Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Saturday, December 28, 2013

kajian keatas koloni fungus pada NP bermula

Askum kepada yang beragama islam dan salam hormat bagi non muslim.
Meningkat kemahiran dalam apa jua bidang yang kita ceburi adalah satu kemestian untuk terus competitive dan kekal relevan dalam industri tersebut..Sesuatu idea sama ada baru atau lama tidak akan bernilai sekiranya kita tidak menyiasat rahsia yang terkandung dalam idea yang dicetuskan itu. Bagi manfaatkan pertumbuhan  koloni fungus  wanzulswiftlet memulakan mini kajian keatas koloni fungus yang terbentuk diatas NP.





Friday, December 27, 2013

Kesilapan terbesar kepada pencetus idea ini
























Bagi mereka yang mempunyai idea baru, saya sangat kagum dengan kemampuan berfikir diluar batas pemikiran pengusaha rumah burung walet yang biasa-biasa.walau bagaimanapun idea ini akan membunuh karier anda sekiranya anda tidak mempunyai asas penyelidikan untuk merealisasikan idea itu kepada prototaip dan seterusnya menjalani ujian yang panjang untuk menghasilkan produk. 
Pencetus idea diatas telah membuat kesilapan yang terbesar apabila dia tergesa gesa memasarkan prototaip kepada pelanggannya. Kesan daripada penggunaan prototaip tidak boleh dijangka mungkin kesan hanya seperti letupan mercun bola mungkin juga  kesannya sehebat letupan bom Hidrogen ( more power than atomic bom ). Anda pencetus idea yang hebat ini,  sepatutnya  bersusah payah  dahulu membuktikan kehebatan idea anda sebelum memasarkan produk yang hebat seterusnya menjadi manusia yang hebat dalam perladangan burung walet.
wanzulswiftlet bersusah payah membina makmal penyelidikan burung walet bagi meneruskan kesenambungan idea yang hebat untuk menghasilkan produk yang hebat..InsyaALLAH





Wednesday, December 25, 2013

Rumahku bengkelku

Kerja finishing kadangkala terpaksa dilakukan dirumah untuk memenuhi selera  pelangan yang pelbagai. Apapun pelangan tetap no: 1 bagi wanzulswiftlet.


Sunday, December 22, 2013

Lawatan ke RBW di setiawan Perak

Kali ini diberi kesempatan untuk menilai dan membuat keputusan mengoperasi bagi rbw haji A  di Setiawan Perak. Rbw haji A mempunyai ciri2 yang sangat baik untuk burung walet bersarang sekiranya ia di uruskan dengan berkesan mengikut pengalaman dan ilmu yang saya perolehi setelah berkecimpong dalam bidang ini secara langsung dan tidak langsung bermula tahun 1988 lagi.
InsyaALLAH Rbw ini mencapai sasaran yang ditetapkan sekiranya pemilik memberi kepercayaan jitu kepada saya untuk membaikpulih bagi memujuk burung walet tidur dan seterusnya bersarang mengikut perancangan strategik pemulihan rbw yang berusia setahun keatas.




Wednesday, November 20, 2013

Semangat Baru

ASKUM/ sejahtera. Tahun baru hijrah disambut dengan penuh kesyukuran kerana kesihatan yang baik , pertambahan populasi burung walet yang banyak dan Koleksi suara suara burung walet bermutu tinggi semakin bertambah  dan banyak lagi yang ALLAH bagi kepada saya dan anda diluar sana. Hari ini dan seterusnya kecerian hidup jelas terpancar kerana hampir 20 bulan bersusah payah memujuk burung walet di RBW terbaru yang berada dalam kawasan yang penuh dengan persaingan akhirnya membuatkan hasil yang sangat lumayan ( ALHAMDULILLAH ). Keberanian dan kecekalan yang luar biasa untuk menghabiskan wang ringgit bagi menguji PELBAGAI taktik BARU memujuk burung walet. Bagi meningkatkan skills yang lebih tinggi pergorbanan seperti  wang,masa dan tenaga tidak boleh dielakkan walau bagaimanapun kemahiran teknikal dan animal science yang diperolehi akan menjadikan wanzulswiftlet lebih kompetan dalam perladangan burung walet.. .

What do you think?

Monday, November 11, 2013

Telor tanpa sarang, Pelik ke????

