Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, January 26, 2016

Ramalan saya hampir betul


Dua  hari yang lepas saya menulis tentang cuaca sejuk yang extreme di Vietnam dan kemungkinan kesan sampingan kepada populasi burung walet di utara Thailand dan Vietnam. walau bagaimanapun tekaan intelek itu sedikit tersasar berdasarkan laporan daripada kawan kawan di Thailand dan Vietnam.
 Buat masa sekarang burung walet belum " adapte " dengan persekitaran baru disana menyebabkan ramai burung walet mati kesejukan. Sifat burung walet yang setia dengan tempat pembiakan merupakan faktor utama kepada kejadian ini berlaku. kemungkinan penghijaran secara besar besaran akan berlaku sedikit masa lagi setelah burung walet mencapai adaptasi dan kemahiran untuk terus hidup.
Dalam masa terdekat produksi sarang burung walet   akan jatuh dan kemungkinan besar harga kembali tinggi. Sekiranya ini berlaku industri burung walet kembali rancak seperti lapan tahun dahulu.

Di bawah ialah screen shot  posting oleh rakan Fb kejadian yang berlaku di Utara Thailand dan Vietnam.