Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, October 25, 2013

Cipta vaksin untuk biri-biri dan kambing

Tahniah Prof DR Zamri Saad, sifu saya dalam ilmu Patologi 21 tahun yang lalu.

Oleh Syalikha Sazili | syalikha@bh.com.my Cetak
Cipta vaksin untuk biri-biri Abu Bakar (dua dari kanan) bersama Mohd Fauzi (kiri), Mohd Zamri (dua dari kiri) dan Seleman pada pelancaran vaksin semburan Intranasal STVAC7 di UPM, semalam.
2 saintis UPM guna bakteria kurangkan kematian ternakan

Serdang: Dua saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan vaksin bakteria pertama di Malaysia untuk mengawal jangkitan radang paru-paru pada kambing dan biri-biri.

Vaksin yang dikenali sebagai Rekombinan Intranasal Vaksin Semburan untuk Kambing dan Biri-biri (STVac7) itu dihasilkan melalui penggunaan bakteria Mannhemia Haemolytica A7 yang dapat membantu mengurangkan lebih 90 peratus kadar kematian ternakan itu.
Penyelidikan yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Zamri Saad dan penyelidik bersama, Dr Md Sabri Mohd Yusof, masing-masing melihat keupayaan vaksin ini untuk mengawal penyakit terbabit yang kebiasaannya menyerang ketika musim hujan.


Zambri berkata, cuaca lembap ketika musim hujan memudahkan penyakit itu tersebar dan sebelum ini kaedah yang digunakan untuk memberi vaksin adalah melalui suntikan berbeza dengan produk yang diperkenalkan.


Kaedah lebih mudah

“Kami menemui kaedah baru untuk memberi vaksin dengan menyemburkan STVac7 ke hidung kambing dan biri-biri setiap enam bulan, pada bulan Mac dan September,” katanya ketika ditemui pada majlis prapelancaran STVac7, di sini, semalam.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Sali; Timbalan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dan Pengarah Bio-Angle Vacs Sdn Bhd, Seleman Arip

No comments:

Post a Comment