Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, August 30, 2016

Kemahiran memanipulasi suara bagi sesebuah Rumah Burung Walet

Salam merdeka buat rakyat Malaysia.
Satu perkara yang nampak signifikan tentang pertambahan sarang dalam Rbw teman apabila di nilai pada hujung minggu lepas ialah perkaitan dengan Kemahiran memanipulasi/susunatur/permainan suara  dalam dan suara luar.
Apa yang menarik di sini ialah pertambahan sarang secara mendadak pada ruang nesting yang paling tidak digemari walet sebelum ini . Sekiranya ia terus berkembang, maka sesuatu yang baru dan berharga buat saya sebagai pemikat burung walet professional.

Thursday, August 18, 2016

kehebatan Palsu


Sambutan burung walet terhadap Rbw di atas memang hebat. Daripada video itu gambaran seolah - olah Rbw itu mengutip/harvast  berkilo kilo sarang sebulan atau semusim. Tiada kecacatan yang melampau pada persekitaran luar ( external ) malah  begitu Gah sekali kelihatannya.
Di sebalik kehebatan Palsu ini, pengusaha Rbw  tersebut memendam seribu kekecewaan kerana prestasi Hambar " Rumah Gelap" yang menjanjikan Jutawan Pasif kepada pengusahanya.
Bagi mengembalikan tarikan  burung walet kepada Rumah Burung Walet ini,  pelbagai sudut akan dianalisa dan dinilai untuk mengenalpasti  ketidakupayaanya memikat burung walet selama ini.... InsyALLAH.

Sunday, August 14, 2016

Harga sarang masih lagi kompetitif

Urusniaga dalam bulan julai dan ogos tidak menunjukan harga sarang arah menurun. Bagi mereka yang mempunyai Rbw, produksi sarang menjadi satu rahmat ketika keadaan persekitaran ekonomi yang suran sekarang.





Wednesday, August 3, 2016

Nampak hebat tapi bahaya.


Ladang bumbung adalah satu idea yang murni tetapi kemurnianya akan membahayakan Rbw itu sendiri sekiranya satu komponen dalam sistem ini tidak berfungsi iaitu  "Maintainance". Keselamatan rbw ini pada tahap paling rendah sekarang sekiranya tiada langkah memotong kangkung tersebut. Belting sudah boleh di timbusi bila-bila masa oleh haiwan jenis merayap.. semoga Allah melindungi Rbw ini.