Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Thursday, May 8, 2014

KONSEP PANGGIL TURUN

Pengaturan populasi burung walet bagi setiap tingkat dalam Rbw seharusnya seimbang bagi menggelak tingkat paling atas dipenuhi dengan Burung walet berbanding dengan tingkat bawah. Kepadatan Burung walet di tingkat atas sedikit sebanyak menganggu perkembangan populasi Bw bagi sesebuah Rbw. Untuk menggelak keadaan ini  terus berlaku bagi Rbw yang sudah dihuni, anda mesti mempunyai kemampuan memanipulasi sistem suara dan atau sistem pencahayaan untuk menggalak burung walet turun dan menetap di tingkat bawah. Konsep Panggil Turun adalah idea yang sedia ada tetapi di tambah baik untuk mengurangkan Stress Bw akibat daripada pengaplikasian konsep tersebut.

Semasa mereka bentuk Rumah burung walet   penetapan lokasi LAL adalah sangat dititik berat untuk menggelak keadaan diatas berlaku didalam sesebuah Rbw .Kegagalan mengenalpasti lokasi terbaik Lubang antara lantai ( LAL ) adalah punca utama kepada kelembapan perkembangan populasi Bw dalam Rbw.
Rbw ini sudah mempunyai kepadatan populasi walet yang tidak seimbang diantara setiap tingkat. Konsep panggil turun mesti di aplikasi dengan seberapa segera untuk mengimbangi penghuninya.