Sebuah Rumah Burung Walet terletak di daerah Setiu Terengganu merupakan Rbw yang biasa-biasa sekiranya anda lihat daripada luar bangunan. Keunikan sangat terselah apabila anda meneroka lebih lanjut kedalam Rbw itu dengan melihat keunikan senibina papan sirip, kolam ikan, lubang Naga ( RR ) dan Tangga . Bagi saya adalah sesuatu yang baru dan hebat kerana saya belum pernah melihat reka bentuk dalaman yang begitu unik tapi Dangkal dengan ilmu dan kemahiran memikat burung walet pengusaha atau pencentus idea ini.
Sesuatu rekaan yang baru walaupun unik, mesti melalui ujian tertentu untuk menilai keberkesanan dan mengurang risiko sesuatu produk tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasaran ( burung walet ) untuk masuk, tidur dan membiak.
Pelaburan yang begitu besar hanya mendapat pulangan beberapa ketul Taik burung walet dalam Tempoh 5 tahun, menunjukan kegagalan secara "Total" pengusaha yang juga berfungsi sebagai pemikat Burung Walet 'debet Pres'. Pelaburan 2 juta ringgit bagi " single Project" dalam perladangan burung walet menyerlah lagi kedangkalan ilmu dan kemahiran memikat burung pengusaha tersebut atau siapa saja yang terlibat dalam pelaburan ini.
Tindakan meminta pertolongan wanzul swiftlet untuk membuat pemeriksaan, menilai dan mencadang tindakan seterusnya merupakan satu langkah yang tepat dan bijak untuk menyelamat Rbw ini runtuh dibadai Angin Laut yang tanpa jemu seperti saya juga tidak pernah jemu menambah ilmu dan kemahiran walaupun sudah professional dalam industri ini.
Bahagian Depan sebuah Restoran
Terdapat lapan Unit Piramid dalam Rbw ini
Papan sirip Bentuk Piramid
Lubang Naga