Suhu slate tingkat 1
|
Suhu slate bumbung |
Walaupun cuaca di Pantai Timur sangat extreme sekarang, suhu Slate Rbw ini masih boleh bertahan pada suhu yang munasabah terutama Slate bumbung( Naked slate ) yang biasa mencapai suhu minima 34oC dan ke atas sekiranya tiada lapisan penebat atau bumbung di atas slate.
Peringkat Reka Bentuk Rbw merupakan perkara yang sangat penting dalam pembinaan rumah burung walet. Cabaran memikat burung walet menjadi lebih payah, sukar dan kecewa sekiranya pengusaha membuat kesilapan atau mendapat nasihat dari mereka yang ketandusan ilmu dan kemahiran dalam perladangan burung walet.
Dalam keadaan cuaca yang extreme sekarang Pengusaha Rbw ini masih lagi tersenyum lebar.. Allamdullilah kerana haba panas di luar sekarang masih tidak dapat mengucar- kacir kestabilan suhu dalam Rbw tersebut. Malah bukan itu saja, pertambahan hasil terus berlaku...