Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, November 3, 2010

Kenapa swiftlet farming jadi pilihan kami

Askum. ilmu sesuatu perkara harus dipelajari dahulu sebelum memulakan projek yang anda idamkan. Sepak terajang dan jatuh-bangun dalam industri pertanian sepanjang penglibatan kami 20 tahun banyak memberi pedoman untuk kami melibatkan diri dalam perladangan burung walet secara gila-gila sekarang, kenapa agaknya, saudara- saudari yang dirahmati ALLAH di luar sana. Pertama: ini adalah bidang pengajian kami,  ke-2: kos makanan 70% drp production cost tiada dalam industri ini,  ke-3: tak payah nak buat flock health program sebanyak 5% - 10% kosnya, dalam pertanian kedua dua perkara diatas dikenali sebagai killing factor ,  ke-4:perladangan burung walit adalah projek pertanian berimpak tinggi dan  ke-5: populasi walet dunia sudah balance bermaksud Manusia tidak mampu menghasil burung walet secara natural melainkan yang sudah sedia ada yang ALLAH cipta sekarang. Jadi production sarang burung tak akan melebihi permintaan .... tak serupa dgn serai, ikan keli,cacing,cili dan kebanyakkan sub bidang pertanian lain. sekiranya anda ditawarkan skim perladangan walet secara intensif ( dalam sangkar ) fikir fikirlah tentang the killing factors diatas. Sebenarnya banyak perkara lagi yang  menjadi  mimpi ngeri kepada pengamal perubatan binatang dan animal producer berkenaan intensif swiftlet farming....hanya jauhari mengenal manikam         
                            
         SESUATU ITU AKAN HANCUR SEKIRANYA DIBERI KEPADA YANG BUKAN AHLINYA.
wassalam.