Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Sunday, March 17, 2019

Semakin banyak ciri~ciri yang Baik semakin kompetitif Rbw Anda.

Sekitar Lawatan ke Sabah Mac2018.

Ini Salah satu Rbw Berjaya tetapi mempunyai Saiz Roving Room/ Ruang Putar di bawah saiz minimum.

Walau Bagaimanapun rbw ini mempunyai ciri lain yg sangat Mantap spt;
i. Rbw terawal di kpg itu.
ii. Lokasi di Atas Bukit
iii. Menggunakan Bata Tanah Liat dan
iv. Amalan Pengurusan yg Mantap.
Sekiranya 1 keperluan diabaikan tetapi keperluan lain dipenuhi, Burung walet Masih Boleh " Memaafkan" rbw tersebut.

Sunday, March 10, 2019

Pintu Kebal!

keselamatan rumah burung walet merupakan agenda penting kepada petani walet. Sekiranya perkara diabaikan maka sia sialah penat lelah petani walet sekian lama. 
Salah satu komponan penting dalam keselamatan rbw ialah Pintu Kebal yang betul betul kebal!. Ciri ciri pintu kebal zaman sekarang ialah;
i.   Kalis api
                  ii.    kalis mesin grinding
      iii.   kunci Inovasi

Pintu kebal yang mempunyai ciri ciri di atas insyaALLAH tidak akan menjadi pilihan kepada penceroboh untuk membolosi rbw idaman kita. 




Monday, March 4, 2019

Sarang Palsu satu kaedah memperdayakan burung walet

Pemasangan Sarang palsu merupakan salah satu kaedah memperdaya burung walet masuk tidur dan bersarang dengan cepat. walau bagaimanapun Pemasangan dan Penanggalan sarang palsu itu tidak boleh di buat mengikut suka Tuan Rbw. 



Saya telah lama membuat kajian tentang Pemasangan dan pembuangan sarang palsu dan sekarang telah menemui teknik yang baik bagi pemasangan dan pembuanganya.