Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, December 31, 2010

TAXONOMY BURUNG WALIT/WALET/LAYANG-LAYANG

Pengkelasan benda hidup yang dibuat oleh saintis supaya manusia lebih mudah mengenali benda hidup berdasarkan anatomi /sifat fizikal dikenali sebagai taxonomy.Bagi mereka yang baru mengenali istilah sains adalah agak sukar sedikit untuk memahami istilah tersebut kerana kebanyakkannya menggunakan istilah Greek contoh Chordata, Invetebrate, Aves dan lain lain.Walaubagaimanapun saya akan memberi penjelasan yang paling mudah untuk difahami oleh pembaca blog ini.
                                         Pengkelasan burung/avian,termasuk ayam dan itik


Alam (Kingdom)   -haiwan
Filum (Phylum)    -chordata       ~ bertulang belakang
Kelas (Class)       - aves             ~ berbulu pelepah
Order (order)       - apodiformes  ~ tidak  menggunakan kaki
Keluarga (family) -apodidae       ~ keluarga  tidak guna kaki
Genus (Genus)    -aerodramus   ~ hidup di udara
Spesis (Spesies)  -Aerodramus fuciphagus
kesimpulanya 

Aerodramus fuciphagus ~   ialah haiwan yang bertulang belakang,mempunyai bulu pelepah,hidup dalam keluarga burung yang tidak banyak menggunakan kaki dan menghabiskan banyak masa d udara.


Aerodramus fuciphagus mempunyai enam subspesis/ variasi iaitu mempunyai sedikit perbezaan di antara subspesis   Aerodramus fuciphagus .Contoh variasi yang mungkin wujud seperti paruh lebih kecil di antara mereka/warna di bahagian dada berbeza/saiz mata berbeza/saiz sayap berbeza/saiz kaki berbeza dan lain-lain perbezaan yang mungkin ada .Perbezaan inilah dikenali sebagai variasi untuk membentuk subspesis Aerodramus fuciphagus seperti d bawah



1. Aerodramus fuciphagus    fuciphagus
2. Aerodramus fuciphagus inexpectatus
3. Aerodramus fuciphagus dammermani
4. Aerodramus fuciphagus micans
5. Aerodramus fuciphagus vestitus
6. Aerodramus fuciphagus perplexus

Nama burung layang-layang ini berbeza mengikut kedudukan geografi contoh di Malaysia dikenali sebagai burung layang-layang/walit manakala di Indonesia dikenali sebagai walet.swift dikenali d USA,Uk dan Canada.
Terdapat 2 spesis walit menghasilkan sarang yang boleh d makan kerana hampir 100% d buat daripada saliva manakala spesies lain sarang di buat daripada campuran air liur dengan bahan2 yang tidak boleh d makan spt selut,batu,daun,ranting kayu, bulu dan najis


Tuesday, December 28, 2010

Persoalan Keperluan Aroma dalam rumah burung walit

Askum. 3 hari lagi sambutan tahun baru 2011 akan menjelma pelbagai persiapan telah dan akan di atur untuk menyambut tahun ayam begitu juga dengan lambakan aroma walit d pasaran sekarang. Keperluan aroma dalam rumah burung bukan satu kemestian ia bertindak sebagai ajinomoto atau minor part dalam memikat burung walit tinggal d rbw anda.  Tauke walit kedah,saya dan banyak lagi pemburu sarang burung lain tidak mengguna langsung sebarang aroma untuk memiliki sarang burungwalit lebih kurang 100 nest dalam 15 bulan. Saya dan rakan2 yang lain tidak bercadang untuk menggunakan aroma yang dilambak d pasaran dengan harga yang tak masuk akal, bagi menunjukkan aroma mereka adalah MAGIC yg boleh memikat walit bersarang. Beginilah.... sahabat2ku perkara basic yang perlu dperbetulkan dahulu ialah, kestabilan suhu,  lokasi farm,  house design,  orientasi rbw,  lokasi lubang masuk,  kawalan predator,  kawalan gangguan bukan predator dan observation daripada owner mendahului Magic Aroma d pasaran sekarang.wassalam  

