Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, November 4, 2014

Berita Lama

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Malaysia sedang merangka perjanjian mengenainya bersama pihak berkuasa yerkaitan di China.
“Jika semuanya berjalan lancar, kami berharap sarang burung segar dan belum diproses boleh dieksport ke China tahun depan,” kata Lee kepada wartawan Malaysia di sini selepas menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek  Cubilose Capital Investment China dan mesyuarat pertama Southeast International Cubilose Industrial Alliance di sini pada Ahad.
China menarik balik larangan ke atas eksport sarang burung mentah bersih ke negara itu pada 2013, namun hanya lapan syarikat dibenarkan mengeksport sarang burung mentah bersih ke China.
Difahamkan pihak berkuasa China pada asasnya membenarkan sarang burung segar yang belum dibersihkan dieksport ke China, tertakluk kepada protokol yang dipersetujui oleh Malaysia dan China.
Sementara itu, Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia menandatangani perjanjian projek Cubilose Capital Investment dengan tiga syarika China – Lead Evergreen (Beijing) Investment Co.Ltd, Xiamen Haicang Investment Group Co. Ltd dan Xiamen Evernest Chain Operation Co. Ltd, membabitkan projek pelaburan sarang burung di sini.
Majlis itu disaksikan Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting.
Turut hadir Menteri Penasihat Ekonomi di Kedutaan Malaysia di China, Ong Chong Yi.
Projek itu yang meliputi kawasan seluas 38,000 meter persegi terletak di daerah Haicang Perbandaran Xiamen. Ia melibatkan pelaburan 10.8 bilion yuan.
Projek sarang burung itu dijangka menjana nilai pengeluaran 10 bilion yuan apabila siap pada 2016.
Pelaksanaan projek pelaburan itu beryujuan mentransformasikan Xiamen sebagai bandar sarang burung.