Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, April 22, 2016

rintangan satu permasalahan

Apa itu rintangan? Apakah kepentingan kepada pengusaha rumah burung walet?. Rintangan Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus. Faktor faktor mempengaruhi rintangan ialah suhu, luas permukaan atau diameter cable,sifat bahan pengalir dan panjang cable.  Semua faktor di atas sangat berkait rapat dengan sistem suara yang mempunyai komponen komponen terutama tweeter dan cable yang selalu memberi masalah kepada dalam sistem suara  dalam Rbw. Tanda tanda kewujudan rintangan tinggi ialah:
i. Seluruh tweeter pada tingkat tertentu tidak mengeluarkan bunyi ( sekiranya litar dibina secara berasingan bagi setiap tingkat )
ii. Terdapat tweeter yang mengeluar bunyi dan  tidak mengeluar bunyi pada litar yang sama bagi litar selari. 
Kedua -dua keadaan di atas sering terjadi pada litar sistem suara dalam rumah burung walet. Ada juga laporan dari pengusaha, seluruh tweeter tidak mengeluar bunyi disebakan oleh hanya satu tweeter sahaja yang mengalami rintangan tinggi, Sekiranya keadaan ini berlaku pengusaha perlu menguji nilai rintangan bagi setiap tweeter dalam litar tersebut.