Tuesday, December 21, 2010

Teknologi dinding rumah burung walit

askum. Pelbagai inovasi d lakukan untuk menarik burung walit datang menginap secepat mungkin d RBW masing2. salah satu inovasi pada dinding RBW spt d bawah;
1. kebanyakan dinding  dbuat secara double, samada terdapat ruang kosong atau polyfoam diantara dinding.
    TUJUAN.   menghasilkan isolator terbaik untuk mengurangkan suhu dan yang lebih penting menstabilkan suhu   dalam rumah burung
2. Mempelbagai kegunaan paip PVC pd dinding iaitu ;
    i. Pvc bersaiz 4 inci d gunakan untuk ventilation  dan pencahayaan
   ii.  Pvc bersaiz 4 inci untuk ventilasi sahaja
   iii. Pvc saiz 2 inci untuk pencahayaan sahaja
3.Orientasi pvc diatas pada sudut 20 hingga 30 sahaja.
perhatikan gambar d bawah
  

Sunday, December 19, 2010

Perubahan fizikal sarang burung walit d Kota bharu memberi pengajaran besar.

askum. laporan lisan drp tauke2 walit d kota bharu dan semasa urusan jualbeli sarang burung menyatakan satu perubahan besar telah berlaku kepada SAIZ sarang  burung terkini berbanding dulu, d mana saiz lebih kecil , kenapa? salah satu sebab ialah kekurangan makanan kerana populasi walit unt kawasan KB sudah terlalu banyak. Ini adalah peluang yang baik untuk pemburu  sarang burung walit d luar bandar atau kws sumber makan dengan membina RBW d situ. Pembinaan RBW memberi kelebihan kerana walit terpaksa mencari kws yang lebih jauh drp KB dan akan singgah d RBW yg berdekatan, ini satu kelebihan kepada bumiputera yang tinggal di luar bandar. Satu perkara yg sangat penting bagi living thing is food sources

Wednesday, December 15, 2010

Sungai petani kedah padat dengan Rumah burung walit

askum. Statistik terkini dalam linkungan 30 km persegi dari bandar sg petani terdapat 600 buah RBW ( standalone n shoplot ) untuk bersaing secara Rat-race siapa lemah akan mati.Kalu anda sanggup dan berdaya saing sila uji tahap daya saing anda d sg petani. Tauke walit kedah awal2 lagi menarik diri dalam persaigan Rat-race ini, untuk consult Rbw dalam linkungan 30km dia pun tak sanggup. wassalam

shoplot burung walit


Ladang getah baka siam kami

Umur               : 8 bulan
ketinggian         : i. maksima 10 kaki
                         ii. minima 5 kaki
% kematian      :  5 pokok drp 250
keluasan           : 3/4 ekar

Lawatan ke rumah burung walit HJ Salleh



askum. wlaupun sibuk dengan tugasan lain,lawatan ke rbw tetap didahului. Kali ini lawatan ke Rbw org kaya yang bernilai 1.5million untuk identify. the mistakes of the 1.5juta BH before it finish at end of january 2011. there are a lot of mistaken:
1. LAL 4x7 kaki terlalu kecil, perlu sekurang kurang 8x8 feet
2.Terdapat tempat yg paling baik unt burung hantu bertengak, bahagian ini mesti d potong unt keselamatan walet
3. Ventilation hole is too close to the nesting plank, the air flow will disturd walet flying and can cause walet berayun while it hanging at the plank.
wlbgmnapun banyak ciri baik bagi RBW Hj Salleh, exp. ketinggian lantai 12 kaki, double wall n so on.Kepercayaan dan Keyakinan hj salleh terhadap wan zulswiftlet jelas terpancar.

Friday, December 10, 2010

Requested by blog reader seantero dunia

ASKUM. minta maaf banyak2 kepada pembaca blog ambo, sahabat2 ambo d luar sana yang kurang selesa dengan bahasa penulisan hamba kali ni. Sebernanya pembaca blog ambo ni sudah datang dari international level mereka  kurang atau tak faham langsung in bahasa so have to... guy..., promise! campur2 bahasa bagi semua orang puas hati ok.

Post Mortem Report For Tuan Hj Mat

According to our inspection last sunday that request by owner we have concluded as below:
1. Dog Kernell or Monkey House or rumah hantu  located at the wrong side that facing sunset and lot of trees disturd bird from gliding in front of their Entrance Hole.
Solution :  Relocated Entrance Hole that facing sunrise advantage of open area of that side and it not cost much to the owner.
2. Humidity is too low:
solution:  very simple, provide the cheapest water tank with full of water. 2 or 3 tank will be enough.
3. Very dry floor
Solution: The simpleist way, just spread water on the floor
4. There is Bad Echo produced by light weight brick.And the echo inside bird house must be pierce or nyaring to guide birds fly or moving safely. Oh no.... this one must be costly to the pak haji
Solution: dont border about it, leave it unless YOU have a big bug in the pocket.
alright the result of the revamp will be out within 3 month times.Hope god bless me and pak haji too.


