Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, January 31, 2012

Diantara Rbw gred super A yang berjaya

salam. hari ini saya ingin berkongsi sebuah Rbw yang berjaya mempopulasi burung walet dengan kadar yang paling cepat diantara Rbw2 dibawah kawal selia wanzulswiftlet. Faktor kejayaan Rbw ini banyak bergantung kepada kemahiran wanzulswiftlet ( izin ALLAH ) memikat walit di kawasan yang competive dimana terdapat  terdapat puluhan mungkin mencapai seratus Rbw dalam 10 kilometer radius.
Dalam masa 1.5 tahun Rbw ini berjaya membuahkan hasil sebanyak 180 sarang yang sememangnya adalah begitu sukar unt mendapat sarang sebanyak itu di kawasan competive sekarang. Pelbagai cara dicipta untuk mempercepatkan hasil sarang burung walet bagi Rbw ini, sebelum kejayaan itu diperolehi.
Sekiranya anda menyerah semata mata kepada nasib, saya percaya nasib yang baik tidak akan menyebelahi anda dalam persaingan memikat burung walet masuk, tidur, bersarang, bertelur, menetas dan mencapai burung dewasa.