Penilaian adalah proses yang memerlukan kemahiran yang tinggi pada seseorang peminat burung walet dan ia melibatkan 3 perkara; I. Masa ( tempoh tertentu ) II. Mengawal pemboleh ubah ( perkara2 yang boleh berubah III. Membuat keputusan ( saranan/tindakan susulan ).
I. Masa - tempoh masa untuk membuat penilaian bergantung kepada pengalaman anda, 1 minggu, 1bulan, 6 bulan atau 1 tahun?.
II. Mengawal pemboleh ubah - terdapat banyak perkara boleh berubah yang mempengaruhi penilaian sebelum dan semasa membuat penilaian contoh Predator, waktu perayaan, suhu, musim, bilangan kenderaan dan banyak lagi.
III. Membuat keputusan - Apakah harus anda lakukan setelah membuat penilaian, iaitu tunggu dan lihat, menambah tempoh tunggu dan lihat, terus membuat sesuatu yang di fikirkan perlu atau do nothing .
Bagi menjadi penilaian rumah burung walet yang baik, seseorang itu mesti mempunyai asas sains haiwan ,kemahiran teknikal dan pengalaman dalam bidang perladangan burung walet.
No comments:
Post a Comment