Sarang burung Malaysia patuhi piawaian WHO
2011/10/15
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menghantar wakil ke China bagi menjelaskan
kandungan nitrat sarang burung dari Malaysia mematuhi piawaian
ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus menyangkal
dakwaan pihak tertentu bahawa kebanyakan sarang burung dari Malaysia
mungkin barang tiruan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong, berkata kementeriannya juga sedang bekerjasama dengan industri sarang burung tempatan bagi mewujudkan sistem jejak dagangan (trade tracking) untuk memastikan sarang burung yang dieksport ke China benar-benar berasal dari Malaysia.
Baru-baru ini, dua pemborong yang mengendalikan ratusan pusat perniagaan di Guangzhou, China, dilapor menghentikan jualan sarang burung Malaysia berikutan arahan pihak berkuasa negara berkenaan.
kepada Pengusaha pengusaha rumah burung walet di malaysia terutama pengusaha bumiputra tidak perlu gusar tentang permasalahan yang wujud dalam industri ini. Oleh kerana industri ini banyak melibatkan kaum cina, mereka atau kerajaan akan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin... wan zulswiftlet
No comments:
Post a Comment