He did spray all of them with my Super Pheromone.
Tabiat burung walet  bertelor diatas Styrofoam tanpa membuat sarang terlebih dahulu sudah berzaman  dan Lapok dan yang paling penting ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan aroma ciptaan manusia ( atas tu ).Mewujudkan tingkahlaku Berahi pada binatang secara cepat biasanya dilakukan dengan menyuntik hormon atau chemical tertentu secara intra venous atau intra muscular bukan dengan menghidu aroma tertentu. Dimanakah buktinya? Dalam RBW saya yang mempunyai fenomewa pelik "HAHAHAHAHAHA pelik ya " ( Walet bertelor tanpa membuat sarang )kalau betul pelik lah seperti di sangka oleh seseorang yang sangat berpengalaman atau SIfu burung walet. 


During my recent meeting with him he told me something interesting.

He was referring to this strange behavior of a young couple that adopted one of the fake nest.
This particular nest he was referring to was the triangular shape fake nest.

What happen here was that during his second visit to the BH he saw the birds dig into the surface of the Styrofoam surface turning the flat surface into a kind of shallow hole.

At first he did not understand why they did a shallow hole so he just let it be.

The next visit he was surprised that there was an egg inside it.

Bloody hell how come they never use their saliva at all and only the shallow hole?

He could not believed that these swiftlet are so lazy to spit their saliva but use this new technique which we have never seen before.

After the next visit he saw that they have laid two eggs and there were signs of saliva around the edge of the styrofoam.

He could not understand the basis of this whole incident and wanted my opinion.

Well what I described to him was something like this:

When a male bird wanted to get his female partner to make love he need to provide her the confident that a nest is ready.

The female bird will only allow him to make love to her if she is confident enough that after he fertilized her egg she will need a place to lay her two eggs.

If he can proved to her that the place to lay her eggs is ready she will allow him to copulate.

This is where this particular male swiftlet make a dash to get a nest ready.  He must be a new young bird with very little saliva.


I hope the above explaination is interesting and right.



Friday, November 8, 2013

Pembunuh kepada pembaharuan / inovasi

Sometimes it is good to listen to new and crazy

 ideas and try it out in your Swiftlet farm, but if that


 idea is not going to work your Swiftlet farm will 


suffer. The above farm is a good example of trying


 new ideas. At the end,  the biggest loser is  farm


 owner not the person who came out with the idea..


Idea di atas hanya terpakai kepada mereka yang

 bacur dan hampir bankrap.Mereka yang ingin

 mengekori rapat bontot atau jauh di tinggalkan

 oleh pemujuk walet berpengalaman, pandangan

 sebegini adalah terbaik untuk terus jadi pengikut

 berani mati kepada konsultan atau marketing man.



Kepada yang berani gagal dan mempunyai corak


 pemikiran kritikal, ugutan sebegini tidak

menjejaskan inovasi dan kreativiti mereka

. Pembaharuan / inovasi  taktikal memujuk walet

 akan menjadi anda lebih kompetitif untuk

 bergerak seiring atau di depan

 mereka yang lebih dahului menceburi perladangan

 burung walet.

Wednesday, November 6, 2013

6 tahun hanya 3 sarang


Satu lagi tauke cina di Penang kecundang kerana jahil 'totok'  dalam perladangan burung walet.Salah satu punca utama kegagalan mempopulasikan burung walet disebabkan LMB OR konsep yang terlalu kecil ( 2 kaki kali 8) dan ia meanggap ini bukanlah punca utama kepada kegagalanya walaupun sudah 6 tahun berkecimpung dan menghabiskan lebih daripada RM 30 000 yang menghasilkan 3 biji sarang ...... tak boleh tahan....terus menutup LMB kerana terlalu marah pada burung walet yang tidak suka menginap di RBW nya bak kata pepatah marahkan semut rumah dibakar hahaha.Beliau cukup berpuas hati kerana menutup LMB supaya burung walet tidak boleh masuk dan berputar putar mencari lubang masuk di kawasan RBW ( dalam hati beliau inilah kepuasannya). Pada saya 2 kali mati masa yang diambil masih lagi tidak cukup untuk memujuk walet bersarang dengan banyak sekiranya beliau tidak membesarkan LMB kepada saiz yang kompetitive pada masa kini ( InshaALLAH ).

 Sekiranya keadaan ini berlaku,beliau sepatutnya berjumpa dengan pakar untuk membaik pulih RBW kerana mempopulasi walet bagi RBW yang sudah berusia lebih dari setahun ke atas adalah lebih senang berbanding dengan RBW yang baru beroperasi Wasalam.