P/s  this bird house have revamp by experiece guy or sifu last 8 month, according to the owner. But he still not satisfy of the result, the nest just multiple by 8 from 4 in 2 year time. That not easy to multiple bird nests, anyway we see the result within 3 month from Today.     No BH picture provided sorry Guy!!

Thursday, December 9, 2010

I really sorry friends!!!

Everything go wrong! during upload video and picture seem I have problem with skill or my rotten laptop oop sorry.... going to have new brand one soon

My first walit house sudah memberi pulangan

RBW pertama d kuala besut menunjukkan prestasi yg agak baik sehingga hari ni sudah ada 80 to 100 nests within 15 months, Tauke walit kedahpun tak boleh tahan dengan prestasi ni, kalau d serawak 100 nests dalam masa 6 bulan perkara biasa d sana burung masih mencari rumah.

RBW kami simple 20x30x3 kos dlm 70k, tanpa mesin yang canggih cuma peralatan audio very simple everyone surprise look at the condition of this our BH during their visit.But two thing the most important is stablelity of temperature and humidity.  Enjoy the video!!!  wassalam

Wednesday, December 8, 2010

Muncul Kembali

Hampir tiga minggu,saya tidak dapat update blog ini kerana sibuk mengunjungi pameran MAHA 2010.Hasil lawatan ke sana didapati banyak inovasi dalam pertanian terutama dalam industri yang kita cintai ini.Pertama:yang paling ketara ialah inovasi external roving room yang begitu kreatif ini bertujuan untuk memikat walit segera bersarang ke RBW masing-masing. Saya mempunyai tiga inovasi external roving room ini.walaubagaimanapun saya tidak dapat melakar di dalam posting ini kerana tidak mempunyai software yang bersesuaian.Di posting yang akan datang saya akan mengupas penemuan terbaru hasil daripada lawatan saya bersama dengan taukeh walit Kedah lebih daripada sepuluh buah RBW yang mempunyai berbagai bagai ciri positif dan negatif. Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H untuk semua sahabatku on9

                    TERUSLAH MENJENGUK BLOG AMBO INI UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN YANG HEBAT DAN CUKUP BERNILAI DALAM PELADANGAN EMAS PUTIH.WASSALAM......

Tuesday, November 16, 2010

Berita Nasional. 22 negara sertai MAHA

2010/11/16

SEPANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010) yang bermula 26 November ini berjaya menarik penyertaan lebih 22 negara sekali gus menjadi pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara. 

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah, berkata MAHA 2010 juga adalah program penting dalam sektor pertanian dan asas tani bagi meningkatkan lagi imej Malaysia dalam sektor berkenaan.
“MAHA 2010 adalah pameran pertanian terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan kita mahu mengembangkannya pada peringkat Asia dan dunia pada masa akan datang," katanya selepas melancarkan pelekat MAHA limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Program itu antara strategi promosi untuk MAHA 2010 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.

Burung walet janji pendapatan lumayan

Pembabitan Bumiputera masih kurang dalam industri ini

KUALA LUMPUR: Golongan Bumiputera kurang berminat dalam penternakan burung walet walaupun ia menjanjikan pendapatan lumayan berikutan sarangnya sentiasa mendapat permintaan tinggi. 

Ketua Eksekutif Global Excellent Marketing Sdn Bhd, Abdul Aziz Mohd Rejab, penasihat perusahaan itu berkata, pembabitan Bumiputera dalam sektor berkenaan kurang daripada 10 peratus dan selebihnya di dominasi kaum Cina.
“Mereka kurang pengetahuan mengenai industri ini dan manfaat jangka panjang kerana ia mampu menghasilkan pendapatan besar terutama selepas digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 131 Projek Permulaan (EPP) dalam ETP termasuk mengembangkan industri sarang burung walet bagi bidang pertanian yang bakal menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah RM4,541.2 juta dengan 20,800 peluang pekerjaan menjelang 2020. 

