Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, September 6, 2011

Issue sarang burung jenis berdarah


BEIJING 26 Ogos - Industri sarang burung di Malaysia tidak menghasilkan sarang burung walet jenis Berdarah (Merah) tetapi hanya mengeluarkan jenis Maharaja Putih, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin.
Beliau berkata, kemungkinan terdapat sebilangan kecil sarang burung berwarna merah asli yang mungkin disebabkan oleh tindak balas kimia antara air liur burung itu dengan persekitaran.
Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang mewujudkan garis panduan menyeluruh bagi industri sarang burung bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti produk itu terjamin, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengadakan sidang itu bagi menyanggah beberapa laporan yang mendakwa kononnya sarang burung tercemar yang ditemui oleh badan pemantau kualiti Wilayah Zhejiang di timur China baru-baru ini adalah diimport dari Malaysia.
Manfaat sarang burung walet berfungsi sebagai makanan multi vitamin yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dan kekebalan tubuh dari serangan penyakit. - Bernama

Pengunaan antibiotik dalam makanan ternakan


Mengesan antibiotik ternakan ayam


Penggunaan antibotik yang minimum dapat mewujudkan industri ayam yang lebih sihat. -Gambar hiasan.


SELAMA ini adakah kita sebagai pengguna mengambil berat mengenai apa yang kita makan? Misalnya antibiotik yang terkumpul dalam daging ayam yang kita makan setiap hari??      SAYA tidak pernah makan daging ayam lebih daripada 20 tahun lalu semenjak terlibat dalam industri penternakan kerana Faktor Growth promoter yang di campur kedalam makanan ternakan terutama makanan ayam.wan zul


Antibiotik terutama tetracycline digunakan secara meluas dalam pengeluaran ternakan bagi terapii dan peningkatan berat badan.
Bahan berkenaan dimasukkan ke dalam makanan bagi merangsang peningkatan berat selain menghalang jangkitan penyakit.
Biasanya antibiotik berkenaan diberikan bermula dalam makanan permulaan atau starter sehingga ke 'finisher' atau hingga ayam disembelih.
Biasanya antibiotik akan berkumpul dalam tisu haiwan ternakan dan memasuki rantaian makanan apabila ternakan berkenaan disembelih, dijual dan dimakan oleh manusia.
Antibiotik stabil sehingga sembilan bulan dan tidak terurai malah akan terkumpul di dalam otot, hati dan kulit.
Daging ayam merupakan makanan utama dalam diet manusia, Antibiotik yang terdapat dalam daging ayam mungkin boleh mendatangkan kesan kepada manusia seperti rentan kepada antibiotik serta memberikan kesan karsinogenik (penyebab kanser).
Disebabkan penggunaan antibiotik menjadi semakin penting dalam pengeluaran makanan, pihak berkuasa perlu mengambil langkah tertentu bagi mengukur kesan sisanya dalam makanan.
Bagi memastikan produk makanan yang selamat untuk penggunaan tempatan dan antarabangsa, keupayaan mengesan sisa antibiotik dalam ternakan ayam sangat penting.
Sistem pengesanan antibiotik yang ideal biasanya dirujuk sebagai imbasan mikrobiologi diikuti dengan ujian ELISA dan pengesahan akhir serta kuantiti menggunakan analisis HPLC atau GCMS.
Walaupun analisis berkenaan menggunakan peralatan yang sensitif tetapi ia amat mahal dan memakan masa yang lama.
Justeru gabungan jalur biosensor yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan peralatan digital mudah alih yang dibangunkan oleh Rapid Lab Sdn. Bhd. bagi pemantauan antibiotik mampu dimiliki dan sesuai bagi mendapatkan keputusan yang cepat.
Pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Bioteknologi, MARDI, Dr. Faridah Salam berkata, teknologi yang dibangun berdasarkan kepada produk antibiotik tempatan sangat berkaitan dengan pemantauan antibiotik.
Ini kerana jalur berkenaan boleh digunakan di lapangan pada masa sebenar.
"Jalur berkenaan mempunyai potensi pasaran yang besar bagi penggunaan eksport dan tempatan bernilai sehingga RM250 juta.
"Sejak Kementerian Kesihatan meningkatkan keupayaan mengimbas kandungan antibiotik dalam produk berasaskan ayam, jalur biosensor merupakan teknik terbaik bagi imbasan antibiotik," katanya.
Biasanya paras antibiotik yang selamat adalah 100 bahagian per bilion atau 100 mikrogram bagi satu kilogram.
Dr. Faridah berkata, selalunya hanya penternak industri ayam yang besar mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Dianggarkan kos imbasan saja menyumbang kira-kira 10 peratus daripada jumlah kos pasaran.
Pada tahun pertama, jalur berkenaan dijangka dapat memasuki 10 peratus pasaran segmen ujian dengan pertumbuhan lima hingga 10 peratus setahun.
Berdasarkan segmen pasaran, produk berkenaan dijangka menjana pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Blood's nest issue


KUALA LUMPUR: The Health Ministry is working with the Chinese government to determine the level of nitrite permissible for Malaysian bird’s nest.
Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said China wanted a zero ppm (parts per million) nitrate level while Malaysia’s standard is 30ppm.
“So, we are still discussing to reach a middle ground on the issue,” he said during a Hari Raya open house celebration at Istana Negara yesterday.
Liow was responding to reports of people masquerading as Malaysian government officials who have been promoting a type of bird’s nest called “blood’s nest” that contains high levels of nitrite.
The 30ppm nitrite level is based on the MS 2334 : 2010 Edible-Bird Nest (EBN) Specification and is also in line with the Food Regulations 1985.
Sweet treats: Liow giving out Raya cookies to nurses working at Hospital Kuala Lumpur yesterday. — Bernama
Liow stressed that the group was not representing the ministry or any other Malaysian government agency.
In a July 26 press conference in China, two men who claimed to be heads of the “Malaysia Export Veterinary Inspection Agency” and “Malaysian Endangered Species Import and Export Administration” told the media that blood’s nest imported from Malaysia was genuine and had an acceptable level of nitrite.