Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, September 19, 2012

Lawatan ke Rbw yang kurang sambutan setelah hampir 3 tahun

Beberapa pertunjuk yang dikenalpasti menyumbangkan kepada kegagalan untuk menambah bilangan burung walet ke dalam Rbw yang telah dilawati di tempoh hari.
Lubang burung masuk ke-2 selepas void jenis L-shape kurang disukai walet kerana memerlukan kemahiran dan extra tenaga untuk melepasi halangan ini. Walaupun begitu ada yang berjaya menggunakan design jenis ini tapi hanya minoriti yang mana kejayaan itu banyak dipengaruhi oleh faktor penyokong tambahan. Anda mesti tahu faktor penyokong dahulu sebelum membina design jenis ini. 





Elemen diatas adalah faktor kritikal kepada kegagalan rumah burung yang berusia hampir 3 tahun ini. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam Animal science ia tidak memberi apa - apa kerisauan tentang kewujudan elemen ini.




Elemen kegagalan juga wujud pada lantai roving room





walaupun kaedah ini baik untuk menambah kelembapan dan menurunkan suhu dalam Rbw tapi ia  memberi kesan sampingan yang melampau kepada konsentrasi dan kedamaian burung walet ketika waktu rehat sama ada pada siang dan malam. keamanan dan kedamaian adalah keperluan benda hidup. Sebarang gangguan bunyi yang melampau memberi kesan buruk kepada keberkesanan suara internal dan external.

Oleh kerana Rbw ini jenis Rbw Budget maka terdapat beberapa perkara lagi yang menjadi faktor penyebab tambahan kepada kegagalan mempopulasi walet dalam masa lebih kurang 36 bulan. Saya sedaya upaya menolong owner rbw ini untuk meningkatkan populasi walet dalam masa terdekat, berdasarkan pengalaman mempopulasi Rbw budget sebelum ini..Insya Allah