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, melalui kursus dianjurkan syarikatnya sejak setahun lalu, beliau sudah mula melihat kecenderungan Bumiputera dalam bidang itu, malah ada perusahaan mereka sudah mula membuahkan hasil. 

Berbanding sektor ternakan lain yang sentiasa mendapat suntikan teknologi terkini, penternakan burung walet tidak boleh dibuat secara moden kerana persekitaran untuk pembiakan burung itu mestilah di kawasan semula jadi yang mampu menarik haiwan itu membuat sarang. 

Kos membina rumah burung walet membabitkan kawasan seluas 2,000 kaki persegi dan setinggi dua setengah tingkat boleh menelan belanja sehingga RM160,000. 
Beliau menasihatkan mereka yang baru berjinak-jinak dalam industri itu berkongsi membina rumah burung itu bagi mencari pengalaman, sebelum mengumpul modal dan membinanya sendiri. 

Katanya, pada masa ini kebanyakan penternakan burung walet tertumpu di Semenanjung terutama di sekitar Manjung, Perak dengan anggaran 50,000 rumah burung berbanding hanya 7,000 rumah burung di Sabah dan Sarawak. 

“Saya percaya dengan penekanan diberikan kerajaan, Malaysia mampu mencapai sasaran yang ditetapkan dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri terutama di kalangan Bumiputera,” katanya. 

Thursday, November 11, 2010

Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat

Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat
Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2010/11/12

Pemilikan tanah hanya tinggal 20.41 peratus

GEORGETOWN: Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.
Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain.

“Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa,” katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Forum yang menggabungkan parti politik tanpa mengira fahaman dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari jalan bagi menangani isu penghakisan tanah milikan Melayu, dikendalikan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Amir Hussain Baharuddin.
Pada sesi soal jawab forum itu, seorang peserta mencadangkan supaya satu fatwa dikeluarkan bagi memastikan tanah milikan Melayu di Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan bukan Islam.

Mengulas cadangan itu, Farid melihat perkara berkenaan secara positif dan sesuatu yang wajar jika keadaan benar-benar memerlukan.

“Jika berlaku pertukaran milikan tanah yang boleh menyebabkan tiada lagi orang Melayu di sesuatu kawasan sehingga membawa kepada solat Jumaat tidak boleh didirikan kerana tidak cukup jemaah, ia wajar dilakukan,” katanya.

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut bersetuju jika ada fatwa sedemikian, tetapi ia bukan satu jaminan orang Melayu tidak menjual tanah kepada bukan Islam.

“(Kalau ada) fatwa pun boleh berlaku (pertukaran milikan tanah kepada bukan Islam) juga,” katanya sambil menjelaskan faktor tawaran harga lumayan memainkan peranan penting dalam urusan jual beli tanah.

Azmi pula berpandangan, masalah itu memerlukan komitmen yang lebih kerana jika diwujudkan fatwa sekali pun, urusan penjualan tanah kepada bukan Islam akan terus berlaku.
Komen Anda

Tauke sarang burung walit Walit Junior I


Strategi Wan Zul Swiftlet untuk menguasai perladangan burung walit dimasa akan datang dengan mendidik anak ke sekolah Cina untuk lebih kompetitif dalam industri ini.

Tuesday, November 9, 2010

Tapak RBW Sg. Bakap


Tapak strategik yang akan dibina RBW bersaiz 20x50x3

Wednesday, November 3, 2010

Kenapa swiftlet farming jadi pilihan kami

Askum. ilmu sesuatu perkara harus dipelajari dahulu sebelum memulakan projek yang anda idamkan. Sepak terajang dan jatuh-bangun dalam industri pertanian sepanjang penglibatan kami 20 tahun banyak memberi pedoman untuk kami melibatkan diri dalam perladangan burung walet secara gila-gila sekarang, kenapa agaknya, saudara- saudari yang dirahmati ALLAH di luar sana. Pertama: ini adalah bidang pengajian kami,  ke-2: kos makanan 70% drp production cost tiada dalam industri ini,  ke-3: tak payah nak buat flock health program sebanyak 5% - 10% kosnya, dalam pertanian kedua dua perkara diatas dikenali sebagai killing factor ,  ke-4:perladangan burung walit adalah projek pertanian berimpak tinggi dan  ke-5: populasi walet dunia sudah balance bermaksud Manusia tidak mampu menghasil burung walet secara natural melainkan yang sudah sedia ada yang ALLAH cipta sekarang. Jadi production sarang burung tak akan melebihi permintaan .... tak serupa dgn serai, ikan keli,cacing,cili dan kebanyakkan sub bidang pertanian lain. sekiranya anda ditawarkan skim perladangan walet secara intensif ( dalam sangkar ) fikir fikirlah tentang the killing factors diatas. Sebenarnya banyak perkara lagi yang  menjadi  mimpi ngeri kepada pengamal perubatan binatang dan animal producer berkenaan intensif swiftlet farming....hanya jauhari mengenal manikam         
                            
