Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, April 26, 2016

Kegunaan humidifier untuk operasi rumah burung walet- Anda perlu faham!

Saya baru terima humidifier di bawah untuk membuat kajian bukan untuk menurunkan suhu dalaman rumah burung . Aplikasi mesin ini  bertujuan untuk menambah kelembapan mengikut apa yang di kehendaki oleh pengusaha itu sendiri. Kesemua Rbw saya dan di bawah selian saya tidak menggunakan mesin ini untuk tujuan menurun suhu ataupun menambah kelembapan.
Bagi mendapat kestabilan suhu  dalaman, saya menyelesaikan perkara pokok ini di peringkat reka bentuk rumah burung walet bukanya selepas 5 tahun operasi Rbw. Konsep menggunakan Humidifier untuk menurunkan suhu dalaman Rbw adalah sangat dangkal kerana ia memberi kesan  buruk kepada kayu sirip dan kemungkinan juga boleh menyebabkan " Sarang Lumut". Teknik menurun suhu dan teknik meningkat humiditi adalah dua perkara yang berbeza dan ia tidak mampu dilaksanakan oleh Humidifier secara serentak. Kebanyakkan pengusaha Rbw yang berjaya tidak menggunakan Humidifier bagi tujuan menurunkan suhu dalaman Rbw tetapi digunakan untuk menambah kelembapan/ humiditi dalaman Rbw mereka.