Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Monday, June 16, 2014

Teknik Banjir yang Menguja


Saingan untuk mendapat walet muda atau burung walet yang kecewa dengan kondisi Rbw pengusaha yang berhati kecil maka satu lagi teknik diuji untuk mengetahui signifikasi terhadap penginapan spesies Aerodramus fuciphagus dalam Rbw lama atau baru. Air di takung secara semulajadi daripada air hujan setinggi 3-4 inci di lantai bawah dan selebihnya akan mengalir keluar dari bangunan. Walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada rakan - rakan yang merasai takungan air akan menjejaskan keselamatan bangunan namun manusia yang berhati besar ini meneruskan niat yang dikatakan  suci ini.





Air mula ditakung






Saturday, June 14, 2014

Macam - macam Ada

Sekiranaya anda yakin boleh guna sabut kelapa untuk pujuk walet muda bersarang dengan cepat. Sepuluh ( 10 ) daripada sepuluh fake nest sabut kelapa yang dicoba dan didapati kesemua
Bw muda bersarang diatasnya.

kepentingan Strategi pertahanan yang Ampoh

Satu lagi perkara yang perlu ada pada swiftlet farmer ialah strategi pertahanan seperti pasukan bola sepak Italy iaitu kemampuan bertahan menyelenggara rumah burung burung walet supaya TIP - TOP sehingga 3 - 5 tahun tanpa mendapat apa apa hasil dalam tempoh itu, Mampukah anda membina strategi ini???. Sepanjang tempoh merawat rumah burung walet di seluruh malaysia kebanyakkan pengusaha yang terlibat dalam industri ini secara terikut ikut mereka biasanya tidak ada kemampuan untuk bertahan dalam tempoh itu. Mereka membiarkan Rbw dipenuhi dengan sarang labah labah, sampah sarah, hama, semut, predator dan yang lebih teruk ialah 80% tweeter sudah spoil ( TAK BERFUNGSI ) bermacam macam lagi bentuk gangguan kepada burung walet untuk berkembang biak.  Bagi pengusaha yang ingin kekal relevan   dalam indusrti ini anda mesti mempunyai pertahanan yang ampoh dalam tempoh itu untuk mengecapi pendapatan tanpa batas yang sudah dirasai oleh pengusaha terdahulu seperti saya.

Saturday, June 7, 2014

Berita tentang sarang burung walet mentah

CHINA SEDIA BINCANG EKSPORT SARANG BURUNG WALIT MENTAH

PUTRAJAYA, 19 Mei  (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar pegawai ke China bagi membincangkan isu pengeksportan sarang burung walit yang belum diproses ke negara itu.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan kesediaan China membincangkan perkara tersebut yang dinyatakan oleh rakan sejawatannya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.
“Kalau dulu mereka langsung tidak mahu bincang mengenai sarang yang belum diproses, tapi sekarang sudah setuju,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini Isnin.
China sebelum ini memberi kelulusan kepada Malaysia bagi mengeksport sarang burung walit mentah bersih sejak Januari lalu, selepas beberapa siri perbincangan berikutan sekatan yang dikenakan ke atas negara ini.
Sekatan itu akibat laporan negatif media China mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport dari Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata Malaysia sedang melihat beberapa negara sumber baharu untuk mengimport daging termasuk Sudan dan Somalia, berbanding bergantung kepada empat negara iaitu India, Australia, Thailand dan New Zealand pada masa ini.
Beliau berkata pada masa ini bekalan daging mencukupi namun langkah itu diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara, lebih-lebih lagi apabila ada ura-ura India akan mengurangkan eksport mereka pada masa depan.
“Kemboja juga merupakan negara baharu dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sedang berada di sana untuk membuat pemilihan lembu hidup bagi dibawa masuk ke  Malaysia.
“Kita akan tengok kalau kita dapat pasaran baharu dengan harga dan kualiti yang lebih baik, kita akan kurangkan import dari India,” katanya.

Mengembang sayap

Wanzulswiftlet Masih giat mengembangkan perlandangan burung walet walaupun Ramai yang ragu ragu dengan industri ini sekarang. Sekiranyanya anda seorang PELADANG ( FARMER ), menjadi peladang burung walet ( swiftlet farmer ) adalah terbaik di antara peladang di dunia, Kenapa?