         SESUATU ITU AKAN HANCUR SEKIRANYA DIBERI KEPADA YANG BUKAN AHLINYA.
wassalam.


  

Thursday, October 28, 2010

Koata pelaburan rumah burung walit di lokasi strategik pasir putih penuh

Akum. kawan2 yang dirahmati ALLAH sekelian, SEpuluh jari ambo menyusun mohom maaf koata untuk RBW di Pasir Putih kelantan sudah penuh untuk kawan melabor bagi RBW bersaiz 20x40x3 . Pelaboran RBW ini untuk sanak saudara dan kawan kawan yang rapat sahaja.  InshaALLAH RBW d sungai bakap pulau pinang akan di buka untuk rakan yang BERJIWA BESAR sahaja.  Selepas 6  - 12 bulan RBW d PP beroperasi , kami sudah plan, inshaALLAH akan meneruskan pembinaan RBW d sg bakap p. pinang kerana tauke walit kedah percaya RBW d pp kelantan tidak mempunyai masalah untuk mengutip hasil dalam masa 1 tahun disebabkan kedudukan sangat strategik di mata beliau.  RBW d Beseri Perlis InshaALLAH akan menyusul selepas RBW Sg Bakap siap. Semoga ALLAH memakbul cita cita hamba  yang kerdil ini  AMIN.
                    Perladangan Walit tindakan bijak.   Wassalam

Tuesday, October 26, 2010

seasonal burung walit

Perkara d atas harus d fikirkan oleh JWP sekiranya anda ingin memulakan pembinaan RBW d sesuatu kawasan .Bagi mengenalpasti kawasan seasonal atau tidak perkara yang terbaik anda mesti lakukan ialah dgn mengambil statistik drp pengusaha RBW sedia ada d kws anda atau memerhatikan kws tersebut selama 6 bulan. 
Kawasan seasonal akan melambatkan RBW anda dhuni oleh aeorodramus Fuciphagus.
        Dari jitra -  tunjang-  kodiang-  arau dikenali sebagai seasonal birds oleh tauke walit kedah. kepercayaan ini bertambah tebal apabila beberapa orang pengusaha RBW d kws tersebut merungut dengan bilangan kehadiran burung walit  yang menghuni RBW masing2. Sebagai budak kecil dalam industri jutaan US dollar ini anda di nasihat membina rumah walit yg berkos rendah atau mencari kawasan strategik bagi mengelak anda terjerumus ke kancak pulangan pelaboran yang sangat- sangat rendah. SEjarah di suatu kawasan perlu di ketahui dahulu sebelum menaikan RBW mewah anda.
                                 sejarah menyelamat anda.    wassalam......

Thursday, October 21, 2010

Kehidupan semakin sibuk dengan burung walit

Askum.  kebanyakkan cuti hujung minggu terpaksa dihabis melawat RBW , mencari lokasi strategik, membuat perancangan strategik, dan paling dokpun sembang2 ttg industri burung walit.This coming Weekend another location I have to visit somewhere in beseri . location d situ antara yang strategik d perlis kata pakar walit kedah selain drp Sanglang dan Kuala perlis kerana kawasan bendang dan empangan timah taso berhampiran.Walaupun terasa letih terpaksa meneruskan juga aktiviti lucrative ini untuk menolong orang melayu islam setakat yg saya mampu.Harapan saya semoga pergorbanan inidapat dimanfaat oleh orang KITA untuk meraih emas putih dari langit.