Monday, November 4, 2013

Apa yang anda tahu tentang faeces haiwan berbulu pelepah

ASKUM. salam Maal hijrah dan selamat malaysia , sekiranya anda meneliti gambar diatas dan dibawah apakah yang menarik perhatian anda sebagai seorang yang pemujuk burung walet? Adakah ia memberi satu makna atau anda masih ragu ragu tentang tompok2 putih yang terdapat diatas lantai RBW anda. Saya sebagai  seorang yang berilmu dalam animal science secara sah dan memporelehi ilmu itu daripada pakar yang SAH, kewujudan faeces berwarna putih daripada benda hidup yang berbulu pelepah ( AVIAN ) boleh memberi beberapa kemungkinan :
1. Simpton penyakit
                     2. haiwan itu dalam keadaan stress
                   3.menanda kawasan  untuk pembiakan
Bagi yang mahir/pakar/berpengalaman dalam perladangan walet ia adalah pertanda visual yang mengembirakan  kerana ia bukan simpton penyakit  ( bagi burung walet yang lepas bebas sahaja ) tetapi bagi perladangan ayam (Poultry farming ) ia sesuatu yang menakutkan kerana sudah sah lagi bersuluh itu adalah serangan penyakit maut insyALLAH.

Keadaan faeces seperti ini berselerak hampir 100% ruang lantai tingkat atas rbw yang 3 bulan dibaikpulih oleh Saya dengan menggunakan kaedah pujukkan walet tersendiri di kawasan yang penuh dengan persaigan.


Friday, October 25, 2013

Cipta vaksin untuk biri-biri dan kambing

Tahniah Prof DR Zamri Saad, sifu saya dalam ilmu Patologi 21 tahun yang lalu.

Oleh Syalikha Sazili | syalikha@bh.com.my Cetak
Cipta vaksin untuk biri-biri Abu Bakar (dua dari kanan) bersama Mohd Fauzi (kiri), Mohd Zamri (dua dari kiri) dan Seleman pada pelancaran vaksin semburan Intranasal STVAC7 di UPM, semalam.
2 saintis UPM guna bakteria kurangkan kematian ternakan

Serdang: Dua saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan vaksin bakteria pertama di Malaysia untuk mengawal jangkitan radang paru-paru pada kambing dan biri-biri.

Vaksin yang dikenali sebagai Rekombinan Intranasal Vaksin Semburan untuk Kambing dan Biri-biri (STVac7) itu dihasilkan melalui penggunaan bakteria Mannhemia Haemolytica A7 yang dapat membantu mengurangkan lebih 90 peratus kadar kematian ternakan itu.
Penyelidikan yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Zamri Saad dan penyelidik bersama, Dr Md Sabri Mohd Yusof, masing-masing melihat keupayaan vaksin ini untuk mengawal penyakit terbabit yang kebiasaannya menyerang ketika musim hujan.


Zambri berkata, cuaca lembap ketika musim hujan memudahkan penyakit itu tersebar dan sebelum ini kaedah yang digunakan untuk memberi vaksin adalah melalui suntikan berbeza dengan produk yang diperkenalkan.


Kaedah lebih mudah

“Kami menemui kaedah baru untuk memberi vaksin dengan menyemburkan STVac7 ke hidung kambing dan biri-biri setiap enam bulan, pada bulan Mac dan September,” katanya ketika ditemui pada majlis prapelancaran STVac7, di sini, semalam.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Sali; Timbalan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dan Pengarah Bio-Angle Vacs Sdn Bhd, Seleman Arip

Thursday, October 24, 2013

Otak sihat hidup sihat, Otak sakit badan sakit

Monday, October 21, 2013

Harga sarang burung walet terkini

 Rata - rata harga sarang burung walet berkisar di antara Rm 800.00 - Rm 1300.00 mengikut lokasi dan cara diantara pembeli dan penjual "DEAL" contoh secara pukau RM 1000.00 di tempat lain  pula hanya Rm 800.00 je. Jadi sekarang harga tidak lagi mengikut standart seperti dahulu. Anda perlu bijak deal dengan pemborong atau orang tengah untuk mendapat harga tertinggi.
Bagi pengusaha yang membuat pinjaman bank, kesannya sangat "pedih" untuk menjelaskan Installment rumah burung walet. Walau bagaimanapun Hidup mesti di teruskan.


 

Thursday, October 17, 2013

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi


Akum. Kata-kata di bawah menyebabkan saya menghasil produk seperti gambar  di atas walaupun bertahun lamanya. Keinginan yang tinggi untuk menjadi pakar dalam perladangan burung walet tidak pernah padam InsyaALLAH.

Saturday, October 12, 2013

SGS dengan turbine generasi ke-4 bakal muncul

Memiliki SGS seperti negara memiliki fighter jet F16 so rbw anda akan digeruni oleh saingan terdekat kerana ia dibina untuk bersaing dengan rbw di sekitar anda.   
Di atas ialah Ujian turbine generasi ke-4.

