Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, October 25, 2013

Cipta vaksin untuk biri-biri dan kambing

Tahniah Prof DR Zamri Saad, sifu saya dalam ilmu Patologi 21 tahun yang lalu.

Oleh Syalikha Sazili | syalikha@bh.com.my Cetak
Cipta vaksin untuk biri-biri Abu Bakar (dua dari kanan) bersama Mohd Fauzi (kiri), Mohd Zamri (dua dari kiri) dan Seleman pada pelancaran vaksin semburan Intranasal STVAC7 di UPM, semalam.
2 saintis UPM guna bakteria kurangkan kematian ternakan

Serdang: Dua saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan vaksin bakteria pertama di Malaysia untuk mengawal jangkitan radang paru-paru pada kambing dan biri-biri.

Vaksin yang dikenali sebagai Rekombinan Intranasal Vaksin Semburan untuk Kambing dan Biri-biri (STVac7) itu dihasilkan melalui penggunaan bakteria Mannhemia Haemolytica A7 yang dapat membantu mengurangkan lebih 90 peratus kadar kematian ternakan itu.
Penyelidikan yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Zamri Saad dan penyelidik bersama, Dr Md Sabri Mohd Yusof, masing-masing melihat keupayaan vaksin ini untuk mengawal penyakit terbabit yang kebiasaannya menyerang ketika musim hujan.


Zambri berkata, cuaca lembap ketika musim hujan memudahkan penyakit itu tersebar dan sebelum ini kaedah yang digunakan untuk memberi vaksin adalah melalui suntikan berbeza dengan produk yang diperkenalkan.


Kaedah lebih mudah

“Kami menemui kaedah baru untuk memberi vaksin dengan menyemburkan STVac7 ke hidung kambing dan biri-biri setiap enam bulan, pada bulan Mac dan September,” katanya ketika ditemui pada majlis prapelancaran STVac7, di sini, semalam.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Sali; Timbalan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dan Pengarah Bio-Angle Vacs Sdn Bhd, Seleman Arip

Thursday, October 24, 2013

Otak sihat hidup sihat, Otak sakit badan sakit

Monday, October 21, 2013

Harga sarang burung walet terkini

 Rata - rata harga sarang burung walet berkisar di antara Rm 800.00 - Rm 1300.00 mengikut lokasi dan cara diantara pembeli dan penjual "DEAL" contoh secara pukau RM 1000.00 di tempat lain  pula hanya Rm 800.00 je. Jadi sekarang harga tidak lagi mengikut standart seperti dahulu. Anda perlu bijak deal dengan pemborong atau orang tengah untuk mendapat harga tertinggi.
Bagi pengusaha yang membuat pinjaman bank, kesannya sangat "pedih" untuk menjelaskan Installment rumah burung walet. Walau bagaimanapun Hidup mesti di teruskan.


 

Thursday, October 17, 2013

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi


Akum. Kata-kata di bawah menyebabkan saya menghasil produk seperti gambar  di atas walaupun bertahun lamanya. Keinginan yang tinggi untuk menjadi pakar dalam perladangan burung walet tidak pernah padam InsyaALLAH.

Saturday, October 12, 2013

SGS dengan turbine generasi ke-4 bakal muncul

Memiliki SGS seperti negara memiliki fighter jet F16 so rbw anda akan digeruni oleh saingan terdekat kerana ia dibina untuk bersaing dengan rbw di sekitar anda.   
Di atas ialah Ujian turbine generasi ke-4.

Wednesday, October 9, 2013

Inspiring Words