                             Letih dan penat semakin berbaloi.....wassalam

Wednesday, October 20, 2010

Junior swiftlet player perlu bersatu

Askum. perasaan gembira, mungkin juga kecewa bila melihat, strategi tauke walet kedah bergabung semata mata untuk menguasai perladangan walit di negeri kedah. Gabungan tenaga orang2 cina ini sudah menjadi dominant, seterusnya mereka mendapat kelebihan drp segi:
1  Menguasai lokasi strategik
2. Penggadaan RBW dapat dipercepatkan
3. mempunyai kuantiti sarang burung yang banyak
4. Kewangan yang teguh
5. Mempunyai kuasa penawaran tinggi
6. Kadar kegagalan sangat rendah
7. cepat menjadi kaya raya

       tujuh perkara diatas memberi kuasa dan motivasi yang hebat kepada ahli gabungan tenaga cina tadi, walaupun mereka masih lagi budak kecil dalam industri perladangan walit.
       Rakan2 yang dirahmati ALLAH sekelian, AYUH kita sama2 fikirkan bagaimana junior swiftlet player dapat di satukan dibawah penglima mempunyai keinginan tinggi untuk menguasai Kawasan strategik dahulu sebelum kita melangkah kepada perkara seterusnya, sebelum tauke2 cina ini menguasai kawasan datuk nenek kita.Gabungan kita akan mendominasikan industri ini dalam masa yang singkat, segala idea yang akan rakan2 berikan KAMI mengucapkan jutaan terima kasih.

                                           1pakatan, seribu kejayaan                 wassalam.

Sunday, October 17, 2010

Koata rumah burung walit di seluruh kedah hampir penuh

Askum. memang nasib melayu d bumi melayu .  Daripada survey pakar2 burung walit hampir keseluruhan daerah di negeri kedah akan mempunyai RBW yang ideal sedikit masa lagi. Hampir  sebulan saya pusing habis  negeri kedah, susah untuk mencari LOKASI STRATEGIK yang kws tersebut tidak mempunyai rbw. Anda boleh bina rbw  tetapi masa untuk b. walit bersarang mengambil masa yang agak lama d kawasan strategik yang crowded. Dulu haji sulaiman besut mengambil masa 6 bulan saja untuk kutip emas putih tapi sekarang, paling kurang 3 thn kata beliau. sekiranya anda baca tulisan dlm blog saya ni, saya sangat berharap anda membuat keputusan positif untuk membina rbw dengan segera  sebelum tauke/tycoon menguasai kawasan strategik anda. Untuk pengetahuan anda semua tauke d kedah sudah membeli dan menyimpan tanah d lokasi strategik itu untuk pembinaan rbw pusingan kedua atau ketiga dalam kumpulan mereka. semasa lawatan saya bersama tauke kedah tempoh hari dia telah membawa saya ke lokasi2 strategik dimana tanah tersebut telah dibeli 2 atau 3 tahun yang lalu, begitulah strategik bijak mereka. Walaupun mereka bijak kita bukan bodoh sekiranya kita masih lagi tidak menjual tanah kepada mereka.
                             majulah bangsa melayu dengan perladangan burung walit.Wassalan  

Friday, October 15, 2010

Kerenah PBT unt membina rumah burung walit tidak sama.

askum.  sekiranya anda berhati besar apa saja rintangan untuk jadi kaya,bukanlah  perkara yang menggerunkan
jiwa anda.Pelbagai kerenah manusia terpaksa di tempuhi terutama tentang kelulusan untuk membina rumah burung walit . letih dibuat oleh pegawai PBT untuk memayahkan pengusaha burung walit daripada membina RBW di atas tanah milik sendiri. Anda perlu ada strategi untuk menghadapi manusia PBT ini. Ada negeri yg mempunyai syarat yang agak longgar untuk membina rbw, sekiranya ada bercita untuk membina RBW dimasa akan datang perlu anda merangka strategic planning untuk berdepan dengan kerenah PBT yang boleh membantukkan keinginan anda untuk jadi kaya.
                       perancangan awal menyelamatkan anda

Wednesday, October 13, 2010

Tauke burung walit kedah

Askum. Tauke kedah ,haji slemen besut, zamri jahaniwalet mereka ni nama2 besar dalam industri walit pengalaman depa dan ilmu depa banyak, kalu nak berjaya hampa kena pandai pandailah menuntut ilmu drp mereka. kawe/ambo bernasib baik sempat berbincang panjang lebar berkenaan dgn sarang burung walit..syukur pada ALLAH TAALA. Buat masa lawni kawe agak rapat dengan tauke walit kedah... ada 24 bh pelbagai saiz... kebanyakan bird house dia kawe dah masuk   hebat.... cina ni , x kedekut ilmu. plan terbaru kawe nak buat eco park d lokasi strategik. soal teknikal rumah burung kawe serah ko tauke, soal fisiologi dan behavior burung saya kena galas.. smartparnership ko gitu. Banyak lagi kelebihan yg saya nampak kalu saya menjadi rakan seperjuangan dengan tauke kedah ni. Rajin rajinlah visit my blog untuk kait emas putih dari langit. wasalam
                    rebutlah peluang untuk jadi kaya raya.  be smart