Wednesday, October 9, 2013

Inspiring Words

Friday, September 27, 2013

Memahami sikap prejudis Cina terhadap Melayu

  Juhaidi Yean Abdullah
Sampai hari ini, sesetengah orang Cina masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun.
Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu.

Premis prejudis ini ialah kepercayaan bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih superior, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera.


Dipandang sinis

Kejayaan orang Melayu-Bumiputera turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu-Bumiputera, walaupun ia tulen dan dicapai menerusi kerja keras. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat.

Ini pandangan Ye Lin-Sheng, ahli perniagaan tempatan yang mempunyai syarikat di Malaysia, Hong Kong dan Australia dan berpengalaman berniaga di China, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Ibu bapanya migran dari China pada 1931, manakala beliau berkelulusan jurutera dan pernah pelajar di sekolah mubaligh Kristian.

Dalam bukunya The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye menulis: “Chinese find it easier to accept domination by white people as they recognised Western superior methods and technology, than by the Malay. Chinese may accept Malay political supremacy, but in their hearts they believe they are superior.
“This arrogance resulted in some blind spots and the inability or unwillingness to give credit to the Malays. They underestimate Malay capability, would not concede that Malay leadership has been very skilled, competent in its political, economic and social management. Chinese seldom attribute Malaysia’s success to the Malays.”


Pandang rendah pencapaian

Ye juga menegur sikap hipokrit sesetengah Cina yang memandang rendah pencapaian Melayu-Bumiputera padahal ramai dalam kalangan mereka mendapat lesen, kontrak perniagaan dan konsesi melalui naungan, kenalan, rasuah dan pelbagai kaedah tidak beretika.

Katanya, daripada 40 bilionaire dan jutawan Cina terkaya Malaysia yang disenarai oleh majalah seperti Malaysian Business setiap tahun, mustahil semuanya melalui titik peluh sendiri. Pasti ada yang dibantu atau mendapat layanan istimewa, sama ada daripada swasta mahupun kerajaan.

Dr Mahathir puji doktor Melayu

Satu contoh pandangan rendah orang Cina terhadap kejayaan dan pencapaian Melayu-Bumiputera ialah ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989. Lee Kuan Yew tidak yakin doktor Melayu di sini mampu menjalani pembedahan itu. Beliau menawarkan pakar bedah Cina Singapura yang kononnya lebih hebat dan berpengalaman.

Kejayaan beberapa pakar bedah Melayu tempatan menjalani pembedahan itu mendapat pujian Tun Dr Mahathir sendiri. Itupun masih tersebar khabar angin bahawa yang menjalankan pembedahan itu ialah pakar bedah yang dibawa dari Amerika Syarikat.

Ye berkata, antara sikap buruk orang Cina, seperti yang disebut Bo Yang, seorang penulis terkenal dari Taiwan dalam bukunya bertajuk The Ugly Chinaman ialah kasar, bising, bongkak, tidak mengenang budi, memandang rendah pencapaian orang lain dan suka merasuah. Mereka melihat ekonomi sebagai ‘zero-sum game’, justeru, tidak mudah berkongsi atau membuka ruang atau peluang kepada kaum lain. Banyak sektor ekonomi seperti pembinaan, pelombongan, peruncitan, pemborongan dan pembuatan, masih dikuasai peniaga Cina sehingga ke hari ini.

Anggap usahawan Melayu tak tulen

Dasar Ekonomi Baru dan pelaksanaan pelbagai usaha kerajaan termasuk agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang diumumkan dua minggu lalu membantu meningkatkan penyertaan dan pencapaian Melayu-Bumiputera dalam ekonomi. Reaksi umum komuniti perniagaan Cina ialah dasar sebegini bersifat intrusif, tidak adil dan tetap menganggap peniaga dan usahawan Melayu-Bumiputera sebagai tidak tulen, tidak gigih, tidak berkemampuan dan akan menghabiskan apa yang mereka dapat.

Orang Cina pada dasarnya tidak mempercayai kepemimpinan Melayu kerana bimbang akan menggunakan kuasa politik yang boleh mengancam dan menjejas kejayaan, pencapaian dan kewujudan mereka.

Pandangan Ye mungkin menimbulkan kontroversi, terutama dalam kalangan orang Cina sendiri tetapi ia pemerhatian yang jujur dan jelas. Tokoh sejarah, Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim mengakui hakikat ini serta mengiktiraf keikhlasan Ye dalam menganalisis hubungan Cina-Melayu dan kebenaran pandangannya. 

