Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Saturday, April 21, 2012

Bantahan dari pengusaha ladang burung walet

BUKIT MERTAJAM 18 April - Hampir 200 pengusaha sarang burung walet mendesak Kerajaan Pusat campur tangan berhubung isu wujudnya monopoli pihak tertentu dalam aktiviti mengeksport sarang burung walet ke China.

Mereka mendakwa wujud sebuah syarikat besar menjadi satu-satunya syarikat bagi mengeksport produk itu ke negara berkenaan hingga menyebabkan pengusaha kecil menanggung kerugian besar.

Wakil pengusaha burung walet itu, Ang Bak Khoon berkata, selepas kerajaan China membekukan pengeksportan sarang burung walet dari Malaysia setahun lalu, industri burung walet di negara ini mula tenat apabila produk dikeluarkan tidak dapat dijual seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, selepas pembekuan itu ditarik balik baru-baru itu, ia telah memberi nafas baru kepada pengusaha burung walet untuk kembali aktif mengeluarkan sarang burung walet berkualiti tinggi.

"Namun beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang rakan dari China yang memberitahu, dia tidak boleh lagi membawa masuk sarang burung walet dari Malaysia ke sana kerana disekat pihak kastam negara itu.

"Ini kerana China hanya membenarkan sarang burung walet dari negara ini dibawa masuk ke sana sekiranya mempunyai surat kebenaran daripada sebuah syarikat di Malaysia," katanya kepada pemberita semasa mengadakan pertemuan dengan pengusaha sarang burung walet di Taman Limau Manis, di sini hari ini.

Menurut Bak Khoon, maklumat diterima daripada individu itu menunjukkan urusan pengeksportan sarang burung walet ke China hanya boleh dilakukan melalui syarikat tersebut sahaja.


"Perkara itu menunjukkan syarikat berkenaan mendapat kuasa daripada pihak tertentu sehingga membolehkan ia berjaya memonopoli aktiviti pengeksportan produk sarang burung walet ke China.

"Disebabkan rasa tidak puas hati berhubung perkara ini, kami akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau menghadiri satu majlis di Pulau Pinang pada Ahad ini dengan harapan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Walaupun pengusaha sarang burung walet sekitar 200,000 ribu orang tetapi jumlah itu akan mengugat sokongan kepada BN dalam PRU 13 yang akan diadakan bila- bila masa.