lawatan ke lokasi strategik rumah burung walit d kelantan

askum. perjalanan ke kltan agak meletihkan kerna terpaksa balik hari ke penang. wlaupun begitu saya rasa amat bertuah kerana memiliki lokasi strategik d kelantan. Mengapa strategik? pertama... kawasan baruh (bendang), kedua... orientation baik, ketiga... bilangan burung banyak dan burung datang dari pelbagai arah, keempat... sumber makanan burung banyak, kelima... topografi sangat baik, keenam... tepi laluan utama pp ke jertih, ketujuh... sumber elektrik dan air tersedia ada, kelapan... home flying path, kesembilan... security ketat, kesepuluh... kawasan lapang. Namun begitu pembinaan terpaksa d tangguh kerana srkg sudah masuk musim hujan/terkujuh.Hujan memberi kesan yang buruk pada struktur bangunan.  Ujian datang dari ALLAH TAALA.
                                                            kesabaran adalah prasyarat kpd kejayaan dlm perladagan walit.  

Tuesday, October 5, 2010

Consultant rumah burung walit

askum. sekiranya sudah spai ke tahap melantik consultan ini menunjukkan anda menghampiri kejayaan dalam industri perladangan walit secara semi intensif. Bagi seseorang yg ingin cabaran mereka tidak memerlukan penasihat how to design the swiftlet farm, cara ini boleh cut cost, tp bagi yg takut2 atau tidak sabar unk melihat tahi burung walit dalam rbw, mereka perlu melantik consultant yg berwibawa unt menarik walit masuk.. tidur..bersarang.. bertelur.. mengerang.. menetas.. hidup.. terbang.. keluar dan seterusnya kembali mengikut pusingan seperti parent mereka. Ilmu unt menambah populasi walit dlm rbw anda, hanya ada pada consultant yg bertahun tahun mencuba kaedah yg pelbagai. Saya lebih suka mendapat nasihat drp yang pakar tentang sesuatu bidang, sesuai dengan petikan  sesuatu perkara itu akan hancur sekiranya dipimpin oleh bukan ahlinya.
                                                         buatlah pilihan yang bijak hari ini. wassalam

Monday, October 4, 2010

Menguji populasi untuk tapak rumah burung walit

askum. langkah yang bijak seterusnya ialah mengangarkan populasi walit di lokasi strategik anda. Bilangan walit yang banyak memberi kelebihan kepada anda, sekiranya kurang drp 10 ekor semasa ujian populasi saya tidak menggalak anda menbina rbw di lokasi itu.Angka ini menunjukan kawasan anda  tidak popular bagi walit. sekiranya anda belum berpuas hati, lakukan ujian beberapa kali dengan menggunakan suara berlainan.

                                                                                                                             selamat mencuba

Friday, October 1, 2010

Lokasi strategik untuk rumah burung walit

Askum. dipanjatkan kesyukuran kpd ALLAH S.W.T mengurniakan rezeki dari yang sangat lumaya dan mampu diusahakan oleh semua golongan tanpa persaigan sengit. Langkah pertama unt memburu rezeki dr langit ini ialah pemilihan lokasi strategik. pengalaman saya setakat ini lokasi yang paling cepat didiami walit ialah kawasan sawah padi yang menpunyai kadar penanaman lebih drp 2 kali setahun, kenapa? sekiranya anda mempunyai kawasan sebegini jgn tunggu sehingga esok unt membuat keputusan pelaburan.kenapa? kalau dulu walit tidak memilih kawasan untuk didiami, janji ada rumah saja, but now walit sudah demand dengan LOKASI. Pemilihan lokasi mpuyai ciri2 diatas bersesuaian dgn FISIOLOGYdan BEHAVIOUR golongan avian  ( bird ).
                                                                 mulakan langkah pertama anda sekarang.

