, Fadilah Baharin, said a comprehensive study was being conducted by the standards department and the health ministry on safe levels of nitrate content for consumption, and to meet stringent export requirements for China’s market.
She said high nitrate content could pose serious health risks such as cancer. Unprocessed swiftlet nests from Malaysia had been banned by China previously for having high nitrate content.
However, the export of processed bird’s nests or ready-to-eat jelly or drinks (in bottles) was not affected, she said.
Only about half of swiftlet farming companies were able to export bird’s nests to China, she said. The new Malaysian standard would help up to 90 per cent of the companies could export their products, she said.
Fadilah said Malaysia’s standards for swiftlet farming, in force since 2010, were the first of its kind in the world.
The department would introduce a new standard which would be launched by science minister Ewon Ebin in September.
Fadilah said the development of standards of raw bird’s nests for authentication, quality, grading, packaging and labeling started three years ago.
“The standards, which meet the international standards, certainly help unprocessed bird’s nest products to be graded systematically to facilitate export to the international market,” she added.
She said besides China, the local swiftlet nest industry also targeted new markets, including Hong Kong, Japan and Italy to capitalise on rising demand.
– BERNAMA

Saturday, August 8, 2015

Prinsip pengubahsuaian/baikpulih Rumah Burung Walet budget rendah

Pada kebiasaan rbw yang kurang memberang/ prestasi rendah akan membuat pengubahsuian semada secara total atau sebahagian kecil. Sekiranya pengubahsuaian perlu  dibuat secara total yang pasti anda  perlu menyediakan budget yang mencukupi supaya  proses baikpulih dapat dilakukan dengan lancar tanpa dihalangi dengan kekurangan wang . Terdapat 2 perkara yang pasti sekiranya anda kekurangan wang pada masa itu; pertama proses baikpulih akan dibuat secara ala kadar / tidak mengikut spects yang di persetujuai dan kedua tiada penambahan/perkembangan yang positif selepas baikpulih dan seterusnya merugikan wang,masa,tenaga dan masa adaptasi burung walet menjadi lebih panjang. 
Cara yang terbaik daripada pengalaman saya bagi pengusaha yang kekurangan budget ialah  pengusaha tersebut melakukan sendiri  kerja  baikpulih setelah mendapat nasihat daripada pakar. Meneruskan operasi Rbw yang bermasalah atau Rbw berprestasi rendah adalah perkara yang sia-sia.

Wednesday, August 5, 2015

Cantik. menarik dan bergaya

Sebuah rbw yang menarik bagi pandangan mata tetapi pada hemat saya Rbw ini tidak mempunyai kopentensi yang mencukupi untuk memikat burung walet di kawasan itu:

i. Terlalu dekat dengan jalanraya yang sibuk ( kurang drp 100kaki ). Deruman enjin kenderaan, mungkin juga gegaran menganggu kedamaian penginapan Aerodramus fuciphagus.
ii. Ketinggian jalan raya mengurang ketinggian Rumah burung walet.( aras jalan pada paras tingkat 1).... ada lagi




Saturday, August 1, 2015

Tajuk thesis: MENINGKAT POPULASI BURUNG WALET DI TINGKAT SATU BAGI RUMAH BURUNG WALET TIGA TINGKAT MELALUI KAEDAH SOKONGAN PADA KAYU SIRIP

ALHAMDULLILLAH, TEKAAN INTELEK/ Hipotesis saya betul, Daripada gambar di bawah populasi burung walet dalam bentuk koloni di tingkat satu ( 1 ) mula berkembang apabila sokongan pada kayu sirip ditambah dengan bahan bahan tertentu.
Idea saya dalam kajian ini untuk melihat sejauh mana kesan sokongan pada nesting plank mempengaruhi pengaturan penginapan populasi walet pada tingkat yang dipilih. Persoalan yang yang pertama ialah kenapa burung walet memilih untuk bersarang di atas tali berbanding kawasan yang berdekatan dengan tweeter yang mengeluar muzik atau suara?. Apakah sifat permukaan kayu sirip yang menjadi keutamaan untuk membuat sarang?. 





Thursday, July 23, 2015

Suasana di waktu Pagi


Kali pertama dalam tempoh 10 tahun saya memasuki ke dalam rbw  untuk melihat suasana yang berlaku di dalam Rbw pada pukul 7:00am. Walaupun sudah banyak burung yang keluar dari rbw pada waktu itu tetapi masih banyak lagi yang "stretching" sebelum  keluar mencari makan. 
Sekiranya anda tidak mempunyai tujuan yang jelas untuk memasuki pada waktu pagi ( sebelum pukul 11:00am ) adalah lebih baik mengelak daripada berbuat sedemikian. Suasana kelam kabut dapat diperhatikan pada waktu itu dan ini mendatang stress terutama kepada burung walet yang baru menginap.
Dalam RBW waktu pagi
Suasana pagi

Tuesday, July 21, 2015

Padang rumput di atas bumbung

Walau terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai organisma sosial ( seorang bapa, pelajar, ahli komuniti, pekerja dan tuntutan bio yang lain ) sempat menjenguk sepintas lalu perkembangan Rbw terutama padang rumput di atas bumbung untuk dikongsi bersama.


Rumput yang tidak di ketahui spesisnya  tumbuh secara agresif dan menguasai hampir 100 % tunbuhan herba
Keberkesanan memikat burung walet melalui kaedah ini masih dalam kesamaran kerana perkembangan populasi burung walet bagi Rbw 764 tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan kewujudan padang rumput ini. Tiada pertunjuk yang jelas kewujudan padang rumput ini meningkat populasi burung walet. Kegairahan membina padang rumput diatas bumbung mungkin disebabkan keinginan mencipta suasana alami bagi sesebuah Rbw.
Walaupun begitu herba ini bertindak sebagai penebat yang baik untuk menghalang haba sampai ke bahagian "Slate" dan seterusnya boleh memberi haba kepada sarang burung walet. Situasi ini dapat dilihat pada musim kemarau yang lalu apabila suhu "slate" mencapai tahap suhu maximun 32oC berbanding sebelum ini Minimun 34oC. 
Berdasar kebaikan yang diperolehi daripada tumbuhan herba ini pengekalannya akan diteruskan.

Sunday, July 12, 2015

Dalam monkey house


Sibuk dengan study



Salam, sudah lama tidak menjengok blog kerana semester terlalu sibuk dengan kuliah yang padat dan courses  yang agak mencabar tetapi masih mengikuti  perkembangan industri secara dekat dan penuh minat. 
selamat menjalani ibadat puasa.




Course lukisan kejuruteraan


Lukisan kejuruteraan

Tuesday, June 9, 2015

Tarikan Landskap atas Bumbung

Padang rumput yang dibina di atas bumbung menarik bukan saja menarik burung  walet tapi organisma lain untuk berkembang biak di situ.