Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, February 26, 2013

Kepentingan monsun terhahap kehidupan burung walet


Monsun boleh dianggap sebagai bayu laut besar-besaran, disebabkan pemanasan bermusim, diikuti hasilnya iaitu timbulnya tekanan rendah terma yang melanda daratan kebenuaan, yang disebabkan oleh amplitud kitaran musim suhu daratan yang lebih besar berbanding lautan berdekatan. Pemanasan berbezaan ini berlaku kerana haba dalam lautan bercampur secara menegak melalui "lapisan bercampur" yang mungkin sedalam 50 meter, melalui tindakan gelora janaan angin dan keapungan, sedangkan permukaan darat perlahan pengaliran habanya, dengan penembusan isyarat bermusim yang lebih kurang sedalam semeter sahaja. Tambahan pula, muatan haba tentu air cecair jauh lebuh tinggi berbanding dengan bahan-bahan yang membentuk daratan. Faktor-faktor tersebut secara bersamanya bererti bahawa muatan haba lapisan yang terlibat dalam kitaran musim adalah lebih besar di atas lautan berbanding di atas daratan, dengan hasilnya iaitu udara di atas daratan lebih cepat memanas berbanding udara di atas lautan. Udara panas di atas daratan cenderung menaik, maka terjadinya kawasan tekanan rendah. Ini menjadikan angin mantap bertiup ke arah daratan, membawa bersamanya udara yang lembap dari dekat permukaan lautan.[7] Curahan hujan seumpamanya terjadi daripada udara lembap dari lautan yang dinaikkan oleh gunung,[8] pemanasan permukaan,[9] penumpuan di permukaan,[10] capahan di langit, ataupun aliran keluar hasil ribut pada permukaan.[11] Walaupun begitu, apabila dinaikkan, udara menyejuk kerana tekanan rendah yang mengembang, lalu menyebabkan penyejatan.
Pada musim sejuk, daratan cepat menjadi sejuk, tetapi lautan pula lebih lama menyimpan haba. Udara sejuk di atas daratan menimbulkan kawasan tekanan tinggi yang menghasilkan bayu dari daratan ke lautan.[7] Monsun adalah ibarat bayu laut dan darat, iaitu istilah yang biasanya memaksudkan kitaran peredaran harian berhampiran kawasan pantai setempat, itupun lebih besar, lebih kuat dan bermusim.[12]
Lebih besar, lebih kuat dan bermusim!!?

Bagi pemikat walet pantai timur ilmu tentang monsun timur laut, semestinya menjadi pegangan kuat untuk mereka. Monsun ini sangat- sangat mempengaruhi keperluan fisiologi seterusnya behavior atau kelakuan burung walet di negeri kelantan,terengganu dan pahang. Kesan monsun dapat dilihat keatas burung walet seperti penginapan dan pertambahan sarang berkurangan dan tarikan terhadap suara juga turut pudar walaupun anda menggunakan suara yang berharga jutaan ringgit atau rupial. Selain itu masa burung walet pulang ke RBW anda juga agak lewat.
Ilmu tentang monsun dan fisiologi burung walet sepatutnya di dalami oleh pemikat walet pantai timur bagi mengelak anda kagat, keliru,bengun dan panik tentang tingkahlaku burung walet pada monsun timur laut sekarang. 
selamat menimba ilmu..

China alert for BF from Combodia

CHINA - China's quarantine authority announced on Monday that it has ordered strengthened prevention against avian influenza H5N1 after the disease infected five people in Cambodia last month

A 35 yr old man died of BF in Cambodia

CAMBODIA - Cambodia reported on Tuesday that a 35-year-old man died of Avian Influenza H5N1, bringing the death toll to eight and the number of cases to nine in 2013, health officials and victim's family said Tuesday.