Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, November 30, 2018

Mangsa kejam tikus!

Rumah burung yang tidak mempunyai "belting" biasanya mudah terdedah dengan serangan tikus ,ular dan biawak. Ketiga tiga predator itu akan memanjat dinding bangunan sebelum masuk melalui lubang angin atau lubang burung masuk.
Gambar diatas adalah mangsa serangan tikus dan peristiwa ini memberi kesan negatif kepada burung walet yang lain. Salah satu kesan yang kurang baik
ialah perkembangan koloni dan sarang akan terbantut beberapa ketika selepas serangan di kawasan tertentu pada kayu sirip.
Pemasangan belting  adalah kaedah yang terbaik untuk menghalang serangan tikus dan dua lagi pemangsa licik.