Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, June 29, 2011

Proses membuat Fake Nest


Selain daripada mendapat pendedahan awal tentang industri perladangan burung walet, kanak2 juga dapat membina kemahiran psikomotor.








INI adalah sebahagian kecil sarang tiruan yang biasa di buat oleh para waleter. Bagi meningkatkan keupayaan memikat walet bersarang lebih awal di RBW , saya memperbagaikan fake nests dan simple inovation dilakukan pada nesting plank, berdasarkan pengalaman dan teori yang sudah diuji.




Terdapat lebih daripada 10 jenis fake nests di hasilkan oleh wanzulswiftlet dan pelbagai inovasi dilakukan untuk RBW Pasir Puteh bagi menjadikan wanzulswiftlet terus competitive dalam industri yang sudah memberi pulangan yang sangat sangat LUMAYAN ini. Anda bila lagi?

Sunday, June 26, 2011

Lubang Burung Masuk ( LBM )

Askum. LBM seperti diatas saya  personally sangat tidak bersetuju kerana taste burung walet ketika ini sudah berubah jika dibanding 10 tahun yang lalu. Ini kali kedua saya melihat kegagalan LBM jenis ini dalam masa 10 bulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada anda serta dengan alasan anda sendiri untuk meneruskan design LBM seperti ini untuk RBW masing masing.Persepsi, pengalaman dan teori  berbeza diantara anda dengan saya. Selamat meneruskan perladangan burung walet.

Sunday, June 19, 2011

Pandangan atas ladang getah berumur 16 bulan

keadaan ladang getah dari tingkat satu RBW di pasir putih. Getah juga termasuk dalam bidang pertanian impak tinggi. Baka ini dikatakan terbaik diri siam dan cepat matang. Walaubagaimanapun saya terpaksa korban lebih kurang 15 pokok baru2 ini unt memberi laluan kepada RBW ini. sekiranya anda berminat saya sarankan guna baka ini kerana pertumbuhannya amat menakjukkan. Posting akan datang saya paparkan ladang getah baka siam ini yang sudah mengeluarkan hasil dalam masa lima 5 tahun

Friday, June 17, 2011

Kesan Inoculant 4 month Booster

inoculant yang disapu pada xilem untuk dijadikan kayu minyak sahaja. kaedah agak sesuai kerana petani tidak memerlukan masa yang agak lama untuk mendapat hasil, disamping menunggu teras dalam masa lebih kurang 2 tahun kalu ada rezeki dari ALLAH.
Anda perhatikan bagaimana pokok  di tebuk menggunakan kaedah spirall sehingga keatas mungkin.

Lubang yang ditebuk  perlu dimasukan straw untuk memudah inoculant sampai ke bahagian pulur pokok gaharu. Kaedah spirall agak rumit kerana perlu tebuk lubang sampai keatas.
Penebukan lubang pada pokok bermula sebawah mungkin sekiranya boleh gali dan tebuk akar pokok.

Saturday, June 11, 2011

Fluk (cacing ) dalam usus Lembu

masih teringin melakukan kerja lama ku, semasa d negeri sembilan membuat pemeriksaan kesihatan, post mortem bangkai haiwan dan apa saja yang berkaitan dgn binatang. Ini ialah cacing yang sangat biasa terdapat dlm usus lembu yg mana mereka dpt menyedut 1 liter atau lebih sehari dari sistem pengaliran darah ruminan. Orang kampung namakanya BIAR, sekiranya ada BIAR lembu tak gemuk,sahut penternak lembu. burung walet juga tidak terlepas drp gastro parasit tetapi amat rendah risikonya. 

lantai tingkat 1

askum. kekuatan bangunan 3 tingkat ini dapat menampung 2 tingkat lagi d masa hadapan, sekiranya rezeki melimpah ruah dari ALLAH.

LAL first Floor