Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, March 21, 2014

Harapan Palsu, Indah Khabar dari rupa

Penternakan burung walit lonjakkan pendapatan

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on March 19, 2014, Wednesday
MIRI: Penternakan burung walit bakal melonjak pendapatan rakyat terutama yang tingal di kawasan pinggir bandar dan pedalaman.
Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata mereka yang tinggal di kawasan berkenaan sangat berpotensi dalam mengendalikan perniagaan berkenaan.
“Kerajaan sangat menggalakkan mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan ini,” katanya pada Majlis Penutupan Kursus Pengurusan dan Penyelenggaraan Rumah Burung Walit di Auditorium Pustaka Miri semalam.
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa mereka yang berminat turut harus mempunyai pengetahuan luas mengenai perniagaan itu.
“Bagaimana hendak mengurus dan melenggara rumah burung walit perlu dipelajari, tetapi secara keseluruhannya jumlah kos juga harus dijaga,” jelasnya.
Beliau memberikan contoh model rumah burung walit yang kos efektif namun dapat memulangkan kualiti terbaik pada masa sama.
Talib yang juga pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) memberitahu bahawa Sarawak adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai kelebihan dalam perniagaan tersebut.
“Kita (Sarawak) mempunyai tanah yang luas dan juga udara yang bersih, ia (menternak burung walet) sangat sesuai,” ujarnya.
Kursus berkenaan yang dijalankan selama dua hari dan berakhir semalam disertai 112 peserta terdiri daripada usahawan yang berminat dalam perniagaan tersebut.
Malaysia mempunyai purata pengeluaran 250 tan metrik yang memberikan pendapatan sebanyak RM1 bilion setahun.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan negara ini mengeluarkan 500 tan metrik dengan pendapatan RM5 bilion menjelang 2020. Perkhabaran sentiasa baguss, Kejadian semasa tetap muram

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/03/19/penternakan-burung-walit-lonjakkan-pendapatan/#ixzz2wfQoS7fe

Shaft yang mempunyai tread di bahagian dalam


Shaft/ batang untuk membina turbine merupakan diantara perkara2 yang terpenting untuk menghasilkan SGS yang baik. Bagi menghasilkan bauan yang terancang dan berkesan penambak baikan dalam pembikinan turbine mestilah di
Shaft terbaru


buat secara berterusan. Di atas adalah shaft yang terbaru untuk pembikinan turbine yang terbaru.