Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, May 28, 2013

Luka lama masih berdarah lagi

KUCHING: Monopoli dalam perniagaan eksport sarang burung walit tidak berlaku di Sarawak dan pengeluaran permit peng-eksportannya hanya meng-ambil masa maksimum tiga hari.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, proses pengeluaran permit eksport sarang burung walit amat mudah kerana pemohon hanya perlu memiliki lesen jualan sah daripada Jabatan Hutan Sarawak.
Menurutnya, setakat Mei tahun ini, kerajaan mengeluarkan 3,526 permit eksport sarang burung walit di Sarawak.
“Kerajaan memang me-nyedari tentang masalah pengeksportan sarang burung walit ke China.
“Masalah ini timbul kera-na lambakan ‘Edible Bird Nest’ (EBN) yang dihasilkan menggunakan bahan kimia dan paras kandungan nitrat (NO2) yang tinggi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Ini menyebabkan kerajaan China mengetatkan pengimportan EBN dan mengambil tindakan berhati-hati ke atas produk EBN dari negara kita,” kata-nya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mencadangkan syarat-syarat dikenakan kepada setiap syarikat tempatan yang mengeksport sarang burung walit ke China.
“Setiap pengeksportan sarang burung ke China perlu memperolehi tiga perakuan iaitu Sijil Perakuan Kesihatan daripada Jabatan Perkhidmatan Vete-rinar, Sistem Pengenalan Frekuensi Radio daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Sijil Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan,” ujarnya.
Awang Tengah bagai-manapun berkata, meka-nisme tersebut masih dalam pertimbangan sehingga hasil pengauditan dimuktamad-kan oleh China Certification and Accreditation and Federation, China Entry Exit Inspection and Quaran-tine Bureau dan Chinese Academy of Inspection and Quarantine.