Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Monday, September 28, 2015

Contoh yang sangat tidak baik untuk dicontohi

Sebuah rbw yang masih beroperasi tetapi dijalari dan dilatapi oleh pelbagai herba keseluruhan tapak Rbw tersebur.Suasana ini adalah sangat sesuai untuk pengambaran filem horror atau filem dokumentasi hidupan liar yang lebih mengutungkan daripada meneruskan operasi memikat burung walet. 
Persekitaran tersebut sudah menarik perhatian pelbagai jenis pemangsa untuk menginap dan menelan burung walet termasuk telur dan sarang sekali. Keadaan Rbw yang tidak dilengkapi dengan "Belting" menambah lagi kedukaan pemilik kerana  mustahil untuk menghalang pemangsa daripada merayap naik keatas dan memasuki melalui Lmb. Sebut saja segala pemangsa burung walet yang terdapat di Malaysia pastinya ada di sekitar Rbw atau di dalam Rbw itu. 
Teknik membiarkan semak samun dan menjadikan tempat haiwan pemangsa berkeliaran di sekitar dan di dalam Rbw hanya sesuai untuk mengaburi mata penyamun Rbw daripada memecah masuk ke dalam Rbw tersebut.