Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Sunday, April 22, 2018

Terowong komunis

Tuan rbw membina terowong untuk menyalurkan koloni dari Rbw lama ke rbw baru . Konsep ini nampak " smart" kerana rbw baru akan mendapat " pertolongan" daripada Rbw Lama.

Malang sekali Terowong Komunis ini terpaksa di tutup kerana owner kurang berpegalaman membina Terowong burung walet berbanding terowong  komunis. Jadi ia sesuai untuk pergerakan komunis berbanding dengan pergerakan burung walet.



Di belakang itu adalah Terowong Komunis.


Lubang terowong

Tuesday, April 10, 2018

Burung tidak menghargai Pelaburan Besar Anda!


Walaupun Anda Tauke atau jutawan atau siapa sekalipun anda, pelaburan dalam Rbw akan merugikan wang anda kerana pulangan jauh lebih rendah daripada pelaburan dalam ASB atau dalam Bank sekiranya strategi pelaburan yg tidak mendapat khidmat Pakar.

Mr Ch telah membuat pelaburan yang begitu besar dalam Rbw Mega di Kelantan 6 tahun lepas tetapi hasil sangat " Ciput" berbanding dengan hasil Rbw lain yang berdekatan bagi tempoh yang sama. Ini adalah contoh pelaburan yang tersasar jauh daripada apa yang sepatut dilakukan oleh Mr Ch untuk menambah Kekayaan beliau.
Deretan Rbw Mega Mr Ch yang masih usang ini perlu teknik yang luarbiasa untuk "menyedut" burung walet di sekitar Bandar itu.
Bagi anda yang ingin melabur dalam Rbw semestinya mendapat khidmat nasihat daripada Pakar yang sudah terbukti Pakar!.