Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, September 25, 2012

Ekspo China-Asean (CAEXPO) ke-7

NANNING (China), 25 Okt (Bernama)-- Peserta pameran Malaysia berjaya meraih jualan segera bernilai RM23.1 juta dengan RM42.6 juta lagi nilai jualan sedang dibincangkan di Ekspo China-Asean (CAEXPO) ke-7 yang berakhir Ahad lepas.

Jurucakap Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Mohd Salleh memberitahu media Malaysia: "Pelaburan berpotensi bernilai RM129 juta dijangka mengalir masuk ke Malaysia sekiranya beberapa rundingan yang dibincangkan semasa ekspo lima hari itu menjadi kenyataan.

"Antara pelaburan adalah dalam sektor pertanian dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, termasuk penubuhan kilang kenaf oleh sebuah syarikat Korea.

"Jualan segera di ekspo tersebut ialah bagi makanan dan minuman, sarang burung, bahagian-bahagian elektrik, motosikal, penapis air, perabot, pakaian, kosmetik, herba dan produk penjagaan kesihatan, barang kemas dan bahan binaan."

Tahun ini, 101 syarikat Malaysia menyertai CAEXPO ke-7, dengan kira-kira 128 gerai pameran berbanding 50 semasa ekspo sulung pada 2003.Pada CAEXPO kali ini 5 produk dari malaysia mendapat permintaan tinggi iaitu sarang burung, kopi,jus buahan, pendidikana dan francais

Kopi putih dan sarang burung Malaysia adalah daya tarikan utama di pavilion Malaysia.

Malaysia memenangi tiga anugerah di CAEXPO tersebut bagi Anugerah Penganjur Peserta Pameran Terbaik, Anugerah Galleria Jenama Terbaik dan Anugerah Penganjur Sektor Perindustrian Terbaik (Produk asas tani dan barangan makanan).



Anugerah itu disampaikan kepada Datuk Noharuddin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MATRADE di Mesyuarat Rasmi Kanan yang diadakan di Liyuan Country Resort, Nanning.

Terdahulu, Noharuddin menyaksikan permeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) antara syarikat penjagaan kulit kepala Pulau Pinang, Polygon Traders Sdn Bhd dan Uf(Nanning) Biotech Pte Ltd.

Di bawah MOA itu, Uf(Nanning) Biotech, dilantik sebagai pengedar tunggal bagi produk memelihara kulit kepala "Mau Plus" Polygon di China.