Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, August 22, 2017

Kesan Hama atau mite pada produksi Burung walet.

Dalam pengeluaran ternakan terutama ternakan unggas di mana Hama memberi kesan kepada Penurunan Pengeluaran ternakan melalui Penurunan Berat Badan, Penurunan dalam Pengeluaran Telor, menjadikan ternakan lebih mudah terdedah kepada penyakit dan mengurangkan pengambilan makanan.
Bagaimana pula dengan pengeluaran Sarang burung walet? - sudah iatentu memberi kesan negatif dari sudut:
i. Perencatan perkembangan Populasi walet.
ii. fenomena Pembuangan telor daripada sarang dan,
iii. Penghasilan Sarang "Lumut" yang tidak berkualiti.
Bagi mengatasi masalah ini penyelenggaran Rbw terutama penyelenggaraan papan sirip mesti di lakukan secara berkala seperti;
i. Mengutip/ havast sarang setiap kali selepas anak terbang
ii. Lakukan pembersihan  papan dengan racun yang berasaskan   bahan organik dan ulang selepas 2 minggu.
Penyelenggaraan papan sirip merupakan perkara diantara perkara penting dalam pengurusan rumah burung walet yang berdaya maju.




Saturday, August 5, 2017

kerja penyelenggaraan bagi mengekal kekayaan


Kejayaan dan Kekayaan yang dimiliki daripada Rumah Gelap perlu dikekal melalui penyelenggaraan berkala dan pengubahsuian Rumah Gelap mengikut keperluan semasa. Ilmu Penyelenggaraan dan Pengubahasuaian amat berguna untuk memanjang hajat kejayaan kita sebagai Petani Burung Walet. Tanpa kedua dua 'skill ' ini berkemungkinan besar  kekayaan rumah gelap runtuh sekelip mata - Bolusan Pak burhan, tikus, biawak dan Ular , Serangan ribuan semut merah, Papan sirip menjadi kotak Semaian Fungus,  dan lain lain Pemusnah dan perencat kepada"Lombong Emas putih". 
Sebagai Petani Walet yang sudah mengecapi Kejayaan, kekayaan dan kemewahan sekelian Lama   sudah tentu tidak akan "Redha" dengan kejadian Tersebut.