............ Tukar yang negatif kepada positif ketika itu
baru lah boleh bersaing dengan orang cina.

Thursday, September 26, 2013

Read This!!

Tuesday, September 24, 2013

Bukti sarang perlu di kutip/panen/harvest

kurang sempurna ( kuning ) kali pertama burung walet bersarang manakala sarang yang sempurna (  purple ) sarang di buat kali ke-2 selepas pengutipan sarang kali pertama. Apa pun alasan sarang perlu dikutip sebaik sahaja fledgling, Burung walet tidak akan merajuk sekiranya anda mengutip/panen sarang selepas fledgling malah amat2 digalakan mengikut Ilmu  Animal science.

Monday, September 23, 2013

Sgs generasi generasi ke-4 akan keluar ke pasaran soon




lam and good day, Tahun 2012 adalah tahun yang penuh cabaran yang perlu diharungi oleh ol wanzulswiftlet dan mungkin juga para pemikat walet di luar sana. semasa mengharungi cabaran sudah tentu wujud peluang yang hebat bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknik memikat burung walet. Hari ini secara rasmi wanzulswiftlet melancarkan Smart Guano Stirer ( SGS Basic ) kepada mereka yang berminat untuk memiliki SGS bagi menghasilkan bauan guano asli mengikut kehendak pemilik. Anda tidak perlu lagi bersusah payah mengacau tahi burung walet, biarkan SGS berkerja untuk anda mengikut citarasa tersendiri.
Sepanjang menggunakan teknik mengacau secara manual, ia pun sudah memberi kesan yang hebat kepada populasi burung walet menginap dan sangat sangat berbaloi apabila beralih kepada SGS bagi menghasilkan bauan guano asli.

Good day All bird lovers
You don't have to take stir birds waste/ faeces, just leave SGS to do the job for you as you please/wish. throughout this stiring process manually ia will give u positive result to the birds population, its really worth your money compare to the amount u spent

      
For those interested to have SGS basic or Guano stirer or need more significant information please give me a call 013 4419070

Gred Sarang

Gred sarang walit terbahagi kepada 4 gred, iaitu Gred A, Gred AB, Gred C, Gred D. Terdapat sedikit perbezaan cara mengred antara pembeli. Kritiria am bagi pengredan sarang adalah seperti dalam jadual berikut.

BIL
GRED
SAIZ
KEBERSIHAN
CATATAN LAIN

1

A

Lebar 3 jari atau 4 cm. Berat lebih kurang 8 ke 9 g 



Bersih

Bentuk separuh magkuk

2

B

Lebar 3 jari

 atau 4 cm. 

Berat kira-kira

 6-7 g
.

Bersih

Berbentuk hamper

 separuh

 mangkuk

3

C

Sudut 90 hingga 130 darjah. Lebar 3.5 cm ke 5 cm.

Bersih

Semua sarang sudut dan sarang besar berkulat

4

D

Tiada bentuk atau saiz standard.

Purata

Lain-lain sarang yang percahan saiz kecil dan pelbagai.

Harga sarang mula naik

Salam, Minggu lepas jualan kali kedua dari Rbw terbaru pada harga Rm 1800.00/kg. Ini Paras harga yang tertinggi selepas 2 tahun harga menjunam. Harga terbaru ini sudah tentu menggembirakan ribuan pengusaha burung walet yang sudah lama sengsara selepas kejatuhan harga sarang belum proses dan proses.

Wednesday, September 18, 2013

Teknik semula jadi yang menguntungkan

Bekalan serangga yang mudah, murah dan berkesan. Iannya juga mampu membekal buah ara secara percuma kepada sesiapa yang ingin membuat kenduri ( Gulai lembu n Kambing )

Ara sebenarnya tidak bermusim sekiranya anda tahu membuat penyelenggaraan yang simple saja.

Selain daripada suara, serangga dari buah ara menjadi tarikan utara burung walet untuk memeriahkan lagi Rbw ini pada masa sekarang. Teknik membekal serangga secara semulajadi menyumbang kepada perkembangan Positif populasi burung walet Bagi rbw ini sekarang dan akan datang InshaALLAH.

