Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Saturday, November 1, 2014

Pertambahan burung walet di luar jangkaan


Setelah 10 hari menguji suara baru,pertambahan Burung Walet Pulang selepas Waktu Maghrib ( 7.00Pm - 7.20Pm) telah mencapai 50 ekor semalam. Kemungkinan dalam bulan November iaitu bulan terakhir  bagi Musim Pembiakan Pertama dalam kalendar Aerodramus bilangan pertambahan populasi baru dijangka melebihi 100 ekor. Pertambahan populasi  BARU sebanyak itu bagi Rbw baru sudah dianggap menakjukan lebih - lebih lagi Rbw ini berada dalam kawasan yang penuh dengan persaigan ( lebih 600 Rbw dlm 10 Km radius ). 
Berdasarkan teori pemvakcinan ( Vaccine Booster ) pada peringkat penghasilan antibody yang tinggi akan memberi kesan negatif kepada antibody itu sendiri sekiranya suntikan kedua di lakukan pada waktu ini. Jadi apa apa perubahan tidak boleh dilakukan dengan sewenang - wenangnya dalam waktu puncak ( Peak Hour ) bagi mengelak perencatan pada pertambahan/perkembangan burung walet waktu ini.
Kadar Pertambahan Tinggi bilangan burung walet setiap minggu atau bulan merupakan pertunjuk awal produksi tinggi sarang burung walet bagi sesebuah Rbw yang masih dalam Peringkat Perkembangan Populasi. Pertambahan sarang baru dijangka  "BOOM"  dalam masa 4-6 bulan dari sekarang. InsyaALLAH.

Keghairahan yang membawa padah



Swiftlet Eco Park yang sangat disangsi kejayaan sebelum dilancarkan pada tahun 2011 dulu.Terdapat banyak lagi swiftlet Eco Park yang tinggal nyawa Ikan atau sudah berkubor seperti Swiftlet Eco Park Ini.Kegagalan pelabur memahami adaptasi  fisiologi, Psikologi dan keperluan haiwan berbulu pelepah ini adalah punca kegagalan mana pengusaha atau pelabur rumah burung walet terutama Swiftlet Eco Park.


Walaupun ada yang Rbw yang berjaya membuat saiz DK atau MH seperti di atas tetapi bilangan terlalu sikit.Satu lagi masalah, Lmb terlalu tinggi berbanding dengan LAR, Saya boleh bayangkan kesusahan burung walet untuk terbang memasuki LAR.



 Design LAR yang menyusahkan burung walet



Terdapat sedikit kelemahan pada susunatur tweeter tetapi ini bukan faktor kegagalan Rbw Ini.