Wednesday, September 29, 2010

teknologi rumah burung walit kedah

askum. keinginan untuk memiliki sarang burung walit, amat tinggi terutama  orang melayu kebelakangan ini.Bagi memenuhi keinginan ini rakyat kedah sudah membuat satu inovasi rumah burung yang lebih murah. Inovasi ini dapat mengurangkan 40% hingga 50% kos RB. Gabungan bata merah dan besi adalah bahan utama untuk membina struktur bangunan. Insolator yang digunakan masih lagi menjadi rahsia besar kpd tuan empunya.Lantai gabungan semen dan insolator. Bagi membina RB teknologi kedah anda memerlukan tukang besi dan tukang kayu.Walaubgmnapun teknologi ini memerlukan SECURITY yang ketat untuk mengalang pencuri.Saya masih mengikuti perkembagan populasi burung  bagi RB yg menggunakan teknologi ini.Wassalam

                                                                               Keinginan mengatasi cabaran

Friday, September 24, 2010

Permulaan kepeda financial freedom

askum. Keinginan yang tinggi untuk menjadi kaya or mencapai financial freedom adalah matlamat majority manusia tapi bagaimana?, para penjeguk industri sarang burung walit junior adalah salah satu drp manusia yg beragam- agam(wishfull),bercita-cita(hope) and  paling superior ialah KEINGINAN YANG TINGGI untuk mempunyai sebuah rumah burung walit berjaya. .Sekiranya anda ( junior swiftlet player ) mempunyai keinginan tersebut inshaALLAH  jalan kearah itu dipermudakan oleh ALLAH, spt yang saya lalui sebelum ini.
                                Junior swiftlet player mempunyai keinginan tinggi merentasi cabaran mendatang.

Junior swiftlet player

askum. terlalu indah bayangan pendapatan drp sarang burung walit! ... ya saya akui itulah yang dialami oleh senior swiftlet player. Bagi anda sebagai junior or baru nak terlibat sangat pedih dugaan yg telah dan akan ditempuhi..  modal besar, keyakinan diri, keyakinan pihak ketiga(pegawai kredit agrobank), sindiran dan banyak lagilah tapi yakinlah saudara2ku kita mesti menjadi big THInker untuk meraih kekayaan drp air liur burung walit iaitu rezeki dari langit ini.Bagaimana? ikutilah susun galur,sepak terajang yg saya tempuhi sebagai budak kecil dalam industri billion ringgit ini.Wassalam
                            junior swiftlet player bersatulah.

Tuesday, September 21, 2010

consultancy fee terlalu tinggi untuk sesama muslim

askum. seluruh rakyat malaysia beragama islam. Banyak rungutan drp saudara seislam tentang cansultancy fee yg dikenkan terlalu tinggi kata mereka.Bagi umat melayu angka rm 30k keatas unt fee memang tinggi, saudaraku beginilah......  dlm industri ini semakin, ramai player semakin  tinggi risiko kpd mereka yang SUDAH BERJAYA, kata mereka minima rm30k masih lagi tidak berbaloi dgn susah payah mereka dan kesan kewujudan player baru kepada swiftlet population setempat dan kegairahan senior player unt menambah koleksi RUMAH BURUNG WALIT BERJAYA. Ayuh kita bersatu dibawah naugan JUNIOR SWIFTLET FARMING.
                                                               walitmas menerokai cabaran baru.   wassalam.

Sunday, September 12, 2010

Teknologi rumah burung walit murah dan mudah

Akum dan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada umat nabi muhammad SAW yang beragama Islam.Salam satu malaysia, kecerian rakyat malaysia semakin terserlah apabila kerajaan memperuntukkan Rm 140juta untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki sesuatu yang menjadi idaman semua orang yang bercita-cita untuk menjadi kaya. Memang blh kaya iaitu dengan memiliki SARANG BURUNG WALIT.Peruntukkan RM140 juta melalui Agro Bank akan diagihkan kepada golongan yang berkelayakkan melaliui tiga pakage.

Asmana Agro Venture bersama-sama kerajaan dan Agro Bank untuk merealisasikan hasrat golongan berpendapatan rendah ini . Saya akan terangkan kemudian bagaimana anda  semua boleh memiliki sarang burung walit mampu milik, melalui teknologi  dimiliki Asmana Agro venture yang dikenali   sebagai teknologi walitmas.salam aidil fitri.
                                  TEKNOLOGI WALITMAS MAMPU MEREALISASI HAJAT ANDA