Kepayahan sudah berakhir

Rbw ini dari dahulu hingga  sekarang  nampak usang dan  tidak bermaya.Tiada apa yang menarik untuk dinikmati dari luar  yang kelihatan buruk sekali seolah olah tidak berpenghuni terutama 8 bulan yang lalu. Apa yang hendak diberitakan disini ialah " ISINYA" yang semakin PADAT setelah menggunakan teknik2 yang jitu untuk PIKAT burung walet bersarang dalam masa 8 bulan didalam kawasan yang penuh dengan persaingan.Tiada lagi tumpuan separuh mati kepada rbw ini dan sekarang ialah masa untuk bersenang senangan menikmati hasil yang sangat berbaloi setelah bertungkus lumus selama 8 bulan yang lalu. Rbw ini mungkin masih tidak berisi sekiranya teknik yang digunakan tidak memenuhi naluri yang berubah rubah pada burung walet ketika ini .Bersyukur pada ALLAH kerana sudah "menghadiahkan" berpuluh puluh sarang dan mungkin beratus ekor burung walet menghuni dalam RBW ini.Pertambahan sarang dan populasi burung walet dalam Rbw ini setiap bulan sangat sangat mengembirakan pemiliknya terutama 2 bulan kebelakangan ini.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mempopulasi burung walet hubungi wanzulswiftlet.
013 4419070, email n facebook

Control Room




Monday, September 16, 2013

Burung walet mula memberi respon yang positif


Friday, September 6, 2013

Inspiring words for mediocres

Tuesday, September 3, 2013

Nyawa-nyawa ikan atau sudah berkubur

Askum. Sehingga  menulis dan posting artikel ini masih tiada lagi tanda harga akan kembali RANCAK seperti dulu. Rata rata kaum bumiputra mengeluh kerana harga ditakuk " Maut" tidak kurang juga mengeluh kerana burung tidakmahu bersarang walaupun RBW sudah berusia hampir 2 tahun.. kebanyakkan blogger burung walet BUMI pula tidak "update" blog masing2 mungkin kerana sudah kehabisan   idea untuk berkongsi  atau sudah tidak berminat lagi menulis tentang industri burung walet. Harapan dan keinginan mereka terus pudar seperti pudarnya warna bangunan terbiar lebih drp  usia 20tahun.Rata2 blog kaum bumi ini tinggal nyawa2 ikan mungkin juga sudah berkubur. Keadaan ini memberi persepsi NEGATIF dan Meruntuhkan semangat pengusaha burung walet itu sendiri untuk terus bersaing memikat burung walet di malaysia yang tercinta.














Sunday, September 1, 2013

No word to descride

Thursday, August 29, 2013

Sentuhan kecundang



Dulu baka kambing boer, sekarang Baka Savanna Pulakkk hagh Pulakkk. Saya sudah serik terlibat dengan ternakan ruminan kecuali sebagai Trader bukan sebagai Producer saya ulang bukan sebagai Producer. Production cost terlalu tinggi untuk produce ternakan Ruminant di malaysia  kecuali anda pakar menghasilkan makanan yang bermutu atau anda pakar mendapat makanan  free atau hampir free. sekiranya anda tiada kemahiran diatas most probably kandang anda akan dipenuhi oleh manusia pemungut hutang. Menakutkan hehehe

Tuesday, August 27, 2013

Kenapa perlu sarang dipanen

ASKUM. dan salam sejahtera, Agak lama saya sudah tidak menulis tentang perladangan burung walet terutama pada landasan Animal science . Perkara yang terbaru tentang ilmu animal science yang berkaitan dengan perladangan burung walet ialah " Kenapa anda perlu panen sarang tanpa ragu-ragu" apakah kaitan dengan animal science terutama Animal health yang sangat menggalakkan havast, bina baru atau membuat penyelenggaraan baru pada setiap sarang selepas fleghing. Hampir semua Avian fleghing seterusnya membina sarang baru atau membuat penyelenggaraan sebelum bertelor... Kenapa??? 

Dibawah ialah komen seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam Landasan Teknikal

The bird will stays until there is no longer space for upward construction.

Usually when these swiftlet recycle their old nest they will reinforce the nest foundation.


Some even erect a new nest above the old nest.


This is mainly due to the possibility of unstable nest foundation and these wild birds will not take any chances to lay their eggs onto an old nest without considering the possibilities.


Thye will build one layer after another during each breeding season.

Gabungan pengetahuan Animal health dan teknikal 

memberi impact 

yang sangat significant dalam pemburuan sarang

 burung walet terutama pengusaha yang ingin

 menjadikan Rbw mereka terus competant.

 komentar seorang teknikal itu berkait rapat 

  dengan  gambar diatas. Bagaimana

 pula Daripada sudut 

animal science/ Animal Health ia bukan saja 

logik tetapi Fakta atau Sunnatullah atau

 hukum alam yang 

ditentukan oleh ALLAH dari dulu mungkin 

sehingga hari kiamat. Semoga ALLAH 

Memberi manfaat dalam pengkosian ilmu ini 

dan menjadikan saya terus competitive 

daripada segi 

teknik memikat burung walet...Amin.


