Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Sunday, September 25, 2016

Anda Perlu Swiftlet Humidistat Pintar dan Handal untuk menjadikan Rbw Anda lebih kompeten

keperluan menjadi rumah burung walet (Rbw ) menarik perhatian dan berkembangbiak dalam rbw, memerlukan usaha dan teknologi khusus untuk terus kompeten dalam perladangan burung walet. Swiftlet Humidistat direka khas untuk terus berfungsi secara pintar dan tahan lasak di dalam rbw anda.

                   Swiftlet Humidistat With 50ft sensor wire 





                                Swiftlet Humidistat  Standard Unit 

Saturday, September 24, 2016

Fahamilah keperluan kelembapan di dalam Rumah Burung Walet Anda



Kayu sirip berkulat/berfungus/berlumut merupakan satu malapetaka bagi sesebuah Rbw. Malapetaka ini berkaitan dengan kelembapan/ humiditi yang tidak di selenggara dengan baik dalam sesebuah Rbw. Penyelenggaraan humiditi dalam Rbw sangat senonim dengan gabungan dua (2) teknologi masa kini iaitu Hygrostat/ Humidistat dan Mesin kabus/Humidifier/ Mesin Mistmaker. 
Penggunaan Sensor kelembapan/Hygrostat/Humidistat yang sempadan/sesuai dengan kondisi dalam Rbw sangat penting untuk mengelak kegagalan Sensor Kelembapan berkerja seperti yang di kehendaki oleh Pemilik Rbw. Pertumbuhan koloni fungus dan Fenomena "Banjir" dapat di elakan sekiranya Anda menggunakan Swiftlet Humidistat.


Swiftlet Humidistat


Warna putih pada papan sirip merupakan koloni Fungus yang muncul akibat pengawalan kelembapan yang lemah.





Fenomena Banjir yang akan memusnahkan koloni burung walet dan mengembang koloni fungus pada papan sirip. Kemusnahan ini berpunca daripada kegagalan sensor kelembapan yang tidak bermutu berfungsi dalam kondisi Rbw Extreme.


Warna hitam pada papan sirip adalah koloni Fungus yang sudah Matang dan berbau busuk.


Monday, September 19, 2016

Kisah Sebuah Rumah Burung Walet yang bernilai jutaan Ringgit


Sebuah Rumah Burung Walet terletak di daerah Setiu Terengganu  merupakan Rbw yang biasa-biasa sekiranya anda lihat daripada luar bangunan. Keunikan sangat terselah apabila anda meneroka lebih lanjut kedalam Rbw itu dengan melihat keunikan senibina papan sirip, kolam ikan, lubang Naga ( RR ) dan Tangga . Bagi saya adalah sesuatu yang baru dan hebat kerana saya belum pernah melihat reka bentuk dalaman yang begitu unik tapi Dangkal dengan ilmu dan kemahiran memikat burung walet  pengusaha atau pencentus idea ini.

Sesuatu rekaan yang baru walaupun unik, mesti melalui ujian tertentu  untuk menilai keberkesanan dan mengurang risiko sesuatu produk tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasaran ( burung walet )  untuk masuk, tidur dan membiak.

Pelaburan yang begitu besar hanya mendapat pulangan beberapa ketul Taik burung walet dalam Tempoh 5 tahun, menunjukan kegagalan secara "Total" pengusaha yang juga berfungsi sebagai pemikat Burung Walet 'debet Pres'. Pelaburan 2 juta ringgit bagi " single Project" dalam perladangan burung walet menyerlah lagi kedangkalan ilmu dan kemahiran memikat burung  pengusaha tersebut atau siapa saja yang terlibat dalam pelaburan ini.


Tindakan meminta pertolongan wanzul swiftlet untuk membuat pemeriksaan, menilai dan mencadang tindakan seterusnya merupakan satu langkah yang tepat dan bijak untuk menyelamat Rbw ini runtuh dibadai Angin Laut yang tanpa jemu seperti saya juga tidak pernah jemu menambah ilmu dan kemahiran walaupun sudah professional dalam industri ini. 





                                                       Bahagian Depan sebuah Restoran
                                        Terdapat lapan Unit Piramid dalam Rbw ini
                                            Papan sirip Bentuk Piramid

                                                  Lubang Naga