Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, December 10, 2014

Ditinggalkan dengan penuh kehinaan

Sebuah Rbw di kg Gunung Semanggol Perak bagaikan janda kehilangan suami. Setelah beroperasi selama lebih kurang 36 bulan hanya menghasilkan 1 pasang burung walet dan 1 sarang, itu saja ganjaran yang di perolehi daripada kesetiaan dan pergorbanan "isteri" ( Pemilik ) setelah membuat pelaboran dalam masa itu. kesilapan terbesar apabila "berkawin dengan lelaki" berlagak alim ( Kontraktor Binaan bangunan bukan pakar dlm perladangan burung walet ) tetapi tersangat   Jahil dalam perladangan burung walet. Sudah menjadi lumrah alam atau tabaii alam si jahil tidak mempunyai Misi yang jelas untuk melindungi pelabor daripada kegagalan memperolehi pulangan pelaburan yang berjumlah ratusan ribu. Lagak dan gaya kelihatan hebat di mata kelompok pengusaha burung walet hanya untuk menyakin pelabor yang tidak tahu apa-apa dalam bidang ini. 
Walaupun bukan kita yang menentukan rezeki tetapi kita harus berusaha meningkat pengetahuan untuk memikat burung walet, lebih - lebih lagi apabila kita terlibat dengan pembinaan ( kontraktor ) Rbw bermula tahun 2008 yang begitu sengit persaigan merebut burung walet muda bermula pada waktu itu. Terlalu banyak kesilapan bagi Rbw ini bermula dengan kejengkelan rekabentuk yang menghasilkan malapetaka kepada kondisi dalaman Rbw ini. lihatlah apa yang jengkel;
Benda ini tak patut ada dalam rumah burung walet

LMB bersaiz 1ftx2ft dan Halangan arus terbang menyukarkan burung walet untuk menjunam ke tingkat bawah


Suhu ini sesuai untuk memasak telur burung walet. kesan negatif kepada Perkembangan embrio dan sarang burung itu sendiri.


Cahaya cukup terang dan sesuai bagi mentalaah buku seperti di pusat sumber sekolah. Anda masih ingat suasana terang dan aman mengingat kita sewaktu di bangku sekolah dahulu.


Anda teka apakah nama organisma yang sangat sesuai hidup dalam persekitaran  lembap.

Partition murah dan mudah tetapi bukan begini caranya.
 Pemilik memerlukan peruntukan tambahan untuk menegelamkan kesilapan lampau bagi meremajakan atau memgembalikan kedaraan Rbw ini yang mana ia sangat berpotensi mempopulasi burung walet dalam masa yang singkat kerana LOKASInya Bertaraf 5 Bintang dan mampu mengutip sekurang kurang 1 kg dalam masa 1 tahun InsyALLAH.