Walau terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai organisma sosial ( seorang bapa, pelajar, ahli komuniti, pekerja dan tuntutan bio yang lain ) sempat menjenguk sepintas lalu perkembangan Rbw terutama padang rumput di atas bumbung untuk dikongsi bersama.
|
Rumput yang tidak di ketahui spesisnya tumbuh secara agresif dan menguasai hampir 100 % tunbuhan herba |
Keberkesanan memikat burung walet melalui kaedah ini masih dalam kesamaran kerana perkembangan populasi burung walet bagi Rbw 764 tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan kewujudan padang rumput ini. Tiada pertunjuk yang jelas kewujudan padang rumput ini meningkat populasi burung walet. Kegairahan membina padang rumput diatas bumbung mungkin disebabkan keinginan mencipta suasana alami bagi sesebuah Rbw.
Walaupun begitu herba ini bertindak sebagai penebat yang baik untuk menghalang haba sampai ke bahagian "Slate" dan seterusnya boleh memberi haba kepada sarang burung walet. Situasi ini dapat dilihat pada musim kemarau yang lalu apabila suhu "slate" mencapai tahap suhu maximun 32oC berbanding sebelum ini Minimun 34oC.
Berdasar kebaikan yang diperolehi daripada tumbuhan herba ini pengekalannya akan diteruskan.