Wednesday, August 21, 2013

Bukti suara siri King Solomon berkesan memikat burung walet

Burung walet bergayut pada tweeter LAL kerana tertarik dengan suara editan siri King Solomon yang terbaru.

Tuesday, August 20, 2013

Lapan bulan yang lalu


Askum. Keadaan sambutan burung walet pada Lapan bulan yang rlalu. Kegersangan dan kemelaratan amat ketara pada waktu itu sekiranya anda membuat perbandingan secara relatif dengan video yang saya postkan terdahulu.

Thursday, August 15, 2013

Suara Editan terbaik setakat ni


Assalaimualaikum semua .Ribuan burung walet tertarik dengan suara editan terbaru setelah beberapa kali penambahbaikan dilakukan keatas suara editan siri King solomon. Suasana ini hampir dapat dilihat sepanjang hari samada waktu pagi atau petang. Syukur pada Allah diatas kurnian Ini

Thursday, July 18, 2013

THE bird’s nest stockpile is mounting

THE bird’s nest stockpile is mounting despite China lifting the ban to import it from Malaysia last month.
Export of the delicacy had yet to resume and traders are hoping that things would start moving soon.
Perak Bird’s Nest Merchants Association president Chaw Soo Peoh said operators had kept their stock since the ban in 2011 because it had also affected the local prices badly.
“The ban saw local prices for grade A unprocessed bird’s nest plunging from RM4,000 per kg to between RM1,200 and RM1,500 per kg in the local market.
Many decided to stockpile their produce and keep them for their own consumption.
Prices remained unchanged despite the announcement on the lifting of the ban,” Chaw told The Star.
It was reported that China is the biggest importer of Malaysia’s bird’s nest products, before the ban, with an annual trading value of about RM1bil.
The ban was imposed when samples from blood-red bird’s nests were found to contain nitrite levels that did not meet China’s health standards.

A photograph of a birdhouse operator harvesting the bird's nest.
Difficult times: A birdhouse operator harvesting bird’s nest. — Filepic
The Malaysian government intervened and held a series of discussions with China, which led to the ban being lifted after two years in June this year.
On Monday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced that 11 Malaysian companies were given special approval to export the delicacy to China.
Najib stated that these companies only involved 5% of the industry in Malaysia and the government was in the midst of negotiating for the remaining 95%.
Chaw told The Star that until 1kg of bird’s nest had been successfully exported to China, the industry would not improve despite the announcements.
A pile of unprocessed and unsorted bird's nest after it was harvested.
Waiting to be cleared: A pile of unprocessed and unsorted bird’s nest after
harvesting. – Filepic

“Perak has over 10,000 bird houses and over 10 swiftlet associations. All of us have been affected by the ban,” he said.
North Perak Bird’s Nest Association vice president Yeap Thean Eng from Taiping echoed Chaw’s sentiments, adding that it would take a few months for the stockpile to be cleared before any price increase could be seen.
“Once prices increase to RM2,000 per kg for grade A unprocessed bird’s nest, it would then be viable for all operators to earn sufficient profit and even expand their operations.

Yeap Thean Eng
Many of these operators have borrowed money to set up their bird houses and many
have chosen to cash out. — Yeap Thean Eng 
“At the moment, we are still facing difficulty in selling our stocks at profitable levels because the middleman and wholesalers would prevent the prices from increasing as much as possible to maximise their profits,” he said.
Yeap said the ban had caused many operators to lose money during the two years as they could not sustain the operational costs or make profit.
“Many of these operators have borrowed money to set up their bird houses and many have chosen to cash out.
For operators who are rich, they just chose to hold on and hoped for the best,” he said.

Thursday, July 4, 2013

Mungkin teori baru

Dipanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana mengilhamkan / memberi idea untuk memahami behavior burung walet dengan lebih baik daripada sebelum ini  Pembacaan dan perbincangan dengan pengusaha dan konsultan rumah burung walet sebelum ini ianya tidak memberi pertunjuk yang jelas kaitan burung walet dengan  Lubang Burung Masuk ( Lmb ). Pengetahuan tentang tingkah laku burung walet terhadap Lmb ini masih belum difahami atau sengaja di sembunyikan daripada pengetahuan pengusaha walet bagi memanipulasi pengetahuan itu supaya lebih competant .
Hasil daripada menganalisa data yang dikumpul selama 18 bulan dari beberapa buah rbw lama dan baru ia memberi "satu makna"  yang bernilai terhadap data itu.Walaupun pengetahuan baru ini sedikit daripada yang sedikit tetapi ia dapat melonjakkan  kemahiran yang lebih tinggi   untuk memikat burung walet dengan lebih jitu bermula daripada sekarang.

