Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, December 31, 2010

TAXONOMY BURUNG WALIT/WALET/LAYANG-LAYANG

Pengkelasan benda hidup yang dibuat oleh saintis supaya manusia lebih mudah mengenali benda hidup berdasarkan anatomi /sifat fizikal dikenali sebagai taxonomy.Bagi mereka yang baru mengenali istilah sains adalah agak sukar sedikit untuk memahami istilah tersebut kerana kebanyakkannya menggunakan istilah Greek contoh Chordata, Invetebrate, Aves dan lain lain.Walaubagaimanapun saya akan memberi penjelasan yang paling mudah untuk difahami oleh pembaca blog ini.
                                         Pengkelasan burung/avian,termasuk ayam dan itik


Alam (Kingdom)   -haiwan
Filum (Phylum)    -chordata       ~ bertulang belakang
Kelas (Class)       - aves             ~ berbulu pelepah
Order (order)       - apodiformes  ~ tidak  menggunakan kaki
Keluarga (family) -apodidae       ~ keluarga  tidak guna kaki
Genus (Genus)    -aerodramus   ~ hidup di udara
Spesis (Spesies)  -Aerodramus fuciphagus
kesimpulanya 

Aerodramus fuciphagus ~   ialah haiwan yang bertulang belakang,mempunyai bulu pelepah,hidup dalam keluarga burung yang tidak banyak menggunakan kaki dan menghabiskan banyak masa d udara.


Aerodramus fuciphagus mempunyai enam subspesis/ variasi iaitu mempunyai sedikit perbezaan di antara subspesis   Aerodramus fuciphagus .Contoh variasi yang mungkin wujud seperti paruh lebih kecil di antara mereka/warna di bahagian dada berbeza/saiz mata berbeza/saiz sayap berbeza/saiz kaki berbeza dan lain-lain perbezaan yang mungkin ada .Perbezaan inilah dikenali sebagai variasi untuk membentuk subspesis Aerodramus fuciphagus seperti d bawah



1. Aerodramus fuciphagus    fuciphagus
2. Aerodramus fuciphagus inexpectatus
3. Aerodramus fuciphagus dammermani
4. Aerodramus fuciphagus micans
5. Aerodramus fuciphagus vestitus
6. Aerodramus fuciphagus perplexus

Nama burung layang-layang ini berbeza mengikut kedudukan geografi contoh di Malaysia dikenali sebagai burung layang-layang/walit manakala di Indonesia dikenali sebagai walet.swift dikenali d USA,Uk dan Canada.
Terdapat 2 spesis walit menghasilkan sarang yang boleh d makan kerana hampir 100% d buat daripada saliva manakala spesies lain sarang di buat daripada campuran air liur dengan bahan2 yang tidak boleh d makan spt selut,batu,daun,ranting kayu, bulu dan najis