Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Thursday, August 25, 2011

Politik semasa


Khir Toyo: Bukan ancaman, cuma peringatan
Salhan K Ahmad
Ogos 25, 11
4:07pm
Kongsi 33
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo hari ini menafikan tanggapan bahawa beliau memberi ancaman kepada Umno apabila menimbulkan dakwaan berhubung konspirasi di kalangan tiga orang menteri ke atasnya.

Sebaliknya, kata Khir, ia hanyalah satu peringatan dan teguran kepada individu berkenaan, yang tetap enggan dinamakannya.
khir toyo interview 150910Beliau juga tidak berpendapat bahawa kenyataannya – berhubung konspirasi tiga orang menteri berkenaan supaya beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah – akan melemahkan lagi Umno dan BN Selangor.

"Tak ada (ancaman). Terpulanglah kepada siapa yang kena tegur itu. Mereka sepatutnya kerja lebih keras untuk perkukuhkan Umno dan memenangi pilihan raya, lebih-lebih lagi di Selangor," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, individu berkenaan sepatutnya menumpukan ke arah usaha berkenaan dan bukannya terhadap kes perbicaraan yang sedang dihadapinya.

Ditanya sekiranya salah seorang daripada individu berkenaan merupakan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar, Khir hanya tertawa.

"Saya tak mahu sebut sesiapa. Siapa makan cili, dia rasalah pedas. Siapa makan nangka, dialah yang kena getah, bukan?," kiasnya.

Dalam pada itu, Khir turut memberi peringatan kepada individu berkenaan supaya tidak mengganggu sistem kehakiman

Beliau menimbulkan isu berkenaan kerana berasa ragu setelah menerima surat berhubung arahan mahkamah mengenai keputusansupaya beliau membela diri atas dakwaan yang dihadapinya.

"(Tapi) saya dapat (surat berkenaan) seminggu sebelum mahkamah buat keputusan (supaya membela diri). Surat itu dari mahkamah Shah Alam tapi nombor faksnya daripada Putrajaya," katanya lagi.

Jelasnya, surat menimbulkan tandatanya kerana pada kebiasaannya surat seperti itu akan dihantar selepas sesuatu keputusan mahkamah dibuat.

"Kalau ikut peguam saya, amalan seperti ini jarang berlaku," katanya lagi yang menambah, salah satu daripada dua pucuk surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai mahkamah.

Ditanya sekiranya beliau berpendapat bahawa surat berkenaan menunjukkan wujudnya campurtangan pihak tertentu dalam keputusan mahkamah, Khir berkata beliau tidak ingin membuat sebarang kesimpulan.

"Sukar untuk saya katakan, tapi ianya pelik bagi saya (terima surat sebelum keputusan mahkamah dibuat). Biarlah rakyat umum yang tentukan.

"Saya masih percaya kepada sistem perundangan. Sebab itu saya tidak buat kenyataan. Mahkamah sepatutnya bebas daripada sebarang pengaruh.

"Ianya hanya satu peringatan kepada mereka yang terlibat, jangan ganggu sistem (kehakiman). Saya cuma memberi peringatan kepada mereka bertiga supaya kembali kepada perjuangan asal," katanya lagi.

Suhu ideal dalam rumah burung walet

Askum. Kebanyakan penulis blog tidak menulis dengan details berkenaan keperluan suhu ideal dlm rbw. Mereka hanya menceritakan secara lalu atau ringkas sama ada mereka tahu atau tidak tahu atau tidak mahu berkongsi matlumat. Hari ini saya ingin menulis sebahagian kecil daripada keperluan suhu unt RBW. Julat suhu antara 26C - 29C adalah suhu yang disukat didalam gua yang menjadi tempat asal walet bersarang. Memang walet suka bersarang didalam rumah burung walet bersuhu sedemikian, kenapa?. Sebenarnya julat suhu tersebut memenuhi keperluan Fisiologi  telor dan anak walet semasa " brooding period "  dan juga struktur sarang burung walet. Julat suhu tersebut sebenarnya bukan untuk burung walet yang berumur 21 hari dan keatas. Satu persoalan di sini, Apakah kesan keatas behavior ( suka atau tidak suka ) burung walet sekiranya suhu lebih rendah atau lebih tinggi daripada julat suhu ideal. Persoalan ini dibiarkan kepada anda untuk menentukan jawapan.  Wassalam) Temperature.

Nearly all that faces nests population problem are due to high temperature. The owners are not aware of it and they never have any indicator to monitor their BH temperature.

I believed the main reason is not the BH but the "consultant" whom they employed who is either an old fashion guy or who never have any clue on the dos and don't of a good BH. They simply follow what the have been practising all these while. No scientific method to ensure that the room temperatures are within range. Just depend on some luck.

They need to monitor the temperature as accurate as possible and make sure they are within the recommended range (26*C to 29*C). Use the most up to date calibrated sensors to do this, if you can.

The hottest time of the day, BH standard in Peninsular Malaysia, is after 3.00pm up to 10.00pm. Most critical is at 7.00pm till 9.00pm when those birds starts to come home to roost.