Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, November 6, 2013

6 tahun hanya 3 sarang


Satu lagi tauke cina di Penang kecundang kerana jahil 'totok'  dalam perladangan burung walet.Salah satu punca utama kegagalan mempopulasikan burung walet disebabkan LMB OR konsep yang terlalu kecil ( 2 kaki kali 8) dan ia meanggap ini bukanlah punca utama kepada kegagalanya walaupun sudah 6 tahun berkecimpung dan menghabiskan lebih daripada RM 30 000 yang menghasilkan 3 biji sarang ...... tak boleh tahan....terus menutup LMB kerana terlalu marah pada burung walet yang tidak suka menginap di RBW nya bak kata pepatah marahkan semut rumah dibakar hahaha.Beliau cukup berpuas hati kerana menutup LMB supaya burung walet tidak boleh masuk dan berputar putar mencari lubang masuk di kawasan RBW ( dalam hati beliau inilah kepuasannya). Pada saya 2 kali mati masa yang diambil masih lagi tidak cukup untuk memujuk walet bersarang dengan banyak sekiranya beliau tidak membesarkan LMB kepada saiz yang kompetitive pada masa kini ( InshaALLAH ).

 Sekiranya keadaan ini berlaku,beliau sepatutnya berjumpa dengan pakar untuk membaik pulih RBW kerana mempopulasi walet bagi RBW yang sudah berusia lebih dari setahun ke atas adalah lebih senang berbanding dengan RBW yang baru beroperasi Wasalam.