Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, February 17, 2012

Penilaian Semula Hukum Pelaburan Aamanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya


Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
  1. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
    Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
     
  2. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
     
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.


Status Penwartaan: 
 Tidak Diwartakan

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI

tiga syarat terhadap pengusaha-pengusaha sarang burung walet untuk mengeksport produk tersebut ke China.




KUALA LUMPUR 17 Jan. - Mulai tahun ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan tiga syarat terhadap pengusaha-pengusaha sarang burung walet untuk mengeksport produk tersebut ke China.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengusaha terbabit perlu mendapatkan  (1) sijil perakuan daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekali gus melayakkan mereka memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best pada setiap produk tersebut.
Katanya, ia bertujuan memastikan kualiti sarang burung tersebut memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan China.
"Sijil dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah bagi memastikan sarang burung tersebut tiada risiko jangkitan penyakit haiwan dan selamat untuk dimakan.
"Sementara (2) sijil pengenalan frekuensi radio (RFID) dari SKMM diperlukan untuk membolehkan sarang burung walet yang bermasalah dikesan menggunakan gelombang frekuensi radio untuk menentukan lokasi 'rumah' sarang burung berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Dagangan dan Depositori Sarang Burung Autentik 1Malaysia yang pertama di Puchong dekat sini semalam.
Menurut Noh, syarikat berkenaan juga perlu  (3) mengenal pasti sebuah syarikat di China sebagai rakan perniagaan bagi memudahkan eksport sarang burung walet dari Malaysia dipantau.
"Syarikat di China itu pula mesti melakukan promosi bahawa hanya produk sarang burung walet jenama 1Malaysia Best sahaja yang dijamin kualitinya dan selamat untuk dimakan," ujarnya.
Tambah beliau, antara lain, tindakan tersebut akan memulihkan kembali industri tersebut yang mengalami masalah pemasaran ke luar negara akibat dakwaan produk itu mempunyai kandungan nitrit yang boleh membahayakan kesihatan.
"Pada 2011, kerajaan China telah melaksanakan penguatkuasaan kandungan nitrit sifar yang mengakibatkan kejatuhan mendadak harga sarang burung walet sehingga ke paras 50 peratus," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai polisi kerajaan China tersebut, beliau berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan kedua-dua negara sedang berbincang bagi mencapai kata sepakat mengenai kandungan nitrit yang dibenarkan.
Sementera itu, katanya, kementerian itu juga akan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal mana-mana individu termasuk pelancong membawa sarang burung walet lebih daripada satu kilogram ke luar negara.