Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, September 18, 2015

Anti Kanser



http://vod.astroawani.com/mp4/2015-05/Sarangburung_29592_15539_388.mp4




http://www.astroawani.com/video-malaysia/sarang-burung-walit-bantu-rawatan-kanser-58525

Pulau Pinang dilanda penyakit anjing gila- AWAS Penyakit yang tiada Ubat

GEORGE TOWN, 17 September:

Pulau Pinang diisytiharkan sebagai negeri dilanda penyakit anjing gila berikutan tersebarnya virus penyakit itu di negeri ini sejak 4 September lalu.
Pengerusi Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin membuat pengumuman itu hari ini selepas mendapati satu kes yang bermula di Perlis merebak ke Pulau Pinang dengan masing-masing satu kes di pulau dan tanah besar.
Menurut Afif, kes pertama dilaporkan di Pokok Sena, Seberang Perai Utara selepas seekor anjing menggigit orang dewas pada 8 September lalu, diikuti kes kedua di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau selepas kanak-kanak berusia 11 tahun digigit anjing.
Dua insiden itu mendesak Pulau Pinang menguatkuasakan Akta Haiwan 1953.
Mengikut Akta itu, pihak berkuasa diberi kuasa di bawah Sub Section 42 (4) Akta Haiwan 1953 (Akta 647) yang mensyaratkan semua anjing berusia tiga tahun dan ke atas pada tarikh dikuatkuasakan Vaksin Anti-Rabies, hendaklah dibawa dan disuntik vaksin.
Afif membangkitkan bahawa Pulau Pinang sudah diisytihar bebas daripada penyakit itu oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2012 selepas kes terakhir dilaporkan di negeri itu pada 1999.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mengumumkan dengan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut Seksyen 39 (1) Akta Haiwan 1953 untuk mengaktifkan semula Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila 2015.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahur, berkata semua anjing liar yang tidak berlesen atau tidak berantai, yang berkeliaran di luar kawasan perumahan atau persendirian akan ditangkap untuk dimusnahkan bagi mengawal penularan penyakit.
“Pemilik anjing harus memastikan anjing mereka berada di dalam kawasan mereka atau di dalam sangkar bagi mengelakkan hubungan dengan anjing lain yang berkemungkinan boleh dijangkiti,” katanya dalam sidang media di Komtar, dekat sini, hari ini.
Pada masa sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Zailan Adnan, berkata individu yang digigit oleh anjing yang dijangkiti virus anjing gila boleh dikesan tanda-tandanya seawal seminggu hingga setahun.
“Penyakit ini boleh berjangkit menerusi air liur atau liang serta luka terbuka dan bukan semata-mata disebabkan gigitan. Maka, kami menasihatkan orang ramai supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penyakit merebak,” kata Zailan.