Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Thursday, December 27, 2018

Jutawan sawit beralih angin.

Industri perladangan burung walet semakin mendapat tempat di hati jutawan Ladang kelapa sawit terutama di Sabah. Taukey Ladang sawit mula memperbagai kegiatan ekonomi semenjak kejatuhan teruk harga kelapa sawit di Malaysia. Tindakan ini di anggap baik walaupun agak terlewat demi meraih kekayaan maksimun dalam industri ini.
Walaupun pada hari ini saingan dalam industri agak sengit tetapi adanya
kemahiran baru memikat burung membolehkan pemain pemain baru meneroka kekayaan langit ini.



Tuesday, December 25, 2018

Halangan di depan Lmb mesti dielakkan.

Terdapat di kalangan Petani walet memandang enteng tentang halangan pokok di sekitar Rbw. Pokok pokok di sekitar rbw mempunyai jarak  yang minima dengan bangunan atau gedung walet supaya ia tidak menghalang walet untuk mendekati LMb rbw kita.
Bagi rbw di bawah pokok besar akan membantut perginapan walet ke dalam rbw dan ia akan menjadi rbw tidak berdaya saing.
Kalau anda lihat walet sedang terbang tinggi di atas Lmb! Tanpa menghirau suara atau Lmb tersebut. Situasi ini tidak memberi pilihan yang banyak kecuali hapuskan semua halangan di sekitar gedung walet itu.

Saturday, December 1, 2018

Susahnya mengawal Kelawar pemangsa!

Terdapat pelbagai pemangsa burung walet tetapi kelawar vampire sangat susah untuk diatasi. Serangan predator ini boleh bermula seawal pukul 7: 30 pm hingga awal pagi.Sehingga hari ini belum ada teknik yang berkesan menghalang predator ini daripada mencerobohi rbw kecuali dengan Autogate.