Wednesday, July 3, 2013

MPSP serbu pusat ternakan burung layang-layang haram

NIBONG TEBAL - Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) menyerbu 26 unit kedai di Pusat Perniagaan Seri Aman, Sungai Bakap di sini yang dijadikan sebagai pusat ternakan burung layang-layang.
Yang Dipertua MPSP Maimunah Mohd Sharif berkata, dalam serbuan semalam,
bahagian penguat kuasa MPSP merampas 36 unit alat bunyi burung layang-layang.
Bagaimanapun ketika serbuan premis itu kosong tanpa pekerja atau pemilik
yang mungkin sudah menyedari awal akan kehadiran penguat kuasa.
Katanya yang ditemui hari ini, MPSP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha ternakan burung layang-layang itu kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan tanpa kelulusan pelan. - Bernama

Thursday, June 20, 2013

Please vote for below sound

Vampire.mp3

Good or Bad...?
  
pollcode.com free polls 

China has given nine local companies the "passed with condition" status recently.

The nine companies are Sunshine Region Sdn Bhd; PT Swiftlet Marketing Sdn Bhd; Tian Ma Bird Nest Sdn Bhd; Kuan Wellness Sdn Bhd; Wing Shen Food Industries Sdn Bhd; Fucifagus Agritech Sdn Bhd; Yan Ming Resources Sdn Bhd; Golden Mah Bird's Nest Sdn Bhd; and Yen Pao Lai (M) Sdn Bhd.
 
The two other companies are Multiform Food Supply Co. Sdn Bhd; and Biogrow Resources Sdn Bhd, and the remaining four that failed the audit were Dama Jing Yi Yanwo Sdn Bhd; Amity AKF Enterprise Sdn Bhd; Sai Kim Enterprise Sdn Bhd; and Swallow House Enterprise.
 
The temporary ban on local birds' nest exported to China was placed in July 2011 after the Chinese authorities found that the quality of the birds' nest imported to the republic did not comply with the permissible nitrite level.
 
The red coloured nest or cave nest was found to contain more than 1,000 parts per million (ppm) level of nitrite which was unsafe for human consumption.


Read more: China lifts ban on Malaysian birds' nest import - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/china-lifts-ban-on-malaysian-birds-nest-import-1.304152#ixzz2WoM2AiWq

Walet albino

Saturday, June 15, 2013

Qatar Lifts Import Ban On Thai Chicken Meat

BANGKOK, June 14  -- Thailand's Foreign Ministry said Friday Qatar has lifted a ten-year ban on Thai chicken meat, Xinhua news agency reported.

An agreement was reached between Thai Prime Minister Yingluck Shinawatra and Qatari Prime Minister Sheikh Hamad Bin Jassim during the former's visit to Qatar last month. The decision took effect on June 10.

Qatar imposed a ban on imports of Thai chicken meat in 2003 after the outbreak of the Avian Influenza in Thailand.

The World Organisation for Animal Health  has confirmed that no avian flu virus had been found in Thailand for more than a year.

Monday, June 10, 2013

Tweeter Hexagon

Lokasi dan ketinggian  mestilah tepat untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada haxagonal tweeter.

Sunday, June 9, 2013

Padang rumput di depan LMB

Kreativiti bukan saja menambah seri Rbw anda , ia juga dapat menambah populasi walet datang berlegar - legar di depan LMB dan seterusnya menerjah masuk untuk meneroka lebih lanjut di dalam RBW anda. Gaya memikat walet bukan bersifat terhad ia terbuka luas bagi mereka yang berfikiran kritikal. InsyaAllah Rbw ini akan mencapai target 100 sarang dalam masa 12 bulan selepas relaunch baru baru ini....   amin.


Kolam dan padang rumput di atas bumbung


.

Saturday, June 8, 2013

Tapak hexagon tweeter

Pembinaan tapak hexagon bergantung kepada pengalaman dan kreativiti anda. Pengalaman akan menentukan saiz, lokasi, ketinggian dan kesan negatif kepada lubang masuk burung. Manakala kreativiti akan menentukan flexibiliti tapak hexagon. Kedua dua faktor ini adalah prasysrat kepada keberkesanan fungsi Hexagon tweeter.

kemas dan selamat