Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, December 29, 2015

Harga masih lagi tinggi

Urusniaga terbaru menunjukkan penawaran harga masih lagi tinggi  yang ditawarkan kepada pengusaha.  Rata-rata pengusaha rumah burung walet boleh hidup senang lenang dengan hasil jualan sarang yang lumayan sekarang. Penderitaan dan kesengsaraan selama 5 tahun lalu terus terubat bagaikan Debu ditiup Angin... ALHAMDULLILLAH. 






Friday, December 25, 2015

LMB berharga RM 1K


Sekarang Lmb ini proof/ kalis  kebanyakan predator jenis merayap seperti Ular, Tikus, Mengkarung, Biawak, Musang, Tupai dan sebagainya. Keselamatan burung walet perlu di beri perhatian serius untuk mempastikan  pertambahan sarang setiap musim pembiakan. Pengabaian keselamatan burung walet di dalam Rbw akan membawa kemudaratan dan kesengsaraan kepada pengusaha.
Serangan haiwan merayap tidak boleh dianggap " enteng" malah perlu tindakan segera.




Sekarang "belting" guna mozek



Dulu tanpa belting












Thursday, December 3, 2015

Fakta Penentuan Harga Pasaran SBW Yang Tersembunyi

Di malaysia ranging harga pasaran sarang burung walet agak jauh iaitu Rm 1100 hingga Rm 3500, kenapa begitu?. Semasa urus niaga jualbeli SBW baru ini gelagak harga SBW juga di pengaruhi oleh faktor berikut:
1. Pengaruh penjual-  Adakah anda seorang yang berpengaruh atau manusia biasa
2. kuantiti SBW anda- Pembeli/buyer akan menentukan harga tertentu untuk anda sekiranya anda mempunyai kuantiti tertentu.
3. Kemahiran perundingan. anda ada skill dalam perundingan perniagaan.

Walaupun anda mempunyai sarang gred super tidak semestinya anda dapat menjual dengan harga tertinggi.

Amat diharap petani burung walet memahami perkara ini untuk urusan jualbeli SBW.