Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Monday, April 25, 2011

Inovasi Lubang Burung Masuk

Askum. lawatan demi lawatan ke setiap rumah burung di setiap pelusop negeri demi minat dan penambahan ilmu tentang cara memikat burung walet dgn lebih jitu dimasa akan datang. Selagi ada kesempatan saya tidak akan melepaskan peluang meninjau, berbincang dan yg paling penting merekod segala pengalaman2 baru tentang sang walet yang sudah memberi pulangan lumayan kepada saya dan mungkin juga anda. Segala pengalaman baru diolah, dikisar, dicana dan dicerna semata mata untuk menambahbaik  pembinaan rbw yang ke 3 di pasir puteh minggu hadapan. Hari ini satu lagi inovasi lubang masuk di temui. Sekiranya anda berbakat dan berpengalaman tentang memikat sang walet berilah komen anda berkenaan LBM yang terdampar dalam posting saya kali ini. Awas sekiranya anda newcomer atau player baru saya rasa anda hanya perlu baca saja komen rakan2 kita sekiranya ada. 

Berita Harian - Rakan blogger

Isnin , 25 April 2011
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
MukaDepan

Rakan blogger
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/25

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.
Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.
“Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda. 

“Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan. 

“Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN,” katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam. 

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM. 
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet. 

“Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat,” katanya. 

Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan. 

Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik. 

“Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar,” katanya. 

Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul. 

Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah. 

Friday, April 15, 2011

pengalaman saya ...penternakan rumah burung walet dan 'swiftlets farming': Sembang walet swiftlets 65- Kaji dan Timbang

pengalaman saya ...penternakan rumah burung walet dan 'swiftlets farming': Sembang walet swiftlets 65- Kaji dan Timbang: "Betulkah gambaran diatas menunjukkan daya pulangan pelaburan di industri penternakan burung walet? ....80% penternak akan mengalami masalah..." saya sangat bersetuju dgn pendapat saudara mereka yg gagal itu kerana kejahilan mereka sendiri mungkin juga tertarik denga 1 kg rm 4500.00 keatas, bina bangunan walet kerana emosi

kontraktor dan consultan rumah burung walit dimalaysia ketika ini

askum. hari ni saya dikejutkan dengan panggilan seorang contraktor mungkin juga consultan rbw yang ingin membina rbw saya yg ke-3 di pp kel. Dlm perbcgan kami melalui tel. terdpt beberapa perkara yg sangat menarik ttg beliau dlm fikiran saya. Pertama terdpat terlalu ramai kontraktor dan consultan rbw bumiputra buat masa sekarang, syukur kpd ALLAH dalam hal ini. Apa yg menarik kebanyakkan mereka terlalu baru dlm bidang ANIMAL HUSBANDRY and most of them produce persepsi sahaja  iaitu peringkat yg paling rendah dalam sesuatu penemuan baru. Hierarchy bagi penemuan sesuatu perkara adalah spt berikut:            
                              
                                         4.  Hukum


                                         3.  Teori 
                                        
                                         2.  Pengalaman
                                              
                                         1. Persepsi 


Dalam perladangan walet kebanyakkan mereka yang sudah lama dlm bidang ini sahaja mungkin consultan dari indon dapat menghasilkan teori iaitu peringkat yang ke-3. Saya dan consultan walet lain di malaysia mungkin juga anda hanya pada peringkat yg ke-2 sahaja. Pengajaran yg penting pada perbincangan kami hari ini ialah saya mesti menjadi pendengar yang baik untuk lebih hebat dalam memikat burung walit di malaysia. Untuk pengetahuan semua tiada siapa lagi di dunia ini, boleh menghasilkan teori tepat cara memikat burung walit lebih2 lagi hukumnya.  

Sunday, April 10, 2011

Lawatan susulan ke rumah burung hj salleh

askum. hari ni berbaloi mengunjungi tauke walit kedah, apa tidaknya kami berbincang panjang lebar strategi perladangan walet sekarang di Malaysia khususnya di semenanjung. Bagi meningkatkan daya saing khusus untuk diri saya sendiri,berdasarkan tauke walet kedah ni saya kena sedikit berkira dalam beberapa segi terutama dari segi pengalaman  atau teori atau dapatan terbaru yang beliau perolehi. Demi menjaga amanah beliau saya terpaksa MENGGELAPKAN ILMU dengan kata lain saya tidak boleh berkongsi ilmu dengan orang lain untuk sementara waktu kerana persaingan dlm bidang ini sangat sengit sekarang kata beliau.
Dalam lawatan kami ke rbw hj salleh terbaru hari ini, memberi dimensi baru kepada saya unt terus competitive. Tuan2 dan sedara saya diluar sana, tauke walet kedah ini memang hebat memburu emas putih apabila saya melihat  hasil kerja beliau populate walet didalam rumah hj salleh dalam tempoh 3 bulan.Pengalaman dan teori beliau terbukti boleh diguna pakai unt memburu sang walet.    

Sunday, April 3, 2011

Penternakan burung walet hari ni

Askum. tahukah anda, pertambahan rumah walet secara purata adalah 3 buah setiap hari di negara kita, kadar peratus orang melayu masih lagi ditahap 2% sahaja, walaupun anda melihat sudah banyak org melayu terlibat tetapi tidak dapat menyaingi pertambahan rumah walet kaum cina yg begitu cepat. 
Pagi ini saya menerima email drp sahabat kita yg begitu bangga kerana mendapat sound yg baik drp indon.  
katanya, saya turut gembira kerana boleh tumpang sekaki, walau bagaimanapun saya masih yakin burung tidak akan bersarang di RBW sahabat kita ni sebabnya faktor mikro totally out dan dia tidak bercadang unt. membaiki mikro environment dlm rbwnya. Sahabat dan saudaraku diluar sana, sekiranya anda tidak berupaya unt. menyediakan spesifikasi yg sesuai unt walet MEMBIAK lebih baik tangguh dahulu pembinaan Rbw anda bagi meminimun risiko, simpan dahulu pitis anda dlm ASB unt mendapat pulangan 7% setahun, Rbw yg mendapat pulangan terbaik sekalipun berkembang sekitar 7% shj. Suara yg baik shj tidak mampu mendapat pulangan 7 peratus setahun, gandingan dengan faktor2 lain adalah satu kemestian/ Jangan terlalu ghairah untuk memburu emas putih dengan hanya melihat kegairahan orang lain. Melawat dan menilai hampir 30 buah rbw pelbagai peringkat usia dan berbagai bangsa memberi pengalaman yang jauh lebih baik daripada memiliki suara burung walit yang baik sahaja. ayuh kawan2 kita perlu lebih competitive  dalam pemburuan emas putih yg kita idamkan ini

Friday, April 1, 2011

Duralite panel for swiftlet house

askum. Dalam siri khimat nasihat serta lawatan ke rumah burung sekital kelantan dan terengganu, sempat meninjau sebuah BH di kuala krai kel. yang menggunakan Duralite panel  bagi dinding sekaligus bertindak sebagai insolator yg menakjukkan. Diantara kelebihan duralite ialah:
1  50mm duralite sama tebal dgn 356mm bata merah unt insulate haba
2  Cost effective, boleh guna structure bangunan yang murah,jimat besi
3  sangat senang di gunakan, anda boleh pasang sendiri sekiranya ada sikit kemahiran dlm pembinaan
4  anai2 proof ( termite resistant )



























5  ringan, orang perempuampun boleh handle.