Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Saturday, September 6, 2014

Perancangan strategik Rbw Produktif

Sebelum melabur dalam perladangan burung walet anda sepatutnya mereka bentuk perancangan yang baik untuk menghasilkan Rbw yang produktif dan menguntungkan. Di bawah contoh perancangan untuk rumah burung walet Produktif.

OBJEKTIF
I.  Mempunyai sebuah rumah burung walet tiga Tingkat yang di buat  daripada Konkrit.
ii. Rbw dapat menghasilkan sarang burung sekurang- kurang 1kg sebulan   dalam tempoh 3 - 5 tahun

PENDEKATAN
Membina sebuah Rbw jenis Standalone/rumah kedai/gabungan rumah kediaman untuk dijadikan tempat pembiakan burung walet secara kekal.

STRATEGI
i. Mendapat Khidmat Pemikat burung walet Professional  
ii. Lokasi rbw di kawasan terbuka
iii. Jauh dari kawasan kediaman........ 
iv. Reka bentuk sound system yang berkesan
v.  Reka bentuk bangunan yang kompetitif
vi. Mewujudkan Sistem Pencahayaan Berkesan
vii Tarikan bangunan
viii sistem Kawalan predator mantap
Ix   Doa bagi orang islam
Sekiranya anda mempunyai  kaedah dan  teknik bagi strategi di atas INSHAALLAH Rbw anda berganda ganda produktivitinya.

KAEDAH
Setelah  mengenalpasti semua strategi yang berkesan maka anda mesti memikirkan kaedah bagi setiap strategi itu. Contoh;
i. Reka bentuk bagi sistem suara terdiri daripada litar suara anak, litar  suara luar, litar suara tarik, litar suara pentogan dan litar suara  lubang antara lantai.
ii. Menggunakan Amplifier berkuasa tinggi bagi menghasil volume bervariasi
iii.Susunatur Atur tweeter jenisOPPO
iv. Menggunakan kaedah Smart Sound Shifting ( 3s )
Kaedah ini  berpandukan strategi yang anda kemukakan di atas. ini adalah contoh kepada strategi ( iv )sahaja iaitu strategi sistem suara yang berkesan.

TEKNIK
a) Teknik yang boleh digunakan bagi kaedah reka bentuk sistem suara ialah;
i)  Cable yang bermutu tinggi jenis AAA atau Cable Rahsia 
ii) Jenis suara iaitu LR/mono/mix/2d/3d/4d Atau Top Rahsia bagi suara dalam.
iii) Jenis suara 3d /mono/...../..... atau Projek juta I bagi suara luar
iv) Litar siri/selari/ Gabungan siri-selari
Di atas ialah contoh teknik- teknik/cara- cara kepada  kaedah reka bentuk sistem suara yang berkesan sahaja. Sekiranya anda mempunyai pelbagai kaedah sudah tentu banyak teknik atau cara bagi setiap kaedah yang  perlu di fikirkan.Minat dan keinginan tinggi  kunci kepada penemuan teknik yang luar biasa .( Pengetahuan dan teknik yang anda dan saya miliki sekarang tidak dapat bertahan selamanya. Kajian adalah satu cara untuk terus kompetitif )
Anda mesti memikirkan apa saja teknik yang boleh menghasilkan sistem suara yang mantap lagi berkesan. Teknik atau cara adalah peringkat yang paling sukar untuk di hasilkan kerana ia memerlukan pengetahuan, pengalaman dan kajian.
Banyak lagi teknik- teknik yang di guna secara rahsia  melalui Penemuan terbaru. Walau bagaimanapun teknik-teknik tersebut tidak di dedahkan di sini kerana  penemuanya memerlukakan PEMBIAYAAN bukan penemuan secara percuma.