Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, April 26, 2016

Kegunaan humidifier untuk operasi rumah burung walet- Anda perlu faham!

Saya baru terima humidifier di bawah untuk membuat kajian bukan untuk menurunkan suhu dalaman rumah burung . Aplikasi mesin ini  bertujuan untuk menambah kelembapan mengikut apa yang di kehendaki oleh pengusaha itu sendiri. Kesemua Rbw saya dan di bawah selian saya tidak menggunakan mesin ini untuk tujuan menurun suhu ataupun menambah kelembapan.
Bagi mendapat kestabilan suhu  dalaman, saya menyelesaikan perkara pokok ini di peringkat reka bentuk rumah burung walet bukanya selepas 5 tahun operasi Rbw. Konsep menggunakan Humidifier untuk menurunkan suhu dalaman Rbw adalah sangat dangkal kerana ia memberi kesan  buruk kepada kayu sirip dan kemungkinan juga boleh menyebabkan " Sarang Lumut". Teknik menurun suhu dan teknik meningkat humiditi adalah dua perkara yang berbeza dan ia tidak mampu dilaksanakan oleh Humidifier secara serentak. Kebanyakkan pengusaha Rbw yang berjaya tidak menggunakan Humidifier bagi tujuan menurunkan suhu dalaman Rbw tetapi digunakan untuk menambah kelembapan/ humiditi dalaman Rbw mereka.




Friday, April 22, 2016

rintangan satu permasalahan

Apa itu rintangan? Apakah kepentingan kepada pengusaha rumah burung walet?. Rintangan Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus. Faktor faktor mempengaruhi rintangan ialah suhu, luas permukaan atau diameter cable,sifat bahan pengalir dan panjang cable.  Semua faktor di atas sangat berkait rapat dengan sistem suara yang mempunyai komponen komponen terutama tweeter dan cable yang selalu memberi masalah kepada dalam sistem suara  dalam Rbw. Tanda tanda kewujudan rintangan tinggi ialah:
i. Seluruh tweeter pada tingkat tertentu tidak mengeluarkan bunyi ( sekiranya litar dibina secara berasingan bagi setiap tingkat )
ii. Terdapat tweeter yang mengeluar bunyi dan  tidak mengeluar bunyi pada litar yang sama bagi litar selari. 
Kedua -dua keadaan di atas sering terjadi pada litar sistem suara dalam rumah burung walet. Ada juga laporan dari pengusaha, seluruh tweeter tidak mengeluar bunyi disebakan oleh hanya satu tweeter sahaja yang mengalami rintangan tinggi, Sekiranya keadaan ini berlaku pengusaha perlu menguji nilai rintangan bagi setiap tweeter dalam litar tersebut.










Monday, April 11, 2016

Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dan merosakkan industri

Due to the high economic value of Edible birds Nest, irresponsible manufacturers often incorporated adulterants such as tremella fungus (Tremella fuciformisis), karaya gum (Sterculia urens), red seaweed, pig skin, egg white and vermicelli rice to increase the overall nett weight and size of the Edible birds nest. These compounds are used as adulterants due to the similarities in colour, taste and texture with the genuine bird’s nest salivary cement which is difficult to be detected by naked eyes.



Bahan bahan yang campur bersama dengan sarang burung walet;

1. Tremella fungus
2. Karaya Gum
3. Red seaweed
4. Pig skin
5. Egg white

Bahan di atas di campur untuk menambah berat dan saiz sarang burung walet.

Tuesday, April 5, 2016

Siapa saja boleh menghasilkan Rbw berprestasi rendah

Ciri - ciri rumah burung walet berprestasi rendah boleh dilihat dengan jelas pada nesting plank yang kelihatan gersang dengan sarang burung walet
Walau sehebat mana pun nama anda atau kepakaran  anda yang anda canang dalam industri burung walet, ia akan reflect kepada ketidakupayaan dan  ketidakmampuan anda memikat burung walet sekiranya nesting plank kelihatan sama seperti 5 atau 10 tahun yang lampau. Bagi anda yang memiliki Rbw dan mempunyai kesamaan dengan Rbw seperti di bawah, saya sarankan anda mendapat nasihat mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam industri ini. Menunggu hasil daripada Rbw berprestasi rendah seperti itu..... Ibarat Mengharap